‎Jadikan Ramadan ini puntung rokok yang terakhir.

 Tujuh juta kematian berlaku setiap tahun disebabkan oleh rokok. 226 juta perokok hidup dalam kemiskinan di mana 10% daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk membeli rokok.

Rokok bukan sekadar merosakkan jantung, paru-paru dan menyebabkan kanser, lebih daripada itu, orang yang tersayang serta alam sekitar turut menjadi mangsa.

Tips berhenti rokok di bulan Ramadhan:
1. Berazam untuk berhenti merokok. Jadikan matlamat Taqwa (kawalan diri) sebagai pendorong.
2. Kenal pasti faktor merokok
3. Dapatkan bantuan daripada klinik berhenti merokok atau sediakan bekalan melawan ketagihan seperti chewing gum
4. Pilih Tarikh Berhenti Merokok sepenuhnya. Contohnya 2 minggu dari sekarang, raikan 1 Syawal dengan nafas baru.
5. Beritahu keluarga dan rakan taulan
6. Buang perkara yang berkaitan dengan rokok
7. Dua minggu pertama adalah mencabar: Sibuk kan diri, jauhkan daripada persekitaran merokok
8. Sabar dan istiqamah: Jaga diri, hargai usaha berhenti merokok, cari hobi baru, urus tekanan (stress)

* Harga rokok akan semakin naik
* Kawasan Bebas Asap Rokok telah diwartakan, perokok boleh didenda atau dipenjara jika merokok di tempat awam
* Kesan merokok kepada tubuh badan amat serius. Cuba bayangkan hari mendatang, berulang-alik keluar masuk hospital.



#Whatsapp Group

Catat Ulasan

0 Ulasan