SENI SENJATA BESI KERSANI

Sebahagian Ilmu terjemahan dari manuskrip jawi melayu lama berkenaan Seni Senjata Keris di negeri Kelaba era zaman kegemilangan Empayar Kerajaan Fathoni Darul Salam. Fathoni adalah sebuah negeri yang bertamadun sejak sekian lama. Era Langkasuka - Tamberalinga - Fathoni Darus Salam dan lain-lain. Sebuah Kerajaan yang cukup terkenal dalam sejarah Nusantara Alam Melayu. Mari kita sama sama kongsikan maklumat yang penting untuk pengetahuan kepada seluruh umat bani jawi di tanah daulah melayu yang tercinta.

KEPAKARAN NEGERI KELABA FATHONI.

Kpd peminat-peminat keris serta manuskrip jawi lama, sengaja sy share semoga bermanfaat walau tidak secara keseluruhannya serta ala kadarnya, juga supaya memberi minat kepada golongan muda atau dewasa demi menjaga warisan orang Melayu bangsa kita yg tiada pada lainnya pada ini budaya.

Ruminya pada bahagian tengah tercatat sebuah pantun seperti demikian bunyinya,

* BURUNG NELAYAN TERBANG TINGGI
BURUNG NURI CARI MAKAN PAGI
KITA ORANG BERTEMPA BESI
MEMBUAT BARANG MENCARI REZEKI
KERIS PEKAKA PAHLAWAN ASLI
SEMUA BUAT DARI FATHONI
KITA ORANG MEMBENTUK BESI
MEMBUAT SENJATA BESI KERSANI*

Jawinya seperti di bawah ini,
* بوروڠ نلاين تربڠ تيڠݢي
بوروڠ نوري چاري ماكن فاݢي
كيت اورڠ برتمفابسي
ممبوات بارڠ منچاري رزقي
كريس فكاكا فهلاوان اسلي
سموا بوات دري فطاني
كيت اورڠ ممبنتوق بسي
ممبوات سنجات بسي خرساني *

Manakala pada bahagian tepi sebelah kanan muka surat tersebut, walau agak sukar dibaca tulisan di atas belulang ini, tercatat pula akan kata-kata seperti demikian bunyinya;

* KERIS DUA BILAH INI UNTUK PADUAN MEMPERSENE ( MEMPERSENANG ) MEMBUATKAN KERIS, DIREKA MENJADI PATUA ( PETUA ) BARU ORANG DEWASA PADA SUATU SENJATA KERIS MELAYU FATHONI. ORANG MARI CARI KERIS ADA BUAT DI BUMI KELABA. KATA ORANG, PENCARI BESI ITULAH PEMBUAT KERIS PUSAKA *

Manakala jawi lamanya seperti di bawah ini lebih kurangnya,

* كريس دوا بله اين انتوق فادوان ممفرسن ممبواتكن كريس, دريك منجادي فاتوا بر اورڠ ديواس فد سوات سنجات كريس ملايو فطاني. اورڠ ماري چاري كريس ادا بوات دبومي كلاب. كت اورڠ، فنچاري بسي ايتله فمبوات كريس فوسكا *
Sekian drp saya Shidi Omar Filfilan
25 / 7 / 2018
*Kredit Peneliti manuskrip : Tuan Shidi Omar Filfilan.

Catat Ulasan

0 Ulasan