NABI ZARATHUSTRA

SIRI ANBIYA: NABI ZARATHUSTRA             

Nabi Zarathustra a.s merupakan seorg Nabi dan Rasul yang dilantik oleh Allah Taala pada bangsa Persia. Beliau merupakan anak kepada Pourushasp Spitama bin Padiragtaraspo Spitama bin Urugadhasp Spitama bin Haecadaspa Spitama bin Kikhshnus Spitama bin Paetrasp Spitama bin Aregadharsn Spitama bin Hardhar Spitama bin Spitam bin Vaedisht bin Nayazam bin Airik (Rajan) bin Eldaah bin Madyan bin Nabi Ibrahim a.s. 

Sejak dari kecil beliau sentiasa menjaga kambing dan jauh dari rakan2. Ketika beliau lingkungan 20-an, beliau sering memerhatikan kejadian langit. Baginya semua yg wujud di atas muka bumi ini mempunyai Tuhan. Setiap yg ada di langit dan di bumi memuji Tuhannya.

Penglihatan beliau telah terbuka dan matang untuk menerima cahaya yg terpancar dari langit dan bumi. Namun beliau masih terpenjara oleh jasadnya. Persekitaran yg menyelubunginya menjadikan dirinya terbelenggu kerena keluarganya menyembah adat resam terdahulu iaitu menyembah Mithra (Tuhan Matahari) dan Anita (Tuhan kesuburan dan bumi). Beliau berazam utk meninggalkan tanahairnya dan menjelajah alam yg luas ini. Beliau berharap utk menemui rahsia Tuhan yg agung.

Sepuluh tahun berlalu. Beliau masih berkelana di pendalaman. Jiwa dan rohnya memerhati sekeliling. Sesungguhnya dunia ini mempunyai Tuhan yang Maha Bijaksana, Tuhan cahaya dan langit, Ahura Mizda, Pencipta segala kejadian.

Beliau sampai di Azarbaijan dan tiba di tepi Sungai Dini pada waktu pagi. Beliau pun bermunajat: "Tuhanku, wahai Ahura Mizda, siapakah yg menentukan peredaran matahari dan bintang2? Siapakah yg menghamparkan bumi dan menggantungkan langit serta menjaganya daripada terjatuh?  Siapakah yg menganugerahkan kebijaksanaan wahai Ahura Mizda?".

Sedang beliau bermunajat, beliau melihat satu makhluk bercahaya menghampirinya lalu berkata: "Wahai Zarathustra, sesungguhnya aku adalah Pahu Mana, ketua para Malaikat". Nabi Zarathustra merasa terkejut dan merasa gementar apabila mendengar makhluk itu bersuara. Namun beliau segera mengatasi perasaan tersebut.

Pahu Mana segera menyampaikan kepadanya wahyu dari langit. Wahyu itu memerintahkan beliau agar memberikan peringatan kpd kaumnya serta menyeru mereka supaya menyembah Allah Yang Maha Esa. Selepas Pahu Mana menghilangkan diri, beliau segera menuju kpd org ramai dan menyeru mereka utk menyembah Tuhan Cahaya, Ahura Mizda, Tuhan Yang Maha Bijaksana.

Malangnya seruan beliau mendapat tentangan drpd kaumnya. Beliau menyeru mereka kpd petunjuk tetapi mereka tidak mahu mendengarnya. Beliau mengajak dan menyeru kaumnya kpd agama baru selama 10 tahun tetapi tidak seorg pun yg beriman dgn risalahnya.

Suatu malam, beliau bermimpi melihat sepupunya yg bernama Mituyoma mengetuai satu pasukan tentera org mukmin. Mereka berperang demi meninggikan kalimah Allah, Ahura Mizda, Tuhan Yang Maha Bijaksana. Apabila beliau sedar dari tidurnya, beliau segera menemui sepupunya itu dan menyeru agar menyembah Ahura Mizda. Beliau yakin sepupunya akan beriman kpd agama baru yg dibawanya. Namun, Mituyoma menerimanya acuh tak acuh sahaja seperti org lain.

Begitulah keadaan dakwah yg disampaikan oleh Nabi Zarathustra. Beliau bermunajat kpd Tuhannya, mengadu dan berdoa dgn penuh perasaan: "Ahura! Dimanakah harus aku berlindung? Kemana aku akan membawa diri? Tuhanku! Jauhilah aku daripada kaum bangsawan dan para pembesar. Tidak ada seorg manusia pun yg mendengar seruanku. Mizda! Wahai Yang Maha Bijaksana, tunjukkanlah jalan sehingga Engkau redha terhadap diriku". 

Beberapa tahun berlalu, beliau tetap menyeru kaumnya sebagaimana kebiasaannya. Tidak seorg pun yg menyahut seruannya. Beliau merasa amat kecewa. Mituyoma menemuinya dan mengisytiharkan keimanannya kpd Ahura Mizda. Nabi Zarathustra merasa sgt gembira kerana apa yg dilihat di dalam mimpinya kini menjadi kenyataan.

Semasa beliau berusia 42 tahun, beliau menerima perintah dari Allah utk menghadap raja Persia utk menyerukan kpd agama baru itu. Beliau segera meredah lembah dan padang pasir, mendaki gunung utk memenuhi perintah tersebut.

Akhirnya beliau tiba di Bandar Balakh, ibu kota Kerajaan Persia. Beliau terus ke istana raja dan apabila beliau sampai di istana, beliau mendapati Raja Qaurus (Cyrus) dan pembesarnya tgh berbincang. Nabi Zarathustra terus mengadap raja dan menyerunya kepada agama baru yg dibawanya.

