Di dalam Islam, berper*ng merupakan
perintah Allah SWT kepada orang Islam berdasarkan kepada beberapa situasi dan
keadaan. Ia bukanlah satu kewajipan yang mutlak hingga seolah-olah melancarkan
per*ng tanpa sebab itu menjadi kewajipan. Tetapi ia hanya menjadi kewajipan
jihad apabila berlaku penindasan terhadap umat Islam atau negara Islam.
Itu pun dengan syarat yang telah
ditetapkan oleh Allah SWT, antaranya ialah negara Islam mestilah negara yang
berdaulat dengan kerajaan yang kuat, diper*ngi oleh musuh melalui ancaman
terhadap keamanan negara, atau mempertahankan negara Islam dari pencerobohan.
Maka untuk memer*ngi musuh, negara
Islam perlulah memiliki angkatan tentera yang kuat dan berani. Namun bagaimana
jika tentera Islam lari meninggalkan per*ng? Didalam Islam, askar yang keluar
atau lari dari barisan hadapan ketika peper*ngan kerana ketakutan atau
mementingkan diri sendiri adalah mengundang kemurkaan Allah.
Tetapi, jika askar itu berundur dari
kedudukannya sebagai satu strategi untuk mengelirukan musuh, atau keluar dari
pertemp*ran kerana menyedari akan menghadapi kekalahan kerana lemah dari segi
angka kekuatan, namun dia berupaya untuk pergi mencari bantuan dan mengumpul
kekuatan mencukupi, adalah dibolehkan.
Manakala tindakan melarikan diri
dari perjuangan jihad akibat merasa takut dan gentar terhadap musuh adalah
salah satu dosa besar menurut Islam, bahkan ia merupakan perbuatan yang
merendahkan martabat agama Islam dan perbuatan itu akan dibalas di akhirat
kelak.
Itu adalah perspektif lari dari
per*ng menurut pandangan Islam, namun apa yang hendak diceritakan kali ini
adalah mengenai satu sistem keadilan moden dilaksanakan oleh Tentera Diraja
British terhadap anggota tentera mereka sendiri yang dituduh lari meninggalkan
medan per*ng.
PENYAKIT
SARAF AKIBAT PERTEMP*RAN
Ketika Per*ng Dunia Pertama sedang
berlangsung, pelaksanaan hukuman m*ut ke atas 306 orang anggota tentera Britain
dan Komanwel pernah dilakukan. Hukuman yang dilaksanakan bagi kesalahan seperti
meninggalkan medan per*ng dan tindakan-tindakan yang dianggap pengecut dan
bacul ini kekal menjadi isu kontroversi.
Sesetengah pihak percaya bahawa
kebanyakan dari askar-askar yang dihukum bun*h itu sewajarnya diampunkan kerana
mereka dipercayai menderita sejenis gejala penyakit saraf akibat kesan pertemp*ran
atau dikenali sebagai “shell-shock”, gejala ini menyebabkan tubuh seseorang
mudah rebah/pitam, pening kepala, dan tubuh menjadi lemah.
Pelaksanaan hukuman itu melibatkan
pegawai dan anggota yang kebanyakannya merupakan pegawai tanpa tauliah, ia
termasuk 25 orang warga Kanada, 22 orang warga Ireland dan 5 orang warga New
Zealand.
Antara tahun 1914 dan 1918, Tentera
British telah mengenal pasti 80,000 orang dengan gejala yang sekarang
ditakrifkan sebagai gejala penyakit saraf. Di antara mereka ada yang mengalami
kejutan hingga menyebabkan gangguan saraf otak yang teruk.
Golongan yang mengalami gejala ini
tidak mampu bertahan lagi dengan suasana dan keadaan di barisan hadapan yang
dahsyat hingga memaksa mereka lari meninggalkan perjuangan.
Apabila ditangkap, mereka akan
dibicarakan di mahkamah tentera, dan jika mereka dijatuhkan hukuman m*ti, skuad
penemb*k seramai dua belas orang akan ditugaskan untuk menamatkan riwayat pesalah.
