Perang Tanah Merah - Pendang

Tercetus pada 1876  mengakibatkan kejatuhan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah - Pasai Ma di zaman Sultan Syed Jaafar Maadzam Shah @ Long Jaafar - Raja Larut sebagai Yang Di Pertuan.

Nagara Kedah di jajah selama 5 tahun sebelum terbentuknya Negeri Kedah Darulaman pada 1881 dan Wan Muhamad Saman menjadi Perdana Menteri Negeri Kedah yang pertama dan terakhir.

Di ceritakan pada Peperangan ini, seluruh sungai di Kedah mengalirkan air berwarna merah kerana membawa bersama darah para Syuhadah tentera Fisabilillah Islam Siam Nagara Kedah dan Sukothai serta British.

Pada Peperangan ini juga , anak saudara Sultan Syed Jaafar @ Long Jaafar iaitu Syed Ibrahim ( Ayahanda Syed Sheikh Abdullah Fahim ) turut terkorban dan di Makamkan di Kubor Panjang Pendang Kedah.

PENDANG @ PEN-DANG merujuk kepada BUNYI SENAPANG dalam Bahasa Siam Kedah yang masih di tutur di beberapa kawasan hingga sekarang.

PERANG MUSUH BISIK edisi terakhir ini adalah rentetan kepada Peperangan berterusan oleh Musuh Bisik bermula dari Thoung - O @ Burma, Ayuthia, Kemboja Champakasari dan Kota Mengkuang iaitu pada 1786 - 1821 iaitu sama masa dengan Penyerahan Pulau Pinang kepada Syarikat British Hindia Timur di bawah seliaan Sir Franchise Light oleh Raja Abdullah, Raja bagi Daerah Pulau Pinang, bukanya Sultan seperti yang di dakwa sejarah kebiasaan.

PERANG MUSUH BISIK ini merupakan titik permulaan kemasukan British selepas kerjasama Sukothai/British Hindia Timur melalui penyerahan Pulau Pinang sebagai ganjaran.

BRITISH TIDAK MENJAJAH

Pegawai British yang bertanggungjawab sebagai wakil British di Kedah ialah Penasihat British.
Penasihat British yang pertama W.G. Maxwell pada peringkat awalnya menghadapi kesulitan dalam melaksanakan dasar imperialisme British akibat tekanan golongan elit Melayu di Kedah.

British hadir sebagai Penasihat yang di hantar oleh Raja Chula Longkorn apabila Almarhum Sultan Abdul Hamid di lantik sebagai Sultan Pertama Negeri Kedah Darulaman pada 1882 ( Kedah Modern ) atas persetujuan Raja Chula Longkorn berikutan perkahwinan Puteri beliau dengan Sultan Abdul Hamid Halim Shah bernama Che Puan Manjalara, Bonda kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra.

Pada tahun 1876 masihi ini juga Laksemana Khweng Wi dan para Syuhadah dibunuh Di Kampung Alor Berhala, Padang Besar Tobiar, Tobiar, Pendang Kedah.

Di Bukit Raya ( Bukit Raja ) daerah Pendang juga mereka membunuh cucu Sultan Idris Jammu Patani iaitu Radin Megat Haji Osman Ibni Radin Megat Mad.
Baginda dimakamkan di Makam Diraja Patani, masjid Kampung Sena, Mukim Tobiar Pendang.

Begitulah adanya riwayat duka dalam Sejarah Nagara Kedah yang di timbus apabila Kemusnahan Nagara Kedah telah turut memusnahkan riwayatnya lalu diganti dengan riwayat palsu bagi mengaburi dan melindungi pihak berkepentingan.

ASIA UNTUK ORANG ASIA

Kemasukan dan Kependudukan Jepun dalam masa yang sangat singkat di Negeri Kedah membawa bersama slogan Asia Untuk Orang Asia bagi mengusir kemasukan British ke Asia.

Apabila Sultan Abdul Hamid Halim Shah mangkat pada 1943, di atas nasihat Ketua Penghulu Negeri Kedah ( cucu Long Jaafar ) maka Sultan Badlishah di perkenan sebagai Pengganti dan di Tabal di Balai Besar @ Brahman Indera sebagai Sultan Negeri Kedah Darulaman ke-2 sekaligus menyambung legasi MERONG MAHA WANGSA melalui darah ibu Baginda iaitu Sharifah Sofiah.

Kesinambungan ini berterusan kepada Putera Baginda ( Sultan Sekarang ) Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Berjiwa Rakyat.

Gambar yang diambil di Alor Setar pada 1939 menunjukkan Sultan Abdul Hamid, Cik Menjalara ( Ibu Tunku ) Tunku Abdul Rahman, Tunku Khatijah dan Tunku Ahmad Nerang.

Catat Ulasan

0 Ulasan