Mohamad Azmi Mat Rashid, [10.05.20 05:55]
SIRI PARA ANBIYA: NABI ISMAIL
Nabi Ismail merupakan salah seorang Nabi yg dilantik oleh Yahweh (Allah) dari kaum Bani Israil. Beliau merupakan anak kepada Nabi Kharkeel dari keturunan Nabi Yahuda bin Nabi Yaaqub bin Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim.
Beliau hidup sezaman antara Nabi Jeremiah (Yeremia) dan Nabi Daniel. Sepanjang karier kenabiannya, Nabi Ismail sering menegur kaumnya dari membuat perkara yg mungkar dan pernah mengabarkan berita kemusnahan mereka di tangan tentera Raja Nebukadnezzar II.
Kaumnya tetap tidak mengindahkannya malah mereka mencemuh beliau dengan kata2 yg kesat. Pada tahun 586 Sebelum Masihi, Raja Nebukadnezzar II telah melancarkan serangan ke atas Kerajaan Yehuda dan menawan semua penduduk negeri Yehuda.
Kesemua mereka termasuk Nabi Ismail dibawa ke Babylon sebagai bangsa pembuangan. Di dlm tahanan, Nabi Ismail sentiasa memperingatkan kaumnya supaya berdoa kepada Yahweh agar diberi pertolongan.
Utk tempoh yg agak lama, Nabi Ismail pun dibenarkan pulang ke negeri Yehuda. Di Yehuda, Nabi Ismail menghabiskan sisa2 hidupnya beribadah kepada Yahweh sehingga beliau wafat. Jasad beliau telah dikebumikan di sekitar Hebron, Israel.
#MAMR
0 Ulasan