Panah Melayu

BANGI: Berbanding meriam, lela, rentaka atau istinggar yang lebih ditonjolkan dalam membicarakan kehebatan ilmu persenjataan masyarakat Melayu, senjata panah agak kurang dikenali.

Ini mungkin disebabkan sejarah panah dalam konteks penggunaannya di alam Melayu masih agak asing meskipun senjata daripada buluh dan tali itu sudah digunakan di alam Melayu sejak sebelum zaman kedatangan Islam lagi.

Pengasas Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara, Hasanuddin Yusof, berkata penggunaan panah sudah lama dikuasai masyarakat Melayu sebagai sebahagian penguasaan mereka dalam persenjataan tradisional.

Di alam Melayu, kata Hasanuddin, penggunaan panah turut disebut dalam beberapa catatan sejarah termasuk dalam naskhah Sulalatus Salatin.

Selain catatan mengenai penggunaan panah oleh Raja Gangga Shah Johan dalam Perang Gangga Negara, Tun Sri Lanang mencatatkan kemahiran memanah masyarakat Melayu yang disifatkannya sebagai sangat mahir.

“Antara yang ditulis Tun Sri Lanang ialah mengenai kemahiran memanah Hang Nadim yang sangat baik hinggakan panahannya bergerak laju seperti gerakan petir.

“Namun Hang Nadim memanah bukanlah bertujuan mendatangkan kecederaan kepada lawannya, sebaliknya lebih kepada satu bentuk amaran supaya beliau tidak diekori oleh tentera Pahang dalam satu kejadian,” katanya pada Siri Wacana ATMA - Persenjataan Alam Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

Anak panah beracun

Selain beberapa catatan sumber sejarah mengenai panah sebagai sebahagian senjata tradisional penting buat masyarakat Melayu pada ketika itu, Hasanuddin mengakui tidak banyak maklumat yang berjaya digali.

Ini sangat berbeza katanya dengan senjata tradisional lain, misalnya meriam yang ‘meninggalkan’ jejaknya merata-rata di alam Melayu.

“Disebabkan kekurangan maklumat ini, penggunaan panah kelihatan seperti sangat asing sedangkan budaya memanah sudah lama bertapak di alam Melayu.

“Malah dalam beberapa tulisan, pihak Portugis sendiri mencatatkan panah sebagai sebahagian senjata yang digunakan oleh masyarakat Melayu,” katanya.

Meskipun tidak banyak maklumat mengenai penggunaan panah di alam Melayu yang boleh ditemui kini, Hasanuddin dalam pengembaraannya menemukan ukiran pemanah di Borobudur yang menunjukkan senjata itu sudah digunakan masyarakat Melayu sejak abad ke-8 lagi.

“Saya juga melihat kehadiran pedagang Arab, Parsi dan Turki ini turut mempengaruhi penciptaan busur panah di alam Melayu.

“Cuma sebagai bangsa yang bijak tentulah masyarakat Melayu mengubahnya supaya bersesuaian mengikut kesesuaian masyarakat di alam Melayu,” katanya.

Tegas Hasanuddin, daripada segi saiz juga, panah alam Melayu dicipta dengan ukuran lebih besar berbanding panah di Asia Barat yang selari dengan catatan pegawai Portugis, Godinho de Eredia mengenai Melaka yang menyebut busur panah Melayu lebih besar daripada senjata sama orang Parsi.

Kebijaksanaan Melayu mengubah ciptaan senjata yang berasal dari Asia Barat itu juga terbukti apabila anak panah yang dihasilkan diletakkan racun.

“Menurut Eredia, orang Melayu menggunakan banyak racun pada semua senjata mereka terutamanya mata anak panah sama ada yang diperbuat daripada besi, kayu, gigi haiwan atau ikan,” katanya.

INFO

Panah dalam tradisi senjata Melayu


  • Busur panah kebiasaannya diperbuat dari kayu, rotan dan buluh.
  • Tali kebiasaannya menggunakan rotan dan kulit pokok.
  • Anak panah kebiasaannya diperbuat dari kayu dan buluh yang dilekatkan bulu burung atau ayam pada pangkalnya.



Sejarah Memanah dalam Islam

√ Islamic Base

Review by: Redaksi Dalamislam

Memanah merupakan salah satu kegiatan olah raga yang disarankan oleh Rasulullah bersamaan dengan berenang dan berkuda. Kegiatan memanah sekarang sudah menjadi salah satu cabang olah raga yang digemari oleh masyarakat. Belum banyak yang dapat mengakses kegiatan olahraga ini karena memang menggunakan senjata berupa busur dan anak panah.

Pada zaman Rasulullah memanah merupakan salah satu kemampuan yang dibutuhkan para pemuda untuk membela islam dengan cara berperang. Selain itu, memanah juga dapat digunakan untuk berburu hewan.

Rasulullah bersabda,

“Ajarkan anak-anak berenang, berkuda, dan memanah.” HR Bukhari dan Muslim

Memanah ada bahkan dari zaman nabi Adam AS. Allah SWT mengutus Malaikat Jibril untuk memberi busur dan dua anak panah kepada Nabi Adam. Busur dan anak panah yang diberikan digunakan untuk membunuh burung yang mencuri tanaman milik Adam. Dengan begitu bahkan panah merupakan kegiatan yang sudah sangat lama dilakukan.

Memanah merupakan salah satu kurikulum yang diajarkan oleh anak-anak di zaman itu. Hal ini untuk menyiapkan diri dalam hal berperang melawan bangsa Quraish. Bahkan kegiatan memanah ada sebelum zaman Rasulullah. Ada yang menyebutkan bahwa  terdapat anak panah rasulullah di Istana Topkapi, Istanbul, Turki. Tersimpan tiga buah anak panah yang dipercaya sebagai anak panah Rasulullah.

Perintah itu terdapat pada Quran surahAl-Anfal ayat 60

Yang artinya, “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan). ”

Catat Ulasan

0 Ulasan