PENEMUAN MISTERI 7 PIRAMID DI MALAYSIA, SEPARUH DI DARAT, SEPARUH DI DASAR TASIK

Heboh diceritakan bahawa terdapat piramid tersembunyi di bawah bukit di pedalaman kawasan hutan di Malaysia, piramid tersebut kini dilitupi hutan dan kelihatan seperti sebuah bukit atau gunung kecil malah diberitakan bahawa kawasan tersebut kini sedang dikawal ketat oleh pasukan tentera elit komando Malaysia. Kesahihan berita ini tidak dapat dipastikan namun mungkin boleh dikatakan ekspedisi dengan "sokongan kerajaan Malaysia" mampu memastikan kewujudan piramid tersebut.

Struktur piramid tidaklah asing lagi kerana binaan menakjubkan ini terdapat di Mesir, China, Mexico, Peru dan sebagainya.

Ianya juga dikhabarkan ada di Malaysia dan kewujudan piramid di Indonesia juga telah disahkan dengan kajian oleh pakar arkeologi di sana. Kehebatan piramid ini ialah pada ketahanan dan kekukuhan struktur binaannya seakan-akan ianya sengaja dibina untuk tahan beribu-ribu tahun, malah piramid yang dibina juga mempunyai tekonologi kejuruteraan yang menakjubkan. Terdapat pelbagai laluan rahsia untuk masuk ke dalam piramid dan ianya direka seakan-akan untuk menyembunyikan sesuatu. Malah sesiapa yang masuk ke dalam piramid tidak akan sesak nafas kerana udara yabg terdapat didalam piramid seakan-akan mempunyai sesuatu mekanisme kitaran udara dari luar.

Beberapa tahun dahulu, heboh diceritakan bahawa penyelam dari Jepun telah menemui sebuah piramid di dasar laut berdekatan Okinawa malah para penyelam arkeologi ini jugavmenjumpai 4 bilah mata keris berkarat di setiap penjuru piramid tersebut namun sehingga kini (setakat artikel ini ditulis) masih tiada lagi kajian secara rasmi oleh para penyelidik dari Malaysia terutama bangsa Melayu mengenai penemuan itu. Akhirnya ianya sekadar menjadi suatu lagi mitos yang tak dapat dibuktikan malah kerajaan juga tidak mengambil berat berkenaan penemuan arkeologi yang penting seperti ini.

Pada 17 Mac 2011, sekumpulan ahli arkeologi Indonesia yang menamakan kumpulan mereka sebagai Turangga Seta telah menjalankan penggalian sedalam 4 meter di Gunung Lalakon, Bandung, Jawa Barat. Mereka telah menemui sebuah tangga batu bersudut 30 darjah. Batuan tetangga itu mempunyai lebar 30-40 cm dan saiznya sangat konsisten antara satu sama lain. Penggalian tak dapat dijalankan kerana terlalu dalam dan terpaksa menggunakan jentolak khas untuk menggalinya. Sukar untuk membawa jentolak naik ke atas pergunungan ini. Berkemungkinan besar gunung Lalakon merupakan sebuah piramid yang besar tetapi ditutupi dengan tanah yang membentuk bukit dan hutan. Kos ekskavasi menelan belanja yang besar.

Tapi tahukah anda di Malaysia juga ada dilaporkan piramid yang misteri ini. Pada 10 Disember 2007, akhbar New Straits Times melaporkan penemuan 7 bukit yang berkemungkinan berasal daripada piramid yang dibina di Tasik Chini, Pahang hampir 1000 tahun lalu. Piramid tersebut yang kini menjadi sebuah bukit yang dipenuhi hutan belantara berkemungkinan dibina pada kurun ke-12 oleh empayar Khmer kuno yang memerintah dari tahun 802 Masihi hingga 1432 Masihi dan berkemungkinan piramid ini merupakan peninggalan terakhir sebuah bandaraya kuno empayar Khmer kuno yang tenggelam dibawah aras laut sewaktu kurun ke-15.

Kini, kawasan di sekitar bukit telah dibersihkan untuk memberi ruang kepada aktiviti pertanian di sekitarnya. Beberapa serpihan mangkuk porselin telah ditemui di sekitar bukit tersebut dan menguatkan lagi bukti bahawa kawasan tersebut suatu masa dahulu merupakan sebuah kawasan peradaban yang pesat. Ianya berkemungkinan sebuah bandar yang wujud sewaktu kegemilangan empayar Khmer.

Menurut catatan sejarah, ibukota empayar Khmer ialah di Siem Reap dan berkemungkinan Tasik Chini merupakan antara kota jajahan takluk empayar tersebut. Terdapat beberapa versi mengenai piramid dan kota lama empayar ini yang dikatakan bertapak di kawasan tasik semulajadi ini antara 802 hingga 1432 Masihi, merujuk kepada sejarah empayar ini mencapai kemuncak kegemilangan sekitar abad ke-13, sebelum berlaku perebutan kuasa antara pembesar hingga menyaksikan empayar ini terkubur pada abad ke-15.

Empayar yang berpisat di Funan dan Chenla dimulakan oleh Raja Jayavarman II yang turut menggelar dirinya sebagai "Raja Di Dunia" atau "Raja Segala Raja". Ketika era kegemilangannya, empayar ini bukan sahaja dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mewah, bahkan turut menguasai bidang pembinaan serta kaya dengan pelbagai hasil seni yang mengagumkan. Tinggalan empayar itu yang paling terkenal ialah Angkor Wat di Kemboja yang menjadi mercu tanda tersohor dan menarik perhatian sejarah dari seluruh dunia melakukan terhadap pembinaan berkenaan.

