NABI HUDUN

Mohamad Azmi Mat Rashid, [18.05.20 15:01]
SIRI ANBIYA'= NABI HUDUN

Nabi Hudun merupakan putera kepada Nabi Hud bin Abdullah bin Rabah bin Al-Khulud bin 'Aad bin Aus bin Iram bin Sam bin Nuh bin Lamak bin Matusyalakh bin Akhnukh (Nabi Idris) bin Yarid bin Mahlil bin Qainan bin Anusy bin Syith bin Adam.

Dilantik menjadi Rasul di Hadhramaut selepas kewafatan bapanya dan diutus pada kaum Aad Tsaniyah. Kaum ini adalah sisa baki kaum Aad al awwal..

Oleh kerana mereka kembali kufur, Allah Taala pun melantik Hudun sbg Rasul utk membimbing mereka ke jalan kebenaran..Tentangan demi tentangan berlaku sepanjang beliau berdakwah tetapi segelintir saja yg beriman.

Oleh kerana kekufuran mereka, Allah telah mengilhamkan kepada kabilah Qahtan supaya memerangi mereka sehingga mereka lenyap dalam lipatan sejarah.

Nabi Hudun dimakamkan di sebuah desa yg bernama Hadun, Kota Do'an di wilayah Hadhramaut.

#MAMR

Catat Ulasan

0 Ulasan