NABI IRIAL I FAID

SIRI ANBIYA: NABI IRIAL I FAID             

Nabi Irial I Faid a.s merupakan seorang tokoh Nabi yang diutus oleh Allah utk bangsa Ireland. Selain menjadi Nabi, beliau menjawat jawatan sebagai raja bagi Kerajaan Ireland yang ke-10. Beliau merupakan putera kepada Raja Eochaid II.

Ibu beliau berasal dari kaum Bani Israil dan bernama Puteri Tamar (Tephni) binti Raja Zedekiah, raja Kerajaan Judah bin Raja Josiah. Ibunya berpegang kuat dgn ajaran Nabi Musa a.s dan berpindah ke Ireland selepas bernikah dgn bapanya.

Di dalam istana, beliau dididik dan diasuh dgn baik tetapi beliau tidak selesa dengan cara hidup bapanya dan bangsa Ireland yg suka membuat kemungkaran dan menyembah berhala sehingga di suatu masa beliau di datangi Malaikat Jibril dan melantik beliau menjadi Nabi.

Mungkin darah para Nabi mengalir dlm tubuhnya membuatkan beliau terpilih menjadi Nabi kerana moyangnya yg bernama Raja Josiah mempunyai isteri bernama Hammutal binti Nabi Yeremia bin Nabi Hikiah.

Ketika zaman pemerintahan bapanya, beliau banyak mengajak kaum dan bapanya beriman dgn Allah tetapi beliau mendapat tentangan dari para pendita berhala. Mereka menghasut bapanya dan mengatakan bahawa beliau sudah sesat dan gila kerana terpengaruh dlm dunia mimpi.

Oleh yg demikian, Nabi Irial I Faid memohon kepada Allah agar mereka mendapt balasan. Beberapa hari kemudian,  penduduk Ireland mendapat sejenis penyakit. Mereka berusaha untuk mengubati diri mereka tetapi penyakit tersebut makin merebak.

Akhirnya mahu tak mahu mereka terpaksa meminta pertolongan dr Nabi Irial I Faid dan berjanji akan beriman dan meninggalkan amalan penyembahan berhala. Nabi Irial I Faid pun memohon kepada Allah agar menyembuhkan penyakit mereka.

Dgn izin Allah penyakit yg mereka hadapi hilang dan berimanlah semua penduduk Ireland. Ketika Nabi Irial I Faid menjadi raja, mereka semua hidup dalam suasana aman dan damai dan beriman dgn Kitab Taurat dan Zabur.


Sumber Dari Telegram GROUP PARA ANBIYA' (Mohamad Azmi Mat Rashid, [29.04.20 11:51])

Catat Ulasan

0 Ulasan