Baca Pegorbanan Pemimpin & Tentera serta Rakyat Malaysia dalam Menjaga Benteng Negara
Setelah meletusnya konflik ketenteraan antara China dan Vietnam pada Januari 1974 di Gugusan Paracels, China secara terang-terangan menuntut keseluruhan Laut China Selatan sebagai perairan yang berada di bawah takluk dan penguasaannya.
Vietnam pula bertegas mempertahankan Gugusan Paracels dengan alasan gugusan tersebut telah berkurun-kurun di bawah kedaulatannya.
Konflik ini secara langsung telah membuka mata negara lain yang bersempadan Laut China Selatan untuk membuat tuntutan dan penempatan di terumbu berkenaan termasuklah Malaysia.
Laut China Selatan merupakan laluan perhubungan antara Lautan Pasifik di timur dan Lautan Hindi di barat. Keindahan dasar lautnya yang diiktiraf antara 10 yang tercantik di dunia juga antara faktor perairan ini menjadi rebutan.
Ini jelas dengan penempatan yang dibuat oleh Filipina di Terumbu Laksamana yang terletak hanya 26 batu nautika timur laut Terumbu Peninjau dan penempatan Vietnam di Terumbu Perahu yang terletak hanya 35 batu nautika barat laut Terumbu Mantanani.
Terumbu lain yang berdekatan ialah Pulau Kecil Amboyna dan Terumbu Cornwalis yang diduduki oleh Vietnam.
Berikutan pengisytiharan perairan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (ZEE) pada 20 September 1979, kabinet telah mengarahkan agar kajian dilakukan untuk mendirikan tugu dan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang yang berada dalam lingkungan ZEE Malaysia bagi mengukuhkan tuntutan Malaysia di Perairan Spratly.
Melalui keputusan dan arahan kabinet, kajian terperinci telah dilakukan oleh Rejimen Jurutera Tentera Darat yang mendapati sebahagian sahaja terumbu berada dalam kawasan ZEE yang sesuai untuk didirikan tugu sebagai penanda dan penempatan.
Antaranya ialah Terumbu Layang-Layang (Stesen LIMA TLDM) yang kini lebih dikenali sebagai Pulau Layang-Layang. Pembinaan tugu bermula pada 21 Jun 80, manakala penempatan Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM pada Mei 1983.
Pada awal penubuhan penempatan TLDM di Terumbu Layang-Layang pada tahun 1989, kerajaan telah memutuskan supaya kawasan terumbu ini perlu dimajukan sebagai pusat pelancongan seiring dengan kerja-kerja pembangunan ke atas penempatan TLDM.
Dan berikut catatan anggota tentera yang terlibat dalam operasi berkenaan.
1. Awal tahun 80an dahulu belum ada Pulau Layang-layang, yang ada hanyalah terumbu.
2. Tun Dr Mahathir Mohamad, negarawan terulung kita kemudian mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menguasai kawasan itu.
3. Maka ATM menghantar personal dari Rejimen Gerak Khas (RGK) untuk menduduki terumbu yang besarnya hanya sekangkang kera, masa itu Pasukan Khas Laut (Paskal) tidak campur tangan lagi.
4. Kumpulan pertama seramai 11 anggota mendarat dan menduduki Terumbu Layang Layang (TLL) secara tetap pada awal Mei 1983 dari KD MUTIARA, tidak terdapat sebarang infrastruktur di sana.
5. Ponco digunakan sebagai khemah untuk tempat tinggal. Semasa air pasang, kawasan kering yang terdapat di TLL berukuran lebih kurang 40 kaki panjang dan 5 ke 10 kaki lebar.
6. Jadi, khemah perlu didirikan di atas kawasan kering ini. Sering terjadi apabila cuaca buruk, air laut akan masuk ke dalam khemah semasa anggota sedang tidur dan membasahi pakaian dan peralatan yang ada di dalam khemah! Kerana kepenatan, ada juga anggota Paskal yang terus tidur walaupun pakaian mereka telah basah!
7. Makanan yang dibawa adalah ‘Pack Rations’ dan air tawar dibawa dalam ‘jerry can’. Kerana kesulitan bekal-ulang, air tawar hanya digunakan untuk minum dan masak.
8. Untuk mandi dan mencuci, air laut digunakan sepenuhnya! Hujan yang turun merupakan satu nikmat, dimana akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh anggota untuk mandi dan sebagainya.
9. Memancing merupakan hobi untuk anggota yang tidak bertugas bagi mendapatkan ‘rangsum segar’.
10. Disebabkan ketiaadan infrastruktur, anggota melakukan tugas pemerhati (Observation Post) di atas batu karang yang berada di sekitar kawasan khemah baik pada siang atau pun malam hari.