Dlm perbincangan itu, terserlah kpd mereka kemampuan Nabi Zarathustra. Beliau seorg yg bijak berbicara dgn hujah yg kuat, akal yg pintar dan pendapat yg bernas. Raja Qaurus menerima kehadiran Nabi Zarathustra dgn baik. Malah baginda tidak berpuas hati dlm sesuatu hal sebelum mendengar pendapag Nabi Zarathustra.

Melihat sikap raja, pegawai2 istana merasa cemburu lalu mereka merancang sesuatu utk menjauhkan raja drpd Nabi Zarathustra. Mereka membisikkan ke telinga baginda kata2 yg dpt mempengaruhinya. Raja Qaurus dpt dipengaruhinya lalu baginda memerintahkan agar Nabi Zarathustra dihumbankan ke dlm penjara. Di dlm penjara, Nabi Zarathustra mengisi masa2nya dgn membaca ayat2 drpd Absatak, kitab sucinya dgn suara yg lunak.

Pada suatu hari, adik Raja Qaurus yg juga salah seorg menteri Kerajaan Persia jatuh sakit. Segala dukun, ahli2 sihir dan tukang tilik cuba merawatnya tetapi tidak berjaya. Salah seorg pegawai istana berkata: "Wahai tuanku, kenapa tuanku tidak meminta tolong dr org yg mengaku mendapat wahyu dari langit utk mengubatinya?. Raja Qaurus pun memerintahkan agar Nabi Zarathustra dibawa mengadap.

Setelah Nabi Zarathustra mengadap, Raja Qaurus pun memintanya agar menyembuh penyakit adindanya tetapi Nabi Zarathustra memberi syarat sekiranya beliau menyembuhnya dgn izin Tuhannya, Raja Qaurus mestilah beriman kepada Ahura Mizda dan syarat itu pun diterima oleh Raja Qaurus. Nabi Zarathustra pun berdoa kpd Ahura Mizda agar menyembuhkan penyakit adinda Raja Qaurus.

Dgn izin Ahura Mizda, penyakit yg dihadapi oleh adinda Raja Qaurus pun sembuh. Raja Qaurus terus sujud menyembah Ahura Mizda dan baginda beriman kepada seruan Nabi Zarathustra. Seluruh penghuni istana, kaum bangsawan dan rakyat jelata beriman kepada agama baru itu.

Ahura Mazda telah memfardukan kpd org mukmin sembahyang lima waktu sehari semalam iaitu Havan, Rapithvan, Uziren, Aevishuthrem, dan Ushen.
1) Waktu Havan dari matahari terbit sehingga tengah hari (Khorda Avesta, Gah Havan: 1-10)
2) Waktu Rapithvan tengah hari sehingga suku petang sekitar 3 PM (Khorda Avesta, Gah Rapithvan :1-12)
3) Waktu Uziren dari suku petang 3.30 sehingga terbenam matahari (Khorda Avesta, Gah Uziren: 1-11).
4) Waktu Aevishuthrem dari terbenam matahari sehingga tengah malam. (Khorda Avesta, Gah Aevishuthrem: 1-13).
5) Waktu Ushen dari tengah malam sehingga sebelum matahari (Khorda Avesta, Gah Ushen: 1-10 ).

Apabila tiba waktu sembahyang, mereka akan bersuci dan berdiri di belakang Nabi Zarathustra. Raja Qaurus kini menginsafi diri dan baru baginda tahu bahawa agama itu lbh berkuasa dr negara. Baginda memerintahkan agar kitab suci Absatak ditulis. Kitab itu ditulis di atas kulit biri2 sebanyak 20,000 keping dgn bertintakan emas. Nabi Zarathustra juga mengingatkan kaumnya supaya berpegang dgn agama yg dibawanya sehinggalah diutuskan seorg Nabi dr bangsa Arab.

Berita kemunculan agama baru di Persia tersebar sehingga sampai ke Babylon. Berita itu juga sampai ke pengetahuan sekumpulan kaum Bani Israil yg ditawan di Babylon. Mereka percaya agama baru itu akan membebaskan mereka drpd kehinaan yg sekian lama mencengkam kehidupan mereka. Mereka juga menyeru kaum Bani Israil di Saba' bahawa Raja Qaurus dr Persia akan datang menyerang dan menawan Babylon serta membebaskan mereka dr tawanan.

Raja Qaurus bersama tentera Islamnya dtg menyerang Babylon. Di dlm peperangan tersebut, tentera Persia mendapat kemenangan. Babylon yg sebelumnya tunduk kpd kekuasaan Mardukh, Sin, Syamas, Asytar dan tuhan2 lain telah menjadi sebahagian drpd tanah jajahan Persia.

Kaum Bani Israil dibenarkan pulang ke Jerusalem dibawah pimpinan Nabi Uzair dan Nabi Nehemiah a.s. Kekuasaan Raja Qaurus terus berkembang dan tersebar sehingga ke Sungai Nil. Kini baginda menghadapi bangsa Qhaidhar, Nabat dan suku2 Bani Ismail yg lain.

Raja Qaurus mengingati pesanan Nabi Zarathustra: "Berpegang teguhlah kpd apa yg telah aku serukan sehingga dtg kpdmu tuan unta merah". Baginda memutuskan tidak mahu menumpahkan darah kaum yg akan diutuskan dikalangan mereka Nabi yg dinanti-nantikan.

Baginda menghantar utusan kpd Bani Ismail utk memeterai perjanjian persahabatan antara kedua pihak. Nabi Zarathustra wafat ketika anak Raja Qaurus yg bernama Qambiz (Cambyses) memerintah Kerajaan Persia.


Sumber Dari Telegram GROUP PARA ANBIYA' (Mohamad Azmi Mat Rashid, [29.04.20 11:50])

Catat Ulasan

0 Ulasan