Sejarah Kerajaan Kedah Tua & Kisah Raja Bersiong


Bismillahirrahman nirrahim...

Salam  dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan salam ukhwah kepada para ahli al-rijalul ghaib dan tokoh tokoh berjasa pada penyebaran Islam di wilayah nusantara beberapa dekad dan abad yang lalu..

*Sejarah Perkembangan Islam Di Kedah*

1- Zaman Pasca Islam

Merong Mahawangsa

Angkatan Wakil kerajaan Rom yang diketuai Merong Mahawangsa belayar dari Rom ke China dalam misi meminang puteri Maharaja China dan mereka singgah di Goa untuk beberapa ketika sebelum meneruskan pelayaran. Dalam pelayaran itu mereka diserang oleh pasukan Garuda (orang laut dari Koh Adang, Thailand) dan  melarikan diri ke sebuah pulau dan mendirikan penempatan sementara di sini. Pulau ini diberi nama Langkapuri (Langkawi). Mereka seterusnya belayar menyeberang ke daratan Semenanjung Emas (Malaya) menyusuri Kuala Sungai Baboor (Sekarang dikenali sebagai Sungai Merbok) dan mendirikan penempatan tetap di Lembah Bujang melalui panduan dari Gunung Jerai dan bertapaklah kerajaan Kedah Tua dengan nama Langkasuka.

Merong Mahawangsa adalah dari susur galur keturunan Iskandar Zulqarnain bercantum dengan cucunda Rasullullah SAW iaitu Imam Hassan bin Ali bin Abi Thalib. Ini dipercayai perkahwinan Iskandar Zulqarnain dengan anak Raja Kida Hindi iaitu Puteri Shahrul-Bariah ketika baginda sampai ke Utara India dalam misi meluaskan pengaruh Empayar Rom. hasil perkahwinan itu mereka beroleh anak lelaki diberi nama Aristun Shah dan kemudiannya berkahwin dengan anak raja Turkistan dan memperoleh anak lelaki (cucu Zulqarnain) bernama Raja Aftus dan seterusnya galur itu sampailah kepada Merong Mahawangsa.

*Siapa Raja Iskandar Zulqarnain*

Iskandar Zulkarnain seorang pemerintah agung dari Kerajaan Mecodenia (Romani) adalah datang dari galur keturunan Nabi Sulaiman A.S (juga dipanggil Solomon dlm kitab Bible) mengamalkan agama dari ajaran Nabi Ibrahim AS dan Nabi Khidir AS (Nabi Khidir masih hidup hingga kini sama seperti Nabi Allah Illiyas, wallahualam) adalah gurunya yang mashyur. Baginda pernah "dimikrajkan" oleh Allah SWT melalui malaikat ketika berada di kota Iskandariah ketika baginda buntu tentang haluan arah barat dan timur dalam misi memperluaskan empayar Rom ketika itu. Baginda juga bertanggungjawab dalam pembinaan tembok penghalang bagi memenjarakan makhluk ganas Yakjuj & Makjud sebagaimana yang diceritakan dalam Al-Quran dalam surah ke 18 iaitu surah Al-Kahfi.

Merong Mahawangsa pulang kembali ke Rom setelah menabalkan putera sulungnya Raja Merong Mahapudisat yang menjadi Raja Siam yang pertama dan Negeri Langkasuka ditukar kepada Kedah Zamin Turan (Negeri Kalaha).

Putera kedua iaitu Raja Ganjil Sarjuna ditabal sebagai Raja Perak (Gangga Negara yang berpusat di Bruas) dan puteri bungsu ditabal sebagai Raja Patani yang pertama.

Putera bongsu iaitu Raja Seri Mahawangsa menggantikan tempatnya sebagai Raja Kedah Yang Kedua dan bermulalah tradisi menghantar bunga emas dan perak setiap kali Raja Siam mendapat putera sebagai tanda hormat kepada kekanda sulung baginda.

