NABI ARFAKHSYAD

Mohamad Azmi Mat Rashid, [18.05.20 15:01]
SIRI ANBIYA'= NABI ARFAKHSYAD

Nabi Arfakhsyad merupakan seorg Nabi dan Rasul yg diutus oleh Allah Taala pada Bani Sam yg tinggal di sekitar Yaman dan di sekitar Kota San'a. Beliau merupakan anak Nabi Sam bin Nuh bin Lamak bin Matusyalakh bin Akhnukh (Idris) bin Yarid bin Mahlil bin Qainan bin Anusy bin Syith bin Adam.

Menurut catatan sejarah, beliau dilahirkan pada tahun 2342 Sebelum Masihi di Salem ( Jerusalem).

Menginjak dewasa, beliau bernikah dgn seorg wanita dari keturunannya sendiri dan wanita itu bernama Rasueja binti Elam bin Sam bin Nuh. Dari perkahwinan tersebut, beliau mendapat beberapa org anak bernama Shalikh, Kayumars, Alim, Qahthan, Qainan, Qasid, Malih, Anar dan Ashkul.

Beliau merupakan seorg Nabi yg mempunyai raut wajah yg hampir serupa dgn wajah bapanya. Beliau juga seorg yg kuat beribadah kpd Allah.

Daripada anak2 beliau lahirkan suku kaum yg hebat. Anak kedua beliau yg bernama Kayumars merupakan datuk nenek moyang bagi keturunan Paris. Kayumars mempunyai enam org anak lelaki bernama Siyamak, Fars, Iraq, Tuz, Sham dan Damaghan.

Menurut sejarah, keturunan Nabi Arfakhsyad pernah mendominasi dinasti China iaitu pd zaman Dinasti Chou yg merupakan keturunan Jobab bin Jokhtan bin Shalikh bin Arfaksyadh bin Sam bin Nuh.

Dikatakan bhw Jobab mempunyai dua org anak bernama Tang dan Hushaiah. Tang adalah pendiri pertama Dinasti Shang dan beliau mempunyai anak bernama Ta Ting dan Ta Ting mempunyai anak bernana Ta Chia. Keturunan Jesharelah bin Hushaiah bin Jobab bin Jokhtan pernah bermigrasi ke Timur iaitu China sekitar tahun 2205 SM. Keturunan Jesharelah di China dikenali sbg bangsa Chou.

Selepas kewafatan Nabi Arfakhsyad, tampuk khalifah di pikul oleh anaknya yg bernana Shalikh.

#MAMR

Catat Ulasan

0 Ulasan