ASAL BANGSA TURKI

Mohamad Azmi Mat Rashid, [13.05.20 14:07]
ASAL BANGSA TURKI             

Bangsa Turki berasal dari keturunan Tugarmah (Toork) bin Gomer bin Nabi Yafith bin Nabi Nuh. Tugarmah telah diberi gelaran Japhet-Ooghlan (Ooghlan bererti anak dalam bahasa Turki).

Tugarmah (Toork) hidup sezaman dengan Raja Kyoomurs (Umaym) bin Lud bin Nabi Sam bin Nabi Nuh yg merupakan raja pertama daerah Fars sedangkan Tugarmah (Toork) merupakan raja pertama di daerah timur.

Dikatakan bahawa Raja Toork telah memilih tempat tinggal yg dinamakan sbg Jaeelgan atau Siluk di mana terdpt sebuah tasik kecil yg airnya selalu hangat. Di sekitar Jaeelgan terdpt bukit2 dan air terjun. Di sanalah baginda menghabiskan masa hidupnya bersama keturunannya dgn agama yg benar.

Raja Toork mempunyai anak seramai lima org iaitu Obluchi (Abluchi Khan/Alinja Khan), Toonk (Toong/Tunag), Chiegul, Bursunkhar dan Itlauk.

Penggunaan garam pertama ditemukan oleh  Toong (Tunag) dan penggunaan pakaian dari kulit binatang muncul pada zaman ini. Raja Toork dikatakan hidup selama 240 tahun.

Anak sulung baginda yg bernama Abluchi Khan telah dilantik menjadi raja menggantikan ayahandanya. Di dlm pemerintahannya, Raja Abluchi Khan telah membahagikan sukunya menjadi dua bahagian iaith suku kanan yg dinamakan Oonghar dan suku kiri disebut sebagai Joonghar.

Sebelum Raja Abluchi Khan mangkat, baginda telah melantik puteranya yg bernama Debad Kowi sbg penggantinya. Raja Abluchi Khan pun mendalami agama sehinggalah baginda mangkat.

Raja Debad Kowi Khan kemudian digantikan oleh puteranya yg bernama Kyook Khan. Kemudian, baginda digantikan oleh puteranya yg bernama Alumchi Khan.

Pada zaman pemerintahan Raja Alumchi Khan, bangsa Turki mencapai kejayaan sehingga mereka lupa dgn ajaran agama yg diajarkan oleh moyang mereka.

Raja Alumchi Khan mempunyai anak kembar bernama Tartar dan Moghool. Melihat  anaknya semakin dewasa, Raja Alumchi Khan pun membahagikan kerajaan antara mereka berdua. Dari merekalah lahir bangsa Tartar dan bangsa Monggol.

#MAMR

Catat Ulasan

0 Ulasan