2-Sejarah Islam Di Kedah Darulaman & Keturunan Raja Bersiong

Sejarah kemasukan dan penyebaran agama Islam di Kedah bermula pada tahun 1136M (pendapat sahih menyatakan tahun 1236M) apabila seorang pendakwah Arab iaitu Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri sampai di Kedah melalui Sungai Merbuk. Beliau berasal dari negeri Shahir di bawah pemerintahan Yaman.

>Raja Kedah ketiga iaitu Sri Paduka Maharaja Durbar Raja yang memerintah pada 1130M (pendapat sahih mengesahkan baginda ditabal pada 3 Rabiulawal 627H hari Isnin bersamaan 1 Januari 1230M) adalah Raja Kedah yang pertama memeluk Islam pada tahun 1136M (pendapat sahih menyatakan pada tahun 1236M @ 633H) melalui Sheikh Abdullah dan negeri Kalaha digantikan kepada Kedah Darulaman. nama baginda ditukar kepada Sultan Sulaiman Saidin iaitu nenda kepada Raja Bersiong.

Sultan Sulaiman Saidin memerintahkan Sheikh Abdullah membina masjid dan menara azan di puncak Gunung Jerai iaitu puncak tertinggi di negeri Kedah bagaimanapun beliau men

inggal dunia sebelum menara itu disiapkan dan jasadnya disemadikan di sana dikenali sebagai Padang Tok Sheikh.

>Raja/Sultan Kedah keempat adalah putera sulung Sultan Sulaiman Saidin iaitu Raja Syahibul Khalid Abdullah (ayahanda kepada Raja Bersiong) mempunyai dua isteri yang salah seorang darinya adalah sepupunya dan beroleh 5 cahayamata iaitu 2 putera dan 3 puteri dari isteri pertama. Raja Bersiong adalah putera sulung dan adinda lelakinya bernama Raja Zulkarnain.

>Adik lelaki kepada Raja Syahibul Khalid Abdullah (bapa saudara Raja Bersiong) iaitu Sultan Muhammad ibni Sultan Sulaiman Saidin membuka penempatan baru di Lukut dan dilantik menjadi Raja Lukut yang pertama - dalam Negeri Sembilan sekarang.

>Raja Bersiong iaitu Raja/Sultan Kedah yang Kelima (Gelaran Raja Ong Maha Perita Deria @ Raja seri Maha Inderawangsa @ RJS ibni Almarhum Raja Syahibul Khalid Abdullah) dilahirkan oleh bondanya Raja Alawiyah pada petang Jumaat tahun 642H/1244M dengan penuh adat istiadat keislaman dan mula memerintah pada tahun 660H/1262M ketika berusia 18 tahun dan berkahwin dengan Tuan Puteri Kesuma Bidasari dan dikurniakan cahayamata seramai 13 orang tetapi 2 puteranya yang sulung dan kedua meninggal ketika berusia 10 tahun (Raja Kamarul Bahrin Hisyam Hudin - lemas dalam kolam mandi dalam istana) dan 4 tahun (Raja Kamaruzaman Hafidz - meninggal akibat penyakit ketumbuhan dalam badan-barah). Puteri bungsunya bernama iaitu Puteri Bongsu Haidatul Hidayah adalah puteri kesayangan baginda yang mempunyai rupa paras yang sangat rupawan tetapi ada sedikit kecacatan pada fizikalnya (berjalan agak tempang sedikit).

Raja Bersiong adalah seorang pemerintah yang warak dan ia ghaib sebaik sahaja melepaskan tahta kepada putera sulungnya pada tahun 1321M dipercayai sebagai Wali Allah berdasarkan kesungguhannya dan jasanya dalam mengembangkan agama Islam kepada rakyat jelata yang pada masa itu masih berpegang pada ajaran Hindu/Buddha.