Empayar ini dipercayai mula memasuki Tanah Melayu antara tahun 1000 hingga 1100 Masihi iaitu ketika berlaku pertelingkahan dan perebutan kuasa diantara kerajaan lama Empayar Khmer dan Siam. Walaupun tiada bukti jelas mengenai perkara ini, berdasarkan kajian pakar sejarah, tentera dari empayar ini memasuki Tanah Melayu untuk membina kekuatan selepas gagal menguasai kawasan Lamphun yang kini dikenali dengan nama Hariphunchai. Menurut cerita penduduk sekitar Tasik Chini, tentera dari empayar ini dikatakan membina kawasan kota di sekitar tasik berkenaan sepanjang mereka berada di situ. Sekitar tahun 1994, Tasik Chini menjadi tumpuan pengkaji sejarah berikutan penemuan artifak dipercayai dari zaman empayar Khmer. Penemuan secara tidak senagaja oleh pekerja syarikat kontraktor yang diberi tanggungjawab membersihkan dasar tasik itu membuka laluan kepada kajian lebih mendalan mengenai kewujudan kota lama ini disekitar tasik berkenaan.

Pada tahun 1998, Profesor Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman yang merupakan salah seorang dari penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan ekspedisi kajian di sekitar Tasik Chini tersebut. Namun, setelah ekspedisi selama 2 minggu diadakan, mereka terpaksa memberhentikan ekspedisi kerana kekurangan peruntukan kewangan. Apa yang menarik, mereka memberitahu sempat menggali di sekitar pinggir Tasik Chini dan mereka menemui sebuah bongkah batu besar yang tertimbus separuh di dalam tasik dan separuh di daratan. Menurut beliau berkemungkinan piramid tersebut kini berada separuh dibawah tanah dan didalam Tasik Chini. Beliau adalah seorang pakar arkeologi terkenal dan pernah mengetuai beberapa ekspedisi di dalam dan luar negara bagi menjejak kewujudan kota lama di seluruh dunia.

Mengikut kata Tok Batin Kampung Gumum, Awang Atok, beliau tidak pasti wujud atau tak piramid di dasar Tasik Chini tetapi binaannya mungkin ada di dalam tasik ini. Berusia 74 tahun, beliau yang sudah menetap di perkampungan orang asli itu sejak 50 tahun lalu, berkata sekumpulan pengkaji sejarah dari Asia Barat pernah mengunjungi kawasan berkenaan pada pertengahan tahun 80-an untuk melakukan penyelidikan. Mereka datang untuk mencari bukti kewujudan binaan yang mungkin ada kaitan dengan dakwaan kewujudan piramid di tasik tersebut. Ketika itu, tok batin pernah mengikut mereka menjelajah Tasik Chini dan ditunjukkan beberapa lokasi yang dipercayai ada kaitan dengan kajian mereka. Bagaimanapun mereka tidak lagi datang selepas 2 minggu berada di situ. Awang berkata, kumpulan penyelidik itu mendakwa mereka adalah kumpulan sama yang terbabit dalam kajian mengenai binaan piramid yang banyak di Timur Tengah.

Berdasarkan kenyataan dimaklumkan kumpulan berkenaan, beliau percaya binaan piramid berkemungkinan besar turut wujud di dasar Tasik Chini. Mungkin kumpulan itu ad asasnya untuk datang ke sini dan melakukan kajian, mereka menggunakan sejenis alat yang diturunkan ke dasar tasik untuk mengesan bentuk binaan dan ada ketikanya mereka seolah-olah berpuas hati seperti menemui benda yang mereka cari.

Selain itu, mengikut cerita orang disitu, ada lokasi yang di tasik itu berkaitan dengan mitos atau kepercayaan lama orang Asli. Terdapat satu kawasan di tasik berkenaan yang airnya lebih tenang berbanding kawasan lain. Disitu penduduk kampung dan orang asli pernah ternampak objek seperti keranda yang akan timbul setiap kali hujan panas. Pada bahagian penjuru tasik sebelum memasuki kuala ada binaan seperti dinding yang dipercayai sebahagian daripada bandar lama yang tenggelam di dasar tasik itu. Walau bagaimanapun, kisah misteri dan keunikan disekitar tasik ini dirosakkan oleh pembangunan tanpa perancangan yang baik.

Tasik Chini yang terletak kira-kira 100 km dari bandar Kuantan mempunyai keluasan 5,026 hektar dan menjadi habitat 138 spesies flora dan 300 spesies kehidupan bukan akuatik. Selain itu, ada 144 spesies ikan air tawar direkodkan hidup di tasik berkenaan.

Sehingga hari ini, belum ada bukti kukuh yang boleh mengaitkan kewujudan kota lama atau piramid di kawasan Tasik Chini. Sejak laporan akhbar itu diterbitkan, dipercayai tiada kajian lanjut dijalankan tetapi pendedahan itu sememangnya menambahkan lagi teka-teki mengenai binaan misteri piramid yang sudah ribuan tahun membingungkan minda penyelidik di seluruh dunia.

#AndreiBlomqvist
#c/p...Bahar🇲🇾

Catat Ulasan

0 Ulasan