MALAYSIA TERUTAMA DI KELANTAN MEMILIKI PURATA TERTINGGI URANIUM DI DUNIA.??

(Sasaran Penjajah untuk Menjarah)


Pendahuