Kerajaan Gangga Negara merupakan sebuah kerajaan yg pernah muncul di negeri Perak sebelum zaman era Kesultanan Perak. Nama Gangga mungkin mengambil sempena nama Sungai Ganges di India manakala Negara dalam bahasa Sanskrit bermakna negeri. Namun begitu berdasarkan catatan Ptolemy dalam bukunya bertajuk Geographike Huphegesis yg ditulis sekitar tahun 150 Masihi, ada menyebut nama Coconagara yg secara fonetiknya iras-iras perkataan Gangga Negara.
Selain itu, Gangga Negara dipanggil sebagai Kerajaan Qastan Zarianyg terletak di satu kawasan yg dipanggil Daerah Manjung sekarang. Dikatakan kerajaan ini meliputi Darah Kinta, Daerah Perak Tengah dan Daerah Kuala Kangsar. Menurut Sejarah Melayu, Gangga Negara terletak di atas bukit, dipandang dari hadapan terlalu tinggi dan dari belakang rendah juga dan kotanya di darat Dinding.
Berdasarkan kpd keterangan Sejarah Melayu, besar kemungkinan lokasi yg dimaksudkan itu terletak dalam daerah Dinding. Menurut buku Sejarah Perak Dulu Dan Sekarang, Kerajaan Gangga Negara telah diasaskan oleh Raja Ganjil Sarjuna, anak kepada Raja Merong Mahawangsa sebelum kurun ke-2 Masihi. Namun ada yg beranggapan bhw kerajaan ini adalah sebuah kerajaan di bawah pengaruh Kerajaan Funan.
Kerajaan Gangga Negara merupakan sebuah kerajaan hebat dan terulung di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu. Bukan itu saja malah kerajaan ini merupakan kerajaan yang kaya dan paling ramai bilangan penduduknya. Ketika itu kerajaan ini bukan saja terkenal dgn kekayaan yg dimiliki malah terkenal sebagai pelabuhan utama terbesar di Asia Tenggara sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kegemilangan kerajaan ini telah membuatkan hati raja Jawa Timur dari Dinasti Sailendra yg bernama Raja Balaputra tidak tenteram disebabkan ramai perdagang yg berdagang disana. Oleh itu, Raja Balaputra mengatur strategi untuk menguasai perdagangan tersebut dengan melakukan penyerangan terhadap Kerajaan Gangga Negara sekitar tahun 890 Masihi. Kerajaan Gangga Negara dapat ditakluki dan rajanya dipaksa tunduk pada kekuasaan Raja Balaputra. Pada masa yg sama utk mengeratkan lagi hubungan dua hala, Raja Balaputra telah berkahwin dgn salah seorang puteri raja Gangga Negara. Beberapa lama tinggal di Gangga Negara, akhirnya Raja Balaputra pun kembali ke Tanah Jawa utk mengurus pemerintahan di sana. Beberapa tahun kemudian, kerajaan Gangga Negara diserang pula oleh tentera dari Kerajaan Langkasuka. Dengan kemahiran dan struktur kota yang kukuh, kerajaan Gangga Negara dapat menewaskan pihak musuh. Sejak dari itu kerajaan Gangga Negara menjadi seteru kepada kerajaan Langkasuka.
Kehebatan kerajaan ini disebut di setiap penjuru alam sehingga sampai ke pengetahuan Maharaja Rajendra Chola I bin Maharaja Rajaraja Chola dari India Selatan. Bagi Maharaja Rajendra Chola I, kewujudan sesuatu kerajaan sehingga menjadi buah mulut masyarakat dan pedagang membuatkan baginda merasa tidak senang kerana sebelum ini, tentera dibawah pimpinannya merupakan tentera yg paling digeruni di Benua India.
Dari Dinasti Chola inilah pengaruh dan kekuatan mereka berjaya membuka empayar di timur India dan sebahagian dari barat Burma. Kini, Maharaja Rajendra Chola I mula menghala ke timur. Tidak mustahil baginda tidak dapat menakluki kerajaan Gangga Negara yang gah di mata pedagang. Oleh itu pada tahun penghujung tahun 1025 hingga awal tahun 1026 Masihi, baginda telah mengatur rancangan utk menyerang kerajaan Gangga Negara. Ketika itu kerajaan Gangga Negara diperintah oleh Raja Aji Sumatran Bhumi, seorg pemerintah yang hebat malah baginda juga mempunyai ramai hulubalang dan panglima yg tangkas.