Kengerian yang ditanggung oleh para
pejuang dari semua pihak yang terlibat dalam per*ng ketika berada di barisan
hadapan hanya dapat digambarkan melalui catatan harian seperti berikut;
“Kami tiba di barisan hadapan di
Arras, melalui kawasan perkampungan yang hancur dan musnah. Ketika kami
bergerak ke sektor kami melalui sepanjang lorong parit yang menjadi penghubung
kami, satu bedilan peluru mortar jatuh dan meletup tidak jauh di hadapan saya
dan membun*h salah seorang platun saya.
Dia adalah orang pertama yang
terbun*h didepan mata kepala saya sendiri. Kedua belah kakinya telah hancur dan
seluruh badan dan wajahnya dipenuhi dengan serpihan letupan. Pemandangan itu
membuat saya hendak muntah. Saya merasa gentar dan ketakutan tetapi lebih takut
untuk menunjukkannya.” — Victor Silvester.
Tanpa bayangan yang jelas tentang
bilakah pengalaman sebegitu akan tamat, ditambah dengan pelbagai isu kehidupan
disebalik benteng dan lorong parit telah membuatkan semangat seorang askar yang
masih muda menjadi semakin lemah.
Pendek kata, di bawah tekanan dan
menghadapi bunyi temb*kan artileri yang berterusan saban hari, dia tidak akan
pernah tahu adakah dia akan berpeluang lagi untuk menjenguk permukaan bumi.
PEMBERONTAKAN
HARRY FARR MEMBAWA M*UT
Pada waktu subuh pada 18 Oktober
1916, Prebet Harry Farr dari Angkatan Ekspedisi Britain (BEF) dihukum m*ti atas
kesalahan ‘tindakan pengecut’ setelah dia menolak untuk mara menyertai barisan
hadapan di Front Barat semasa Per*ng Dunia Pertama.
Setelah menyertai BEF pada tahun
1914, Farr dihantar ke barisan hadapan di Perancis; pada bulan Mei berikutnya,
dia mula rebah dan pitam, tubuhnya gementar, dia dihantar ke hospital untuk
mendapatkan rawatan sebelum kembali ke medan per*ng dan menyertai pertemp*ran
dalam Somme Offensive.
Namun, pada pertengahan September
1916, Farr menolak untuk memasuki lorong parit di barisan mereka bersama
skuadronnya yang lain, setelah cuba diheret dan bergelut, dia melepaskan diri
dan berlari ke arah belakang.
Dia kemudian diadili di mahkamah
tentera kerana bertindak sebagai pengecut dan dijatuhkan hukuman m*ti, yang
dilaksanakan pada 16 Oktober.
Para komander kanan tentera yang
senior paling pantang dengan kegagalan seorang askar untuk kembali ke barisan
hadapan serta apa saja yang melibatkan tindakan bacul seperti lari dari medan
per*ng.
Mereka juga percaya bahawa jika
perbuatan sebegitu tidak diberikan hukuman yang tegas, askar yang lain mungkin
terdorong untuk melakukan hal yang sama dan seluruh disiplin Tentera British
akan runtuh.
Sesetengah askar yang tertangkap
menghadapi perbicaraan di mahkamah tentera atas kesalahan lain namun
majoritinya dibicarakan kerana lari meninggalkan kedudukan yang diamanahkan
kepada mereka, “melarikan diri ketika menghadapi musuh”.
Proses pengadilan di mahkamah
tentera kebiasaannya diputuskan dalam masa yang singkat dan pelaksanaan hukuman
menyusul tidak lama selepas itu.
BAGAIMANA
HUKUMAN DIADILI DAN DILAKSANAKAN
Sesetengah askar yang berada di
dalam skuad penemb*k kebanyakannya merupakan anggota tentera dari kem pangkalan
yang telah sembuh dari kecederaan per*ng namun ia masih menghalang mereka untuk
bertemp*r di barisan hadapan, tetapi untuk melepaskan temb*kan rifle Enfield
tidak menjadi masalah bagi mereka.
Rata-rata mereka yang berada di
dalam skuad penemb*k kebiasaannya berusia di bawah enam belas tahun, begitulah
juga puratan usia askar yang ditemb*k mereka atas kesalahan menjadi ‘pengecut’.
James Crozier dari Belfast ditemb*k
pada waktu subuh kerana lari dari pertemp*ran, ketika itu dia baru berusia enam
belas tahun. Sebelum hukuman dilaksanakan, Crozier diberi minuman keras ‘rum’
sehingga dia tidak sedarkan diri dan perlu dipapah ketika dalam keadaan separuh
sedar ke tempat pelaksanaan hukuman.
