Tok Janggut Kg Tg Rambai Grik Perak telah dijemput oleh MB Selangor ketika rusuhan kaum 13hb Mei 1969.Beliau berasal daripada Kerinchi Indonesia datang berdagang ke Huluperak.
DiKampung Tg Rambai beliau dilantik sebagai ketua Kampong , ramai perantau dari Kerinchi Indonesia membuka tanah tanah baru dengan menanam Padi Huma atau Padi Ladang Bukit dan salepas habis menuai tanah berkenaan ditanam pula dengan getah .Tok Janggut juga terkenal dengan keberaniannya yang tiada tolok banding diantara perantau Kerinchi ketika itu.
Sepanjang hayatnya, Tok Janggut amat tersohor dengan kehebatan kepahlawanan melayu.Selain ketua kampung, beliau juga merupakan seorang pengamal ilmu perubatan, Bomoh dan ahli tasauwuf. Menurut cerita orang tua yang masih ada semasa zaman kemahshuran Tok Janggut telah dilantik oleh pembesar di huluperak sebagai imam perang di kawasan Temenggor hingga Kenering.
Tok Janggut semasa hayatnya pernah beberapa kali bertempur dengan pengganas komunis dengan hanya menggunakan parang panjang yang sehingga kini masih ada tersimpan di rumah pusaka peninggalannya yang kini didiami oleh Tn Hj Omar. Tok Janggut juga telah diceritakan telah memasang pagar sepanjang kampung Tanjung Rambai sehingga dikatakan pengganas komunis setiap minggu lalu lalang di halaman rumah penduduk kampung tetapi mereka tidak nampak di situ merupakan kawasan kampung.
Kisah Tok Janggut juga terkenal di hulu perak di hari keraian peringkat daerah semasa gerik di perintah oleh DO Tuan Bekerley. Satu pertunjukan orang kuat telah dijalankan di padang Grik. Tuan Bekerley telah membawa seorang penggusti dari british untuk mengadakan pertunjukan gusti. Setelah selesai, orang putih tadi telah mencabar kepada semua orang melayu yang mana berani untuk tampil di tengah padang beradu kekuatan. Kebetulan pada masa itu Tok Janggut telah dijemput oleh Tuan Bekerly bagi memeriahkan suasana. Akhirnya Tok Janggut bangun melompat terus di tengah gelanggang. Tanpa banyak cakap mereka meneruskan pertarungan dan dikhabarkan Tok Janggut dengan kekuatan yang ada telah mencampak orang putih itu dengan sebelah tangan, orang putih itu terus terpelanting kira - kira 50 meter ke hujung padang.
Tok Janggut juga telah menulis beberapa kitab rahsia perubatan melayu, kitab amalan pendekar(Kaf 40 dalam bahasa Ibrani) yang pernah menjadi kontraversi bagi pengamal yang pernah mempertikai kandungan Kaf 40. Namun segala kontraversi mengenai kitab Kat 40 itu telah dirungkai oleh Tuan guru Pak Teh Yang Dipertua pondok Pak Teh Pengkalan Hulu. Isi kandungan Kitab Kaf 40 merupakan bahasa dalam kitab Ibrani yang bukan calang orang yang boleh mengarang kitab tersebut. Maka Pak Teh yang juga salah seorang ahli majlis fatwa Agama islam negeri perak telah menyatakan kitab tersebut boleh digunapakai sebagai amalan harian. Selain Tok Janggut, terdapat beberapa orang lagi sahabat sahabat beliau yang handal dan tinggi amalan tauhid seperti Hj Majid( Imam), Hj Mat Tahir, Hj Mat Kaya, Hj Mat Ali, sutan Sharif dan beberapa orang lagi.
والله أعلم بالصواب
0 Ulasan