Sejarah pelayaran kapal Mendam Berahi

• Imbasan •

Sejarah pelayaran kapal Mendam Berahi, Dr.Hajah Rohaidah ada berkongsi satu fakta menarik yang dicerakin beliau di dalam kajiannya.

Rakan akademik beliau dari Korea Selatan memaklumkan terdapat kisah sebuah masjid lama di Tanah Semenanjung Korea yang dikatakan dilawati Hang Tuah dalam persinggahannya ke bumi Korea semasa beliau belayar ke Ryukyu menggunakan kapal ghali Mendam Berahi.

Masjid lama itu dikatakan masih wujud dan dijaga oleh Kerajaan dan ia terletak di sebuah kawasan di dalam Korea Utara.

Tarikh pembinaan masjid itu dikatakan menghampiri zaman Rasulullah SAW.

Sayang sekali, batasan diplomatik tidak memungkinkan kajian mendalam dibuat mengenai kisah ini pada masa sekarang.

Namun 'link' sejarah di antara Melaka dan Semenanjung Korea ini pada hemat kami amat menarik untuk dikaji di masa hadapan.

Wallahhua'lam.

Catat Ulasan

0 Ulasan