Pegawai-pegawai yang menjadi pemantau
pelaksanaan hukuman tersebut kemudian mendakwa bahawa ada kebimbangan yang
besar sekiranya anggota dalam skuad penemb*k itu sendiri akan melanggar
perintah untuk menemb*k.
Prebet Aby Bevistein, berusia enam
belas tahun, juga ditemb*k oleh skuad penemb*k di Labourse, berhampiran Calais.
Seperti kebanyakan kes lain, dia didapati bersalah meninggalkan posisinya.
Tidak lama sebelum diadili di mahkamah tentera, Bevistein sempat menulis surat
kepada ibunya:
“Kami berlindung di bawah parit.
Saya merasa terlalu sejuk kemudian saya keluar untuk berteduh di sebuah rumah
ladang. Mereka menangkap dan membawa saya ke penjara jadi saya harus
dibicarakan di mahkamah. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk keluar dari
belenggu ini, jadi janganlah ibu merasa risau.”
Akibat ‘jenayah’’ yang dilakukan
oleh askar-askar muda ini, nama mereka langsung tidak dabadikan di tugu
peringatan per*ng setelah tamat peper*ngan.
Sebilangan besar saudara terdekat
atau keluarga mereka ini hanya diberitahu bahawa mereka telah meninggal dunia
samada di Perancis atau Belgium, tetapi tidak pernah diberitahu bagaimana atau
mengapa mereka m*ti.
Berdasarkan catatan keter*ngan
seorang pemerhati tentera Perancis yang menyaksikan satu pelaksanaan hukuman
m*ti oleh Tentera Perancis, ia dilaksanakan seperti berikut.
“Dua orang tertuduh diikat dari
kepala hingga kaki seperti sosej. Pembalut yang tebal menyembunyikan wajah
mereka, dan yang mengerikan, di dada mereka terdapat sebidang kain diletakkan
di bahagian jantung mereka sebagai ‘penanda’. Kedua-dua insan yang malang itu
tidak dapat bergerak, mereka harus diangkut seperti boneka di atas lori terbuka
yang membawa mereka ke lapang sasar.”
Paderi mengucapkan beberapa patah
perkataan kemudian beredar. Dua platun enam anggota muncul, berbaris dengan
posisi membelakangkan tiang sasaran. Senjata mereka diletakkan di atas tanah.
Ketika pesalah telah selesai diikat dan ditenangkan, anggota-anggota platun
yang tidak melihat sedikit pun proses mempersiapkan pesalah yang akan dihukum
itu mula memberi tindakbalas secara senyap.
Anggota platun mengangkat senjata
mereka, berpusing menghadap sasaran, meletakkan sasaran tepat dan terus
melepaskan temb*kan. Kemudian mereka serta merta memusingkan badan sekali lagi
dan sarjan akan memberi arahan “by the left, quick march” (dari kiri, cepat
jalan)
Mereka berbaris melewati pesalah yang
sudah tidak bernyawa lagi, tanpa mengulang periksa senjata mereka, tanpa
menoleh, tanpa ucapan penghargaan ketenteraan, tanpa perarakan formal, tanpa
iringan muzik, tanpa lintas hormat; inilah kem*tian mengerikan tanpa paluan
gendang atau tiupan sangkakala.”
KREDIBILITI
MAHKAMAH TENTERA DIPERSOALKAN
Samada mereka yang dihukum m*ti ini
berhak mendapat pengampunan selepas kem*tian, isu ini masih terbuka untuk
spekulasi. Melalui kenyataan pihak kerajaan bahawa bukti yang diperlukan untuk
membuka jalan pengampunan tidak pernah ditemui walau setelah bertahun-tahun
berlalu.
Mungkin pengampunan untuk semua 306
askar-askar ini tidak diizinkan kerajaan di atas sebab ada beberapa askar yang
dihukum m*ti itu mungkin benar-benar melarikan diri dan tidak mengalami gejala
trauma. Maka ia tidak boleh dilakukan secara kolektif.
Salah satu daripada beberapa sebab
yang menyebabkan kemarahan aktivis kempen menuntut pengampunan ini adalah,
askar yang lari meninggalkan posisi di U.K. adalah lebih ramai daripada di
Perancis / Belgium (empat kali ganda) tetapi sebenarnya tidak ada seorang pun
yang pernah dihukum m*ti di UK.
