SYARIKAT TERKAYA DI DUNIA

🔘 VOC. Vereenigde Oostindische Compagnie. Awas, Panjang❗(7 bab).

🔘 Syarikat Hindia Timur Belanda Bersatu ini merupakan satu gabungan pedagang Belanda yang pertama didagangkan di bursa saham.

🔘 Kita semua di Nusantara pasti tidak akan asing dengan VOC. Kita semua pasti sudah pernah mempelajarinya di sekolah menengah.

🔘 Perusahaan multinasional pertama di dunia ini berpangkalan di Belanda atau The Netherlands.

🔘 VOC didirikan pada 20 March 1602 dan kekayaannya mengalahkan semua perusahaan multinasional hari ini.
.

#GagahnyaVOC - Bab 2

🔘 Kekayaan VOC, yang hampir 200 tahun menjajah Indonesia ini, setara dengan Apple, Microsoft, Amazon, ExxonMobil, Berkshire Hathaway, Tencent, dan Wells Fargo jika disatukan!

🔘 Faktanya ialah syarikat masa kini yang paling bernilai di dunia, Apple, ternyata bernilai sekitar hanya 11% dari nilai puncak VOC. (Fakta dari dutchreview.com)

🔘 Namun kini, marilah kita ketahui dengan lebih mendalam kenapakah VOC mendaratkan kapal-kapalnya di Dunia Islam.

🔘 Ketahuilah bahawa VOC adalah salah satu bentuk pembalasan dendam sejarah ke atas umat Islam di era kejayaannya.
.

#IslamDanPerdaganganDuniaBerpisahTiada - Bab 3

🔘 Empayar Islam muncul dalam bentuk Khalifah Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah.

🔘 Jalan-jalan perdagangan global yang penting didominasi oleh usahawan muslim dari pelbagai bangsa.

🔘 Kegiatan eksport dan import dunia saat itu berpusat di Laut Tengah, Laut Merah dan Laluan Sutera.

🔘 Faktanya majoriti pelabuhan-pelabuhan berdaya saing dunia dimiliki oleh Khalifah Islam.

🔘 Eropah saat itu hanya mampu menjadi pemain lokal yang bahkan kala itu membayar cukai kapal ke Algeria dan Tunisia, dua polisi maritim internasional kala itu.
.

#PermulaanEropahBaru - Bab 4

🔘 Pada tahun 1453, Sultan Muhammad Al Fatih dari kekhalifahan Uthmaniyah akhirnya menakhluki kota Konstantinopel (Istanbul) menggunakan teknologi meriam gergasi.

🔘 Peristiwa ini menjadi titik hitam kepada peradaban Eropah.

🔘 Janganlah sesekali anda fikirkan yang Konstantinopel hanyalah sebuah kota dan bangunan di atasnya.

🔘 Tidak, Konstantinopel lebih berharga dari itu. Ianya megalopolis titik pertemuan ekonomi dunia.

🔘 Itulah yang membuat Napoleon Bonaparte pernah berkata, "If the Earth was a single state, Istanbul would be its capital."

🔘 Itulah pula yang membuatkan Sejarawan Eropah menjadikan penaklukan Sultan Muhammad Al Fatih ke atas Konstantinopel sebagai titik permulaan peradaban Eropah moden.
.

#BermulanyaZamanRenaissance - Bab 5

🔘 Karena semenjak itulah, pada akhir abad ke 15, Eropah mulai bermati-matian mencari jalan untuk bisa mendapatkan laluan ekonomi dan perdagangan yang baru.

🔘 Berbekalkan kapal-kapal warisan peradaban Islam di Andalusia, bermulalah ekspedisi demi ekspedisi mencari "dunia baru".

🔘 Ini kerana mereka sudah putus harapan untuk mampu bersaing dengan kekuatan ekonomi Islam di Asia, Afrika dan Eropah.

🔘 Maka muncullah nama-nama seperti Bartholomew Diaz, Fransisco Pizzaro, Vasco de Gamma, James Cook, Columbus dan lain-lainnya sebagai pelaut yang hari ini ditokohkan sebagai pahlawan bahkan dalam buku sejarah kita. Sahabat semua faham sekarang?

🔘 VOC adalah evolusi dari penjelajahan itu. Penjelajahan mencari tanah baru yang berubah menjadi penjajahan gaya baru.

🔘 Dalam perjalanannya, VOC adalah perusahaan pertama yang memperjual belikan masyarakat Afrika yang mereka tawan menjadi hamba abdi dan dikirimkan ke kota-kota di Eropah dan Amerika.

🔘 Menurut sejarah, VOC menjual lebih dari 50 ribu muslim Afrika sebagai hamba!
.

#MulaMenjajahNusantara - Bab 6

🔘 VOC banyak bersaing dengan Kekhalifahan Uthmaniyah yang pada saat itu menjadi benteng utama Kaum Muslimin.

🔘 VOC banyak menaja pemberontakan dan menyokong aksi-aksi terrorisme di pesisir wilayah Muslimin.

🔘 VOC bankrap selepas hampir berusia 200 tahun apabila Belanda dijajah Perancis dibawah kekuasaan Napoleon.

🔘 Selepas itu Raja Belanda mula mengambil alih peranan VOC.

🔘 Pada tahun 1873 misalnya, Belanda menyerang Aceh yang saat itu memiliki hubungan rapat dengan Kekhalifahan Uthmaniyah.

🔘 Istanbul dengan segera mengirimkan armada lautnya untuk membantu para pejuang Aceh.

🔘 Namun di tengah perjalanan, armada ini terpaksa berpatah balik ke arah Yaman untuk meredakan pemberontakan.
.

#MoralOfTheStory - Bab 7

🔘 Itulah sahabat serba sedikit mengenai VOC yang diberikan lesen oleh Raja Belanda untuk berdagang, membina pusat pemerintahan, dan berperang di seluruh dunia.

🔘 Ada satu lagi syarikat Belanda yang digelar Syarikat Hindia Barat. Mereka gagal bertapak lama di benua Amerika.

🔘 Jika rakan-rakan belum tahu, nama lama New York ialah New Amsterdam!

🔘 VOC pernah menjajah Melaka dan seluruh kepulauan Indonesia. Indonesia dahulunya dikenali sebagai Dutch East Indies atau Indonésie.

🔘 Nama Indonesia pun bererti Pulau India! VOC dan Belanda kaya raya kerana mereka memonopoli hasil tanaman dan bumi Nusantara seperti rempah ratus.

🔘 Kekayaan VOC memberikan inspirasi kepada British East India Company yang akhirnya menjajah empayar Mughal, Burma, dan Malaya.

🔘Asalnya semuanya syarikat perniagaan. Sebab itulah kita kena berhati-hati dengan syarikat yang bertopengkan penjajahan halus ini.

🔘 Maka, jemputlah 'Set See First' dan Follow Abe Nazz Zain untuk perkongsian sebegini.

🔘 Semoga umat Islam kembali menguasai perdagangan dunia. Mulakan dengan menjadi umat yang kaya. Ingatlah, Melayu Kaya, Melayu Berdaulat❗


Abe Nazz Zain
- Suka Berkongsi Kisah Sejarah dan Kewangan

Catat Ulasan

0 Ulasan