Acara Selepas Perkahwinan masyarakat Melayu

TAHUKAH ANDA?

Perkahwinan masyarakat Melayu pada zaman dahulu, setelah habis atau sehari selepas majlis kenduri kahwin akan diadakan acara membasuh peralatan dan perkakasan secara bergotong-royong. Peralatan dan perkakasan yang dibasuh seperti periuk, pinggan, mangkuk, gelas, cawan, centung dan sebagainya.

Acara ini kebiasaannya disertai juga oleh pasangan pengantin dan juga muda-mudi  yang melakukan kerja secara sukarela.

Pada mulanya mereka akan  merenjis-renjiskan air ke arah sesiapa yang berdekatan. Apabila masing-masing sudah terkena renjisan air, maka bermulalah siram menyiram antara mereka malah ada yang berkejar-kejaran antara satu sama lain.

Apa yang lebih menghiburkan lagi apabila kesan arang di belakang periuk juga dicalit-calitkan ke muka sesiapa sahaja yang berdekatan.

Begitulah meriahnya perkahwinan masyarakat Melayu pada zaman dahulu, secara tidak langsung ia mengeratkan hubungan antara pasangan pengantin dan juga sanak saudara.

Ketahui adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu zaman dahulu di Muzium Sejarah dan Etnografi. Pastinya ia akan mengundang nostalgia lama anda.

Ada ke yang pernah melalui peristiwa sebegini? Boleh kongsikan pengalaman anda di sini 😍😍

Catat Ulasan

0 Ulasan