Masyarakat Jawa Selangor.


Sekilas catatan tentang masyarakat Jawa Selangor.

Penghijrahan masyarakat Jawa ke Selangor paling besar berlaku sekitar diantara tahun 1880-1940. Terutama bermulanya pembukaan ladang - ladang kopi dan getah di seluruh Selangor dan juga apabila dasar kerajaan British Selangor yang bermula pada 1884 untuk penduduk tempatan dan imigran diberi kebenaran dan peluang untuk memohon dan membuka tanah untuk lahan - lahan pertanian seperti untuk penanaman padi, kelapa pisang, kopi, pinang, ubi dan sebagainya.

Peladang kopi dan getah Inggeris dan Eropah pula telah mengambil ramai buruh dari pulau Jawa yang diakui mereka itu tangkas dan mahir dalam pertanian. Malah mereka juga gemar mengajikan amah, tukang kebun dan pemandu dari keturunan Jawa juga kerana mereka memang terkenal dengan sikap sopan, patuh, jujur dan rajin. Gaji buruh semasa era itu adalah sekitar $15/ - $40/ sebulan.

Antara tempat - tempat asal keturunan Jawa di Selangor yang kebanyakan dari kawasan Jawa Tengah dan sebahagiannya dari Jawa Timur adalah dari Tegal, Brebes, Kendal, Djapara, Karaganjar, Koetoarjo, Keboemen, Poerworedjo, Bandjanegara, Djoewana, Pati Jogjakarta, Ponorogo, Patjitan, Madioen, Pangoel.

Foto 1890 (diedit semula) Buruh ladang dari Pulau Jawa di ladang getah Sg.Siput.

Fz

Catat Ulasan

0 Ulasan