N ama watak Dayang Senandung (Senandong) biasanya dikaitkan dengan filem klasik yang diterbitkan dalam bentuk hitam putih pada tahun 1965, yang mengisahkan seorang puteri raja dari Ratnapura yang dilahirkan bertubuh hitam akibat terkena sumpahan. Al-kisahnya, puteri raja dari Ratnapura yang dilahirkan bertubuh hitam akibat terkena sumpahan dari seorang rakyat jelata yang bertubuh hitam dan telah dihukum bunuh oleh baginda Sultan (lakonan Haji Mahadi) akibat dihasut oleh fitnah dari seseorang. Walaupun orang yang menyebarkan fitnah juga …
Ceritera ini telah diriwayatkan berlaku di Negeri Inderapura (nama lama Pahang). A dapun Inderapura pada zaman kemegahan Kerajaan Melayu Melaka telah diperintah oleh seorang Bendahara bernama Bendahara Paduka Raja. Ketika zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah, Melaka muncul sebagai sebuah pusat penyebaran dan pengembangan syiar Islamiah yang terkenal di rantau Nusantara. Adapun ugama Islam itu tersebar dari Melaka ke segenap pelusuk dunia Melayu melalui peperangan dan taklukan. Namun tidak kurang juga negeri-negeri itu diIslamkan…
P uteri Santubong dan Puteri Sejenjang ialah dua orang puteri dewa kayangan yang mempunyai paras rupa dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan terpikat. Paras kedua-dua puteri anak dewa dari kayangan itu bagaikan purnama menghias alam, bersinar-sinar bergemerlapan. Alis mata, yang lentik dan ekor mata seperti seroja biru di kolam madu. Walaupun ketinggian tubuh mereka hanyalah sederhana tetapi suara mereka cukup merdu seperti seruling bambu. Inilah kelebihan yang terdapat pada Puteri S…
S AMA ada ianya hanya satu mitos atau kisah benar, lagenda kezaliman Raja Bersiong meminum darah manusia sentiasa menarik perhatian peminat sastera dan sejarah tanah air. Kisah raja keempat daripada keturunan Merong Mahawangsa ini cukup sinonim dengan Baling Kedah, iaitu kawasan yang terletak bersempadan dengan Perak di sebelah tenggara, yang dikatakan mendapat namanya bersempena peristiwa Raja Bersiong memulas keluar kedua-dua siongnya kerana tidak tahan menderita sakit gigi dan membaling siongnya jauh ke suatu tempat yang kini dikenali se…
B lack Caesar merupakan seorang lanun masyhur yang hidup pada kurun ke-17 dan kurun ke-18 Masehi. Berasal dari Afrika Barat, Black Caesar ditangkap oleh pedagang hamba. Walau bagaimanapun, kapal yang mengangkutnya itu karam di pesisiran pantai Florida dan Black Caesar pula terselamat dari bencana itu. Lantas, beliau pun memulakan kariernya sebagai lanun sehingga menjadi masyhur. Kehuru-haraan yang disebarkan oleh beliau berakhir pada tahun 1718, apabila Black Caesar disabit atas jenayah melanin dan dijatuhi hukuman mati. Walaupun lanun…
Popular Posts
RAWAT BUASIR SECARA SEMULAJADI MENGGUNAKAN BAWANG PUTIH
PERANG MUSUH BISIK 1821
Fakta menarik Hikayat Hang Tuah
Tiga Jenis Aksara Purba Melayu Yang Hilang Ditelan Arus Masa
KENALI MALAIKAT2 ALLAH TAALA