SEJARAH ASAL USUL BUGIS

i. Sejarah Awal

Menurut kitab Tuhfat al-Nafis karya Raja Haji Ali bahawa Keturunan Bugis berasal dari perkataan beribukan Ratu Balqis iaitu isteri kepada Nabi Sulaiman AS. Kononnya, salah satu cicitnya bernama Sittik Melangkae telah mengetuai perdagangan purba di antara Kerajaan Saba'(Yaman) dengan bangsa ToTouraja di tanah Sulawesi. (To atau Tou- bermaksud bangsa / kaum dalam variasi bahasa malayo-polynesia)

ii. Sejarah Lisan

Mengikut sejarah lisan orang Bugis, kemuncak tamadun purba Bugis ialah ketika Nabi Sulaiman AS berkahwin dengan Puteri Balqis dan menempatkan keluarga dan keturunannya di timur jauh di tempat longgokan batu permata yang menjadi sumber kekayaan kerajaan baginda.

Mereka percaya dari nama Balqis inilah keturunan dan anak cucu baginda dikenali sebagai Bugis pada hari ini. Apa yang agak menarik ialah mengenai perkahwinan Nabi Sulaiman AS dengan Puteri Balqis yang memerintah kerajaan timur (Saba’ dalam catatan sejarah Islam) ada tercatat dalam kitab Zabur dan Taurat dan perincian serta tokok tambah cerita mengenai hal ini terdapat dalam cerita-cerita dongeng mereka dan juga dalam cerita-cerita kaum Israeliat.

Sejarah dongeng atau sejarah lisan dalam budaya Bugis bertambah menarik apabila ada pesanan opu-opu Tanderiang (leluhur/nenek moyang keturunan Bugis Sulawesi sebelum menganut Islam) mengingatkan kepada anak cucu dan keturunannya yang belum lahir akan kedatangan suatu budaya (sebenarnya agama) baru secara baik yang akan menguasai seluruh dunia dari keturunan nenek moyang mereka Nabi Sulaiman yang datang dari tempat matahari tenggelam (barat) dan mereka di-anjur untuk BERSATU.

Misi-misi Kristian pada peringkat awal kedatangan mereka telah menggunakan maklumat dan fakta sejarah budaya ini dalam dakwah mereka mempengaruhi anak bumi menganut Kristian. Mereka mengaku mereka adalah keturunan Nabi Sulaiman dari dunia Barat. Sebelum itu kira-kira pada tahun 1400 masihi, Islam telah disebarkan oleh daei-daei dari Melaka dan menapak di kota-kota dan ibu negeri di pulau Sulawesi. Apabila kota-kota seperti Goa dan Makassar dibakar hangus pada abad 17 oleh pendatang Barat beragama Kristian, keturunan raja-raja Bugis dan pengikutnya bersumpah akan berjihad berhabis-habisan menghancurkan si kafir di Bumi Nusantara sehinggalah mereka sampai ke Selat Melaka dan berkesempatan menjadi raja di alam Melayu Islam.

Dalam budaya Melayu warisan Melaka pula, perkahwinan untuk mendapatkan zuriat nabi melalui daei-daei Arab, mahupun Parsi atau India adalah sangat digalakkan di kalangan istana dan di kalangan pembesar. Tanpa kita sedari kebanyakan orang Melayu lebih-lebih lagi yang mempunyai titisan darah kerabat memang bertaut dengan darah baginda Rasulullah SAW. Cuma budaya Melayu yang tidak mengiktiraf nasab melalui perempuan dan terlalu taksub kepada warna kulit dan bangsa telah menghilangkan getaran rasa dan jiwa Melayu yang sebenarnya bernasab baginda Nabi Muhammad SAW.

Dunia Melayu dari dahulu hingga sekarang hanya mementingkan darah raja terdekat dan harta benda sahaja. Tanpa sedar orang Melayu telah melupakan keistimewaan keturunan mereka kecuali terlalu sedikit yang mengetahui dan menjaganya.

Di zaman moden ini atau lebih tepat dikata sebagai akhir zaman, orang Bugis keturunan Nabi Sulaiman telah berbaur meluas dengan orang Melayu berdarah ahlul bait. Dan inilah yang dijanjikan oleh Tuhan bahawa selama-lamanya keturunan Nabi Ibrahim AS, aku makbulkan sebagai pemegang Amanah Dunia.

Apakah Amanah Dunia itu? 

Itulah agama tauhid yang mengEsakan Allah. Lebih menarik lagi apabila ada hadis Nabi SAW mengatakan "pada akhir zaman nanti keturunanku dan ayahanda (Nabi Ibrahim AS) dari timur akan mengangkat bendera menjadi tentera Allah membantu Imam Mahadi dan Nabi Isa memerangi Dajjal.”

Oleh : Tun Sheikh Engku Bendahara
Hulu Langat Selangor

Tabal Agong : 11 April 2012

Disunting semula oleh :

TENGKU SHAFIZ RULLAH AS SYAFIEE
Timbalan Pengerusi merangkap
Pengarah Kesenian, Kebudayaan & Warisan
DEWAN PEMIKIR BERSATU KEBANGSAAN

Posting asal: https://www.facebook.com/Pemikirkebangsaan/photos/sejarah-asal-usul-bugisi-sejarah-awalmenurut-kitab-tuhfat-al-nafis-karya-raja-ha/136188387747463/

Catat Ulasan

0 Ulasan