"Kapal Mendam Berahi - Kesultanan Melaka"



Mendam Berahi = Lupa Daratan Kerana Cinta

Kapal Mendam Berahi adalah sebuah kapal jenis ghali/gholi yang amat berbeza sekali dengan kapal-kapal lain yang sezaman dengannya. Kapal ini jauh lebih besar daripada kapal "Flor De La Mar" . Ianya dibina pada Tahun 1453, Kapal Memdam Berahi ini diterajui ataupun diketuai oleh Dato Laksamana Hang Tuah kemanapun ia berlayar , Sungguh kapal ini amat besar dan begitu gah menyusuri seluas lautan di dunia. Ianya adalah lambang keagungan dan kemegahan Kesultanan Melaka suatu ketika dahulu.

Panjang kapal ini ialah 328 kaki dan lebarnya pula 36 kaki. Apa yang lebih menarik lagi ialah, ia dibina tanpa menggunakan sebatang paku. Kapal ini mempunyai 7 tingkat di mana 2 tingkat berada di bawah paras air dan 5 tingkat lagi berada di atas. Terdapat tiga tiang layar utama, layar yang terletak di tengah-tengah disebut sebagai layar agung. Kapal yang besar ini turut mempunyai dayung berjumlah 100 buah yang menempatkan 50 di kiri dan 50 di kanan, Setiap dayung pula dikendalikan oleh 2 orang dan itu bermakna pendayung saja ada 200 orang.

Kapal ini mempunyai 2 dek. Dek di belakang adalah untuk raja yang dibalut dengan kain baldu berwarna kuning. Pemegang di dek ini diperbuat dari emas. Pada dek hadapan pula adalah untuk orang-orang kebanyakan dan Dek hadapan ini dilengkapi dengan 5 buah meriam besar dan berpuluh-puluh lagi meriam di sisi-sisi kapal termasuklah lela, rentaka serta pemuras dan lain-lain senjata.
Muatan kapal ini dianggarkan sekitar 500 ke 700 tan. Di muncung kapal diperbuat dari teras kayu cengal batu , diruncing dan ditajamkan (Ramming Beam) Fungsinya ialah untuk merempuh dan menghancurkan kapal lain apabila bertemu musuh, Caranya dengan menurukan layar dan pendayung akan mendayung laju ke arah badan kapal musuh dan merempuh kapal tersebut hingga berkecai serta para perajurit akan melompat ke kapal musuh. Hebat bukan ? Mendam Berahi ini amat digeruni di lautan apatah di perairan selat melaka.

Dalam catatan sejahrawan Portugis iaitu Gasper Corriea dalam bukunya "Lendas Da India (Legend Of India)" beliau turut menyelitkan keagungan dan kehebatan Kapal Mendam Berahi buatan Melayu ini , Beliau begitu kagum dengan dinding kapal ini yang begitu tinggi sehinggakan tiada siapa mampu memanjat , Malah ribut dan taufan bukan penghalang bagi Kapal Mendam Berahi ini, Walaupun dibedil kapal musuh ianya tetap kukuh dan tidak karam. Kerana dinding kapal ini mempunyai 4 Lapisan kayu yang begitu keras dan walau dibedil oleh meriam Portugis ianya hanya mampu menembusi 2 lapisan dinding kapal Mendam Berahi.

Dato Laksamana Hang Tuah pernah ke siam untuk membeli gajah menggunakan kapal mendam Berahi , Ketika itu kapal ini mampu memuatkan sehingga 20 ekor gajah, Dan ketika itu juga di atas kepal ini dilengkapi dengan peralatan perang seperti rentaka, meriam dan senjata lain, berpuluh ekor kuda perang dan beratus orang tentera. Jadi korang bayanglah luas mana kapal Mendam Berahi yang Gah ini ditambah pula Kapal ini diketuai oleh Hulubalang Termasyur Melaka Dato Laksamana Hang Tuah setiap kali ia berlayar menyusuri lautan.

Kapal ini pernah digunakan oleh Sultan Mahmud Syah ketika baginda mahu meminang puteri raja Majapahit. Kapal ini turut ke China ketika Dato Laksamana Hang Tuah diutus sebagai duta Sultan Melaka ke Kota Larangan Maharaja Dinasti Ming. Ketika ia berlabuh di china pastinya orang-orang di china ketika itu terkejut dan begitu kagum dengan Kapal Mendam Berahi sehinggakan China pernah mengimport 200 buah kapal daripada Melaka, Kerana mereka mempercayai buatan dan teknologi pembuatan kapal di Melaka ketika itu begitu hebat. Selain china Dato Laksamana Hang Tuah juga pernah berlayar dengan Kapal ini ke Jeddah, Ceylon , Istanbul dan banyak lagi.

Inilah sedikit sebanyak sejarah kehebatan kapal perang Mendam Berahi yang perlu kita ingati. Kita harus bangga bahawa nenek moyang Melayu kita dahulu merupakan orang-orang yang hebat. Mereka handal dalam apa jua bidang dari pertukangan sehinggalah ilmu pelayaran membaca angin , cuaca dan arah. Walaupun kapal ini sudah tiada untuk kita melihat dengan dua mata kepala kita tetapi ada banyak catatan termasuk catatan tom pires mengenai besarnya kapal ini dan kisah-kisah kehebatannya yang masih terpahat dan tersimpan dalam lipatan sejarah dan akan terus dikenang sampai bila-bila.

Catat Ulasan

0 Ulasan