Solat!, WAJIB FAHAM : Kesilapan meletak jari kaki ketika sujud dalam solat.
-09 Jun
WAJIB BACA - Kesilapan meletak jari kaki ketika sujud dalam solat
Perasan atau tidak ketika sujud dalam solat ada bermacam cara
meletak atau menyusun jari kaki kita di lantai. Ada yang letak di hujung
kuku, ada yang bersilang dan bermacam-macam lagi.Pada kali ini jom kita
tengok bagaimana kedudukan sebenar jari kaki kita ketika sujud.
Kedudukan yang betul ialah dengan melipat hujung jari kaki
sehingga perut jari kaki itu dirasa menyentuh ke bumi.
Sekurang-kurangnya ialah dengan satu jari kaki yang betul kedudukannya (
pada kedua-dua belah kaki). Jika jari kaki tidak dillipat, tidak
diletakkan dengan betul, solat kita boleh menjadi batal kerana ia
merupakan anggota wajib yang 7. Justeru bagi mereka yang boleh
meletakkan jari kaki dengan betul, hendaklah melakukannya dan bagi
mereka yang mungkin sudah berusia dan sukar melipat jari kaki,
lakukanlah sekadar kemampuan.
Soalan: Kalau macam ini cara sebenarnya jadi selama ini tak sah lah solat saya? Jawapan: Menurut Imam al-Nawawi Jika seseorang itu sengaja (tanpa
uzur) tidak meletakkan perut hujung tapak jari kaki ketika sujud, maka
tidak sah solatnya. Tetapi jika dia melakukan perbuatan tersebut
disebabkan kejahilan dirinya atau keuzuran, maka solatnya diterima.
0 Ulasan