KRONOLOGI KONFRONTASI INDONESIA TERHADAP MALAYSIA YANG PERLU ANDA KETAHUI.



1. Konfrontasi ini disebabkan oleh pembangkang politik dan tentera Indonesia yang tidak menyetujui penyatuan Tanah Melayu dengan tanah jajahan Mahkota British iaitu, Sabah dan Sarawak.

2. Penentangan ini dilakukan oleh Sukarno kerana cita-cita tingginya menentang penjajahan di Nusantara sebagai perang masa depan.

3. Di Brunei, pemberontak Kalimantan melakukan cubaan menculik Sultan Brunei dan merampas ladang minyak dan menjadikan orang Eropah sebagai tebusan. Tetapi, berjaya dipatahkan oleh Angkatan tentera Malaysia dan Gurkha dari Singapura.

4. Pada awalnya, Filipina & Indonesia secara rasminya bersetuju untuk menerima pembentukan Malaysia selepas mendapat pungutan suara yang dikelolakan oleh PBB.

5. Namun, dengan sikap Indonesia yang lalang bertukar menjadi penentangan keras penubuhan Malaysia daripada sebuah negara bebas. Soekarno mengutuk Malaysia secara terus-menerus dalam sidang kemuncak yang diadakan di Manila.

6. Selain mengutuk, Soekarno juga memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

7. Pada 20 Jan 1963, menteri luar Indonesia, Dr. Subandrio telah mengumumkan konfrontasi terhadap Malaysia.

8. Konflik yang diwujudkan oleh Soekarno itu ditentang oleh ketua Strategik angkatan darat Indonesia, Jeneral Achmad Yani dan menasihati Soekarno agar tidak terus melancarkan konfrontasi dengan Malaysia.

9. Soekarno melabel Jeneral Achmad Yani sebagai "Babu" Malaysia kerana dinasihati.

10. Konfrontasi ini semakin memuncak setelah Soekarno tersinggung dengan tindakan Allahyarham Tunku Abdul Rahman mengumumkan terbentuknya Malaysia sebelum komisi PBB itu mengumumkan hasil siasatannya.

11. Pada 12 April 1963, pasukan angkatan perang TNI dan Gerila Indonesia mula bertindak menyelinap masuk ke sempadan Malaysia. Mereka mula menyerang balai Polis Tebedu, Sarawak. Namun, berjaya dipatahkan oleh Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

12. Pada 29 Disember 1963, Gerila perang Indonesia telah melaksanakan serangan mengejut ke pos Tentera di Kalabakan, Tawau, Sabah. Serangan ini dilakukan ketika anggota tentera sedang bersiap-siap untuk Solat Isyak. Namun, ia berjaya dikekang oleh pasukan ATM dan PDRM.

13. Pada tahun 1964, Gerila Indonesia mulai menyerang wilayah di semenanjung Malaysia, tetapi ia berjaya dipatahkan oleh PDRM dan 16 ejen bersenjata Indonesia ditangkap di Johor.

14. Aktiviti TNI di sempadan Malaysia semakin meningkat. Dengan itu, kerajaan Malaysia mengerahkan ATM dan Askar Wataniah bersiap sedia untuk menangani ancaman ganas dari TNI. TLDM dikerah untuk mempertahankan perairan Malaysia.

15. Oleh kerana pasukan Malaysia masih sedikit dan Malaysia baru sahaja dibentuk, kerajaan negara telah menghantar permintaan bantuan ketenteraan daripada Australia dan New Zealand bagi mengekang pencerobohan tersebut.

16. PDRM juga dikerahkan untuk mengawal dan membuat rondaan di perkampungan dan dikawasan bandar. Sekatan jalan raya juga diketatkan keatas orang awam.

17. Kor Risik Diraja melakukan tugas risikan terhadap kegiatan & aktiviti subversif yang dilakukan oleh TNI.

18. Pada 16 Ogos 1964, RAMD berhadapan dengan 50 orang dari pasukan Gerila Indonesia. Pada masa tersebut, Filipina telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia walaupun tidak terlibat dengan pemberontakan.

19. Ejen Indonesia ditangkap dan wartawan media massa menyerang kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. Pencerobohan Indonesia keatas Sarawak dan Sabah digagalkan oleh Askar Wataniah (Askar simpanan).

20. Dianggarkan seramai 2000 komando Indonesia (Kopassus) dan beberapa anggota pasukan ATM dan Komanwel telah bertempur di sempadan tetapi, pasukan Kopassus berundur ke hutan Kalimantan. Beberapa anggota Kopassus telah terkorban dan cedera.

21. Pada 17 Ogos 1964, pasukan payung terjun Indonesia mendarat di wilayah Johor tetapi, berjaya diberkas dan dilaporkan beberapa anggota pasukan payung terjun Indonesia mati ditembak sebelum mendarat. Mayat mendarat namanya.

22. Pada Jan 1965, Australia bersetuju menghantar pasukan elit SAS (Special Air Services) ke Kalimantan setelah mendapat permintaan daripada Malaysia.

23. Pada pertengahan 1965, Indonesia menggunakan pasukan seterusnya setelah kesemua komando dan sukarelawan Indonesia berjaya ditentang oleh Malaysia dan pihak sekutu.

24. Selepas pasukan rasmi Indonesia melakukan cubaan untuk menyerang dan sabotaj di Tawau, ia berjaya dipatahkan oleh ATM.

25. Menjelang akhir 1965, Jeneral Soeharto memegang tampuk pemerintahan Indonesia. Keinginan Indonesia meneruskan Konfrontasi itu semakin berkurangan.

26. 28 Mei 1966, kerajaan Malaysia dan Indonesia mengumumkan perdamaian setelah Soeharto menghantar Adam Malik sebagai wakilnya untuk berunding dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman.

27. Perjanjian perdamaian dilakukan pada 11 Ogos 1966.

28. Keinginan Soekarno berimpian menjadi ' The Next Adolf Hitler ' telah gagal setelah penghancuran Parti Komunis Indonesia dan elemen-elemen politik kiri serta perletakan jawatannya sebagai pemerintah.

29. Sekiranya Jeneral Soeharto yang ditugaskan oleh Soekarno menggerakkan seluruh TNI rasminya untuk menyerang Malaysia sekali lagi, peperangan terbuka pasti akan berlaku. Kerana, armada British berlabuh di Laut China Selatan ketika itu dan bertujuan untuk melancarkan senjata Nuklear ke atas Jakarta jika perlu.

30. Pertempuran ini telah memakan ratusan jiwa terkorban. Bagi pihak Malaysia, anggota yang terkorban adalah 114 dan 181 cedera. Pihak Indonesia pula, 590 terkorban dan 222 cedera.

[MILITARY OF MALAYSIA]

Catat Ulasan

0 Ulasan