KEDUDUKAN AWAL KOTA MELAKA



📍 Kedudukan Kota Melaka pada awal kurun ke-15 semasa pemerintahan Parameswara tidak diketengahkan dalam Sejarah Melayu tetapi keadaan kotanya pada tahun 1409 ada diceritakan oleh Ma Huan, seorang penolong kanan Laksamana Zheng He (Cheng Ho). Lukisan keadaan awal Kota Melaka ini adalah berdasarkan catatan Ma Huan tersebut.

📍 Menurut catatan sejarah, apabila beliau menubuhkan Kesultanan Melayu Melaka, Parameswara tinggal bersama-sama orang Selat yang telah mendiami kawasan di tebing muara Sungai Melaka.

📍 Perkembangan Kota Melaka dan kekukuhan kuasa politik meluaskan kawasan-kawasan istana Parameswara. Orang-orang Selat dibenarkan tinggal di sekitar Bukit Melaka.

📍 Menurut Ma Huan, terdapat sungai yang besar mengalir di sebelah istana raja. Sebuah jambatan telah dibina untuk menyambungkan sebuah bazar yang terletak di seberang dan mengandungi 20 buah gerai yang menjual pelbagai barangan niaga. Istana raja didirikan berhampiran tebing sungai di kaki bukit.

📍 Apabila taraf raja dinaikkan sebagai sultan, adat istiadat dan pantang larang telah diwujudkan. Istana raja juga telah dipindahkan ke atas bukit dan kawasannya dijadikan sebagai kawasan larangan.

Catat Ulasan

0 Ulasan