Status undang-undang mahkamah
tentera yang sebenar juga turut dipersoalkan. Tertuduh tidak mempunyai akses
yang membolehkan dirinya berhubung dengan peguam mahu pun saksi yang boleh
memberi keter*ngan membela dirinya, bahkan ada kes tertuduh menggunakan ‘rakan
tahanan’ sebagai saksi mereka sementara ramai lagi yang tidak diberikan hak
sebegini.
Dari segi undang-undang, setiap
mahkamah tentera seharusnya mempunyai ‘hakim penaja’ atau juri pengadilan yang
hadir semasa perbicaraan tetapi sangat sedikit jumlah yang hadir memberi
kerjasama.
Malam sebelum hukuman m*ti, pesalah
yang sedang menunggu pelaksanaan hukuman m*ti masih memiliki hak untuk
mengemukakan petisyen kepada Raja bagi memohon rayuan agar dikurangkan hukuman
tetapi pihak yang menyelia penahanan mereka tidak pernah memberitahu atau
menjelaskan kepada mereka bahawa mereka yang telah dihukum sebenarnya masih
memiliki hak ini sebagai proses rayuan terakhir.
Pada 13 Januari 1915, Perintah Rutin
Umum 585 telah dikeluarkan yang pada dasarnya menafikan prinsip “seseorang
tidak boleh dihukum sehingga terbukti bersalah.” Di bawah perintah 585, seorang
askar adalah bersalah sehingga bukti yang mencukupi dapat dikemukakan untuk
membuktikan dia tidak bersalah.
Sejurus selepas tamat per*ng, satu
dakwaan dibangkitkan, ia berkaitan tentang isu hukuman m*ti terhadap tentera
telah dilaksanakan mengikut kelas-kelas tertentu.
James Crozier contohnya, dia
didapati bersalah meninggalkan kedudukannya lalu dihukum temb*k sampai m*ti.
Walhal dua minggu sebelumnya, 2nd Leftenan Annandale juga didapati bersalah
tetapi tidak dijatuhkan hukuman m*ti kerana “isu teknikal”.
PENGAMPUNAN
YANG DINANTI-NANTIKAN
Sepanjang peper*ngan, lima belas
pegawai yang dijatuhkan hukuman m*ti menerima pengampunan pihak kerajaan. Pada
musim panas tahun 1916, semua pegawai berpangkat kapten dan ke atas diberi
perintah agar semua kes tindakan ‘pengecut’ wajib dihukum m*ti dan tiada
toleransi walau dengan alasan sejarah masalah kesihatan.
Namun, semua ini mungkin tidak akan
berlaku sekiranya pegawai didapati menderita neurasthenia. (gejala pening,
lemah dan mudah pengsan yang membawa kepada kerosakan saraf)
Pada bulan Ogos 2006, Setiausaha
Pertahanan Britain, Des Browne mengumumkan bahawa dengan sokongan Parlimen,
peluang pengampunan sekaligus untuk semua 306 orang anggota tentera yang
dihukum m*ti semasa Per*ng Dunia Pertama kerana tindakan ‘pengecut’ telah
dibincangkan.
Undang-undang baru yang diluluskan
pada 8 November 2006 dan dimasukkan sebagai sebahagian daripada Akta Angkatan
Bersenjata telah memberikan pengampunan penuh terhadap anggota-anggota Tentera
British dan Komanwel yang dihukum m*ti semasa Per*ng Dunia Pertama.
Undang-undang ini telah menamatkan
noda penghinaan yang mengaibkan dengan melibatkan pemadaman segala kes
berkenaan hukuman m*ti di dalam catatan rekod per*ng tetapi ia tidak
membatalkan hukuman. Setiausaha Pertahanan Des Browne berkata:
“Saya percaya adalah lebih baik
untuk mengakui bahawa ketidakadilan telah berlaku dengan jelas dalam beberapa
kes – walaupun kita tidak dapat mengatakannya – dan mengakui bahawa semua orang
ini adalah mangsa per*ng. Saya harap pengampunan insan-insan ini akhirnya dapat
menghilangkan stigma negatif yang keluarga mereka hadapi selama bertahun-tahun.
”
Artikel di ambil dari : thepatriots.asia ·
May 2, 2020
0 Ulasan