Pada suatu hari, ketika Raja Aji Sumatran Bhumi memasuki Istana Tujuh Nara Naga Sakti, para panglima dan pembesarnya bersedia utk mengadap. Salah seorg panglima baginda yg bernama Panglima Talang Mahura pun menyampaikan berita buruk yang bakal dihadapi oleh kerajaan Gangga Negara dari kerajaan India Selatan. Pada masa yg sama, Puteri Mutiara Nilam Sari mengatakan bahawa Gangga berwarna biru tanda Gangga akan melalui bencana yg tidak terduga.
Mendengar berita tersebut, Raja Aji Sumatran Bhumi pun mengarahkan tiga orang panglimanya yg gagah ke Tasik Boga utk melihat penanda di langit. Apabila sampai di sana, ketiga orang panglima tadi melihat awan panjang bergerak ke kanan penanda musuh tidak diundang tiba tidak lama lagi. Ketiga org panglima td pun menyampaikan apa yg mereka lihat. Pada masa yg sama raja Gangga Negara menitahkan agar segala rakyat jelata bersiap sedia untuk dipindahkan ke kawasan selamat.
Serangan yg akan dilancarkan oleh Maharaja Rajendra Chola I adalah untuk memusnahkan pengaruh dan kekuatan "The Malay State". Jadi kerajaan Gangga Negara adalah matlamatnya kerana Gangga Negara ketika itu merupakan sebuah kerajaan yg kaya dan jika baginda dan bala tenteranya dapat memusnahkan Gangga Negara bererti The Malay State yang lain turut lemah. Ketika armada tentera Chola berlayar menuju ke Gangga Negara, tentera peninjau kerajaan Langkasuka telah terlihat armada tentera tersebut melintasi Langkawi.
Sebanyak 200 buah kapal layar armada Chola menuju ke Gangga Negara dengan megahnya. Kapal layar dihadapan sekali adalah kapal layar Maharaja Rajendra Chola I yg mengetuai armada besar tersebut. Maharaja Rajendra Chola I dan bala tenteranya kelihatan mendarat di Tanah Meranjau, Butterworth dan meletakkan seramai 10,000 tenteranya di situ untuk menghalang bantuan kerajaan Langkasuka.
Walaupun kerajaan Langkasuka seteru kerajaan Gangga Negara, raja Langkasuka tetap tidak berpeluk tubuh malah baginda mengutus utusan berlari mereka ke Gangga Negara untuk menyampaikan berita tentang ketibaan tentera Chola serta kekuatan mereka. Para panglima Gangga Negara pun terus mengadap Raja Aji Sumatran Bhumi utk menyampaikan hal tersebut. Raja Aji Sumatran Bhumi pun mengarahkan para panglimanya membuat persiapan rapi. Para panglima pun mengadakan mesyuarat perang untuk menghadapi pihak musuh dibawah pimpinan Panglima Talang Mahura.
Di dalam mesyuarat tersebut, mereka memilih Panglima Bayan Kedi utk dihantar menyiasat akan kekuatan serta perancangan raja Chola. Pd waktu yang sama Raja Aji Sumatran Bhumi telah menyeru rakyat Gangga Negara agar pindah atau berperang bersama menentang musuh. Malam itu juga isyarat memindahkan rakyat Gangga Negara di bunyikan. Rakyat Gangga Negara pun beramai2 pindah keluar dan kampung dibiarkan sepi dan ada juga dibakar malah diruntuhkan agar tentera Chola tidak dapat mengambil bekalan makanan. Kawasan pelabuhan juga kosong. Kebanyakkan saudagar yg berlabuh menyelamatkan diri mereka dr serangan tersebut. Yang tinggal hanyalah panglima2 dan pahlawan2 istana yg gagah berani mempertahankan tanah air.
Tentera Gangga Negara serta tentera bergajah mula bergerak ke pantai perkuatkan barisan pertahanan. Setibanya armada tentera Chola ke pantai Gangga Negara, maka berlakulah pertempuran yg sangat dahsyat dalam lipatan sejarah. Di dalam serangan yg tiada berperikemanusiaan, ramai panglima2 dan pahlawan2 Gangga Negara yg gugur di dalam pertempuran. Dalam situasi yang genting Raja Aji Sumatran Bhumi ingin menyelamatkan diri tetapi baginda juga turut terbunuh di dalam pertempuran tersebut.
Akhirnya kerajaan Gangga Negara dapat ditakluki oleh tentera Chola. Apa yg ada didepan mata mereka, mereka rampas. Dengan megahnya mereka bersorak diatas kemenangan tersebut. Sejak dari itu kerajaan Gangga Negara tidak lagi muncul di peta dunia malah hilang terus dalam lipatan sejarah.
#MAMR
0 Ulasan