Mohamad Azmi Mat Rashid, [11.05.20 07:20]
SIRI PARA-PARA KAUM: KAUM LIHYAN
Kaum Lihyan merupakan sekelompok manusia dari bangsa Arab Selatan. Mereka berasal dari kabilah Bani Lihyan bin Huzail bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'd bin Adnan. Mereka bermukim di kawasan pesisir tidak jauh dari Dedan dan memiliki hubungan yang erat dengan Kerajaan Mesir serta terpengaruh dalam budaya Yunani.
Mereka juga telah membina sebuah kerajaan kecil yang terletak di selatan wilayah Kerajaan Nabat dan di antara kota mereka yang paling terkenal ialah Kota Dedan.
Menurut kajian ahli arkeologi, Kota Dedan sebelumnya merupakan sebuah kerajaan dan ia muncul serta mulai berkuasa pada sekitar tahun 160 SM tetapi kerajaan ini tidak bertahan lama kerana diserang dan jatuh ke tangan kaum Lihyan. Hal ini terjadi sekitar tahun 115 SM. Pada masa itu, raja yang memerintah Kerajaan Dedan bernama Kabir-Il bin Mata-Il. Baginda merupakan raja pertama yang mendirikan Kerajaan Dedan sekaligus raja terakhir yang berkuasa di kerajaan tersebut.
Pusat Kerajaan Lihyan dan Dedan terletak di Alula di mana hingga kini Alula memiliki tapak ekskavasi al-Khuraybah (al-Kharibah) atau kota Dedan purba. Selain di Alula, peradaban bangsa Lihyan terdapat di Wadi al-Mu'tadil dan lembah-lembah lain disekitarnya.
Ketika mereka memerintah, Kerajaan Himyar telah menyerang mereka dan dapat menduduki wilayah mereka. Dengan demikian, mereka terpaksa tunduk pada kekuasaan Himyar.
Keluasaan Kerajaan Lihyan hilang di tangan Kerajaan Nabat. Menurut sejarah, sebelum tahun 65 SM, Kerajaan Nabat menguasai al-Hijr dan dari sana mereka bergerak ke Tayma kemudian memotong semua laluan bangsa Lihyan menuju laut dan menguasai perlabuhan Leuke Kome yang sebelumnya berada di bawah kekuasaan Lihyan.
Ketika pemerintahan Raja Mana'i Laudzan bin Hanu-as (35-30 SM), Kerajaan Lihyan pernah mengalami gempa bumi dan akibat kejadian tersebut banyak kuil-kuil hancur dan orang-orang yang berada di dalamnya mati bergelimpangan. Hal ini terjadi setelah mereka membunuh seorang Rasul
yang dilantik oleh Allah Taala untuk menegur mereka dari menyembah berhala.
Puncak kekuasaan Nabat ke atas bangsa Lihyan terjadi pada masa Rabi-Il, raja Nabat terakhir yang berkuasa ketika Kerajaan Romawi merebut bahagian timur kerajaannya pada tahun 105 M. Kemudian Kerajaan Romawi merebut bahagian selatan kerajaannya sekitar tahun 106 M. Dengan demikian maka hilanglah kekuasaan Nabat ke atas Lihyan dan bangsa Lihyan kembali merdeka di bawah pimpinan raja mereka yang bernama Raja Hanu-as bin Tulmai.
Gambar di bawah merupakan sebahagian artifak dan teks yang dijumpai. Teks bangsa Lihyan bernombor JS 349 yang menurut sebahagian peneliti merupakan teks yang berasal dari akhir abad kurun ke 2 SM. Teks ini diduga merupakan salah satu teks Lihyan yang paling awal. Ia ditulis oleh seorang lelaki bernama Nauran bin Hadhir pada masa Jusyam bin Syahrdan Abd yang merupakan gabenur Dedan pada masa itu.Teks ini pecah sehingga nama raja lenyap seluruhnya.
Dalam teks lain, ada tercatat nama seorang raja Lihyan bernama Hanus bin Syahr dan disebut bersama seorang raja lain yang memerintah bersamanya. Sayangnya nama raja itu terhapus dari teks tersebut. Dr teks ini juga terdapat seorang raja lain yang bernama Dzu Asfa'in Takhmai bin Laudzan. Menurut seorang pengkaji bernama Caskel, raja ini memerintah pada awal abad 1 SM. Teks yang bernombor JS 85 berasal dari zamannnya di mana ia ditulis dalam rangka pembangunan sebuah rumah ibadat untuk Dewa Dzu Ghabat, salah satu dewa bangsa Lihyan.
Dalam teks bernombor JS 8 juga muncul nama seorang raja lain bernama Syamit Jusyam bin Laudzan. Teks ini ditulis dalam rangka persembahan nazar oleh seseorang kepada Dewa Dzu Ghabat pada tahun ke 9 dari pemerintahan Raja Syamit. Caskel memperkirakan masa lekuasaannya antara 9 SM-56 M.
Dalam teks bernombor JS 83 pula ada disebut seorang raja bernama Raja Jallat Qaus (Mallat-Qaus). Teks ini ditulis pada masa kekuasaannya iaitu tahun ke-29 dari pemerintahannya. Teks ini ditulis dalam rangka persembahan nazar oleh seseorang kepada Dewa Ajil Bun.
Nama raja lain dari Kerajaan Lih
Mohamad Azmi Mat Rashid, [11.05.20 07:20]
yan ialah Raja Mana'i Laudzan bin Hanu-as yang muncul dalam teks bernombor JS 82 yang ditulis dalam rangka persembahan nazar untuk Dewa Ajil Bun.
#MAMR
0 Ulasan