Istana rasmi baginda terletak di Kota Mengkuang dalam Daerah Kubang Pasu.

Baginda juga mempunyai istana hinggap di Pulau Ukup atau Pulau Jemur (sekarang dipanggil Tukun Perak atau Pulau Kedah) terletak di antara Pulau Langkawi dan Pulau Pinang berhampiran perairan Indonesia.

>Raja/Sultan Kedah keenam adalah Putera ketiga Raja Bersiong iaitu Raja Phra Ong Mahapudisat (yang kelima dalam keluarga selepas dua orang kakaknya) dengan Nama Rasmi Islam sebagai Tengku Raja Hisyam Badrol Halim (TRHBH). Adinda saudara lelakinya bernama Raja Shuib Halim Shah (anak keenam dalam keluarga)

Baginda berkahwin dengan puteri kerabat Sultan Kelantan iaitu Wan Kesumatul Bariah Hidayah (ibunya bernama Hala Ayu Ana Malina atau terkenal dengan nama Wan Empok adalah berasal dari kesultanan Kelantan yang lama)

Kelansungan galur pemerintahan Raja Bersiong tamat pada tahta yang keenam iaitu anaknya (Phra Ong Maha Mahapudisat - Gelaran  nama Siam @ TRHBH) apabila Patih Gajah Mada dari Kerajaan Majapahit mengusirnya dari tahta kerana khuatir dengan pengaruh kerajaan Siam dan digantikan oleh putera sulung Raja Bharubhasa iaitu Raja Ibrahim (dengan gelaran Phra Ong Mahawangsa- gelaran dalam bahasa Siam) ditabalkan sebagai Raja/Sultan Kedah yang ketujuh bergelar Sultan Ibrahim Shah pada tahun 1321M dan kelansungan sistem beraja Islam berjalan sehingga ke abad 20 Masehi.

Selepas berlakunya rampasan kuasa tersebut keluarga Tengku Raja Hisyam Badrol Halim dan adinda lelakinya Raja Shuib Halim Shah serta kaum keluarganya merantau ke Lukut dan Pulau Jawa di Bukit Ambun berhampiran Tasik Pawajanggi (sekarang dipanggil Purbakarta terletak di timur bandaraya Jakarta). Anak bungsu Raja Bersiong iaitu Puteri Bongsu Haidatul Hidayah mengikut bapa saudara Raja bersiong iaitu Sultan Muhammad ibni Sulaiman Saidin (Pemerintah kerajaan Lukut yang pertama) tinggal di Lukut. Raja Long Alwi ibni Almarhum Raja Zulkarnain iaitu anak saudara Raja Bersiong yang masih bujang ketika itu juga mengikut sepupunya iaitu putera Raja Bersiong berhijrah ke Tanah Jawa.

Semasa tinggal di Tanah Jawa, Tengku Raja Hisyam Badrol Halim (putera ketiga Raja Bersiong) dan isterinya Wan Ke

sumatul Bariah Hidayah beroleh 3 orang cahayamata iaitu

1- Tunku Pengiran Shukri Shah - putera sulung

2- Tunku Pegiran Adnan Shah - keturunannya memerintah kerajaan berdaulat Brunei Darussalam sehingga sekarang

3- Tunku Melewar Malini - berkait rapat dengan kerajaan Lukut lama

Raja Long Alwi berkahwin dengan puteri raja dari Pulau Jambi iaitu Raja Halimah Saadiah binti Raja Baharuddin Iskandar dan dikurniakan 3 cahayamata iaitu Long Jamian, Long Hamidi dan Puteri Halifah Aizah. Raja Baharuddin Iskandar sebenarnya berasal dari Kedah sebelum berhijrah ke Pulau Jambi. Sepupu kepada Raja Halimah Saadiah iaitu Raja Maznun Mazni yang menjadi isteri pertama Hang Tuah masih tinggal di Kedah hingga ke akhir hayatnya.

*Jasa Hang Tuah kepada Raja Bersiong*

Dengan pertolongan Hang Tuah (nama sebenarnya A. S) dan Panglima Hitam (nama sebenarnya A J berasal dari Perak dan merupakan orang terawal membuka penempatan di Langkawi) maka tiga batang siong yang tumbuh dari rahang Raja bersiong berjaya dibuang di suatu tempat bernama Singgora (sekarang dikenali sebagai Songkla, Thailand) dan hingga kini nama Gerbang Hang Tuah tercatat di pintu masuk Masjid Kresek di selatan Thailand sebagai tanda bukti kehadirannya di sana. Siong yang yang tumbuh itu adalah kerana baginda melanggar pantang larang atau sumpah janji yang terpatri dengan seorang Wali Songo yang memperturunkan ilmu kebatinan namun hasrat itu dibantah oleh ayahandanya kerana ilmu yang diperturunkan sangat tinggi dan tidak mampu dibawa oleh Raja bersiong lalu ditinggalkan amalan kebatinan itu pada peringkat separuh jalan sahaja dan disebabkan itu 3 batang siong tumbuh pada rahangnya (2 batang di atas dan satu batang di bahagian bawah).

Wallahua'lam

Photo from actfadil
nukilan dari Chily.....
Khamis petang 24hb Mac 2011 (18 Rabiul-Akhir 1432)

Nota  kaki :

1-Sultan Kedah yang ke 15 adalah Sultan Muhyiddin Mansor Shah memerintah dari tahun 1651M hingga 1661M mangkat di Langkawi ketika bersemayam di Kota Palas dikenali sebagai Makam Purba. Baginda berkahwin dengan Puteri Hang Li Poh dari China (belum  ditentukan kesahihannya).baginda juga dikenali sebagai Boromokot, Sri Tammaraja 2 dan Cau Pija Kersan.(KESAHIHAN CERITA INI BELUM DIPASTIKAN)

2-Perjanjian Bangkok

Perjanjian ini dibuat antara Kerajaan Siam semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn dan pihak penjajah Inggeris pada tanggal 10hb Mac 1909 dan dimenterai secara rasmi pada 9hb Julai 1909.

Melalui perjanjian ini negeri negeri Melayu yang dalam taklukan atau naungan Siam iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Trengganu diserahkan kepada Inggeris. Akibat perjanjian ini Kedah kehilangan Wilayah Sadao, Pulau Terutao, Setul dan pulau pulau berhampiran dengannya manakala Sungai Golok dijadikan sempadan antarabangsa mengakibatkan Kelantan kehilangan wilayah Tak Bai dan sebagai timbal balik kerajaan Siam menyerahkan wilayah Reman (Hulu Perak) kepada kerajaan Perak manakala negeri Perlis pula kehilangan wilayah Pujoh.

Walaubagaimanapun Kerajaan Siam mengekalkan negeri Patani dalam jajahannya. Sebagai rekod sejarah Patani adalah kerajaan Melayu merdeka dan berdaulat mencapai puncak kegemilangannya pada abad 16M pada pemerintahan raja-raja perempuan. Akibat perang saudara dan perebutan kuasa telah melemahkan kuasa kerajaan Patani dan ditakluk oleh kerajaan Siam sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1785M dan 1902M.

Perjanjian ini telah mendapat murka dari Sultan Kedah ketika itu iaitu Sultan Abdul Hamid kerana kehilangan wilayah Kedah dan baginda bertitah tidak memaafkan pihak yang menjual wilayah Kedah kepada Siam dan mengupamakan sebagai menjual seekor kerbau.

Kredit buat Rozali Ismail https://web.facebook.com/rozalii1


_Terdapat gambar siong milik Raja Bersiong yang masih tersimpan oleh galur keturunannya. Dengan Izinnya nak tengok sila klik sumber url diatas._



Catat Ulasan

0 Ulasan