12. Semasa air pasang, anggota perlu meharungi air laut untuk merapat ke tempat tugas di atas batu-batu karang tersebut.
13. Ada kalanya mereka terpaksa mengharungi air laut hingga ke paras dada di dalam gelap untuk ke tempat tugas di atas batu!
14. Di siang hari, anggota terdedah kepada panas terik matahari dan pada malam hari mereka terdedah kepada tiupan angin kencang Laut China Selatan tanpa sebarang perlindungan.
15. Pada musim Monsoon pula, mereka dibasahi hujan yang mencurah-curah tanpa henti baik pada siang atau pun di malam hari.
16. Setelah bertugas di TLL selama dua minggu atau lebih, semua anggota Paskal kelihatan lebih mirip kepada ‘African’ daripada ‘Asian’ kerana terbakar matahari!
17. Kumpulan ini hanya dibekalkan dengan senjata ringan seperti M16 dan GPMG untuk mempertahankan diri.
18. Alat komunikasi yang dibekalkan adalah radio HF TRA 921 dan PRC77. Disebabkan keterbatasan bateri, radio hanya dihidupkan dua kali sehari iaitu pada jam 8 pagi dan 8 malam untuk menghantar ‘sitrep’ (situation report) ke Markas di Labuan.
19. Dalam proses itu, penempatan sementara dari papan dan kayu kayan dibina oleh gabungan tentera darat, laut dan semua penghantaran dibuat helikopter Nuri TUDM.
20. Amanah negara mereka pikul dengan jujur, ketika orang lain tidur dengan selesa, mereka bertungkus lumus untuk memacakkan kedaulatan negara di tanah yang asing dari tanah yang mereka pernah kenal sebelum ini.
21. Di Tanah Besar Semenanjung, modul-modul untuk stesyen Lima sedang dibina.
22. Ia merupakan projek yang penuh dengan kerahsiaan kerana itu modul-modul ini di buat di Semenanjung dan tidak di kawasan terhampir sama ada di Sabah mahupun Sarawak.
23. Modul-modul ini kemudian diletakkan di atas sejenis kapal tongkang atau “barge” dan di “camoflage” dengan kayu kayan serta papan-papan lapis.
24. Pelayaran mereka mengikuti perairan antarabangsa sebenarnya terpaksa melalui kawasan berhampiran wilayah Singapura dan Indonesia.
25. Kapal-kapal perang TLDM mengiringi pelayaran tongkang-tongkang ini yang mengambil masa sekurang-kurangnya 4 minggu untuk sampai.
26. Yang celakanya, rupa-rupanya ada mata yang memerhatikan pelayaran tongkang ini, mereka terdiri dari unit-unit pasukan khas Singapura dan Indonesia.
27. Kali pertama komando Singapura cuba mendekati tongkang tersebut, tanpa segan silu, kapal TLDM yang mengiringi memberikan arahan supaya mereka beredar dari menaiki tongkang, senjata yang siap di pasang dengan peluru diarahkan, komando Singapura berundur.
28. Kali kedua, komando Indonesia pula naik, dan berjaya naik, tanpa teragak-agak peluru mesingan dilepaskan, habis bertempiaran komando Indonesia ini terjun ke laut, terbunuh atau cedera tidaklah diketahui.
29. Layaknya sebagai manusia, negara-negara terbabit sudah tentu mahu apa yang dibawa oleh tongkang-tongkang ini sehingga pelayarannya diiringi oleh kapal perang.
30. Akhirnya stesyen LIMA berdiri megah.
Begitulah kisah ATM mengambil pulau terumbu sekangkang kera ini bagi menghalang Vietnam, Filipina dan China masuk campur.
Kemudian kerajaan Malaysia bawah kepimpinan berani Tun Dr Mahahtir menambak terumbu ini, menggunakan tanah yang diangkut dari tumpah darah kita, dari Sabah, sehingga Layang Layang kini berkali ganda saiz asalnya, menempatkan markas tentera, pangkalan TLDM, sebuat resort, sebuah landasan terbang yang mampu daratkan pesawat Hercules C130 dan pesawat tempur.
Kini Pulau Layang Layang adalah kubu pertahanan utama kita di Laut China Selatan, mengawas laut ZEE.
Layang Layang wujud ketika China menuntut seluruh Laut China Selatan hingga ke pesisir Sabah dan Sarawak.
Kredit : Fadzil Haji Aziz
Ini bukan cerita POLITIK.. Hargai Jasa Beliau.. walau ada yg tak suka
0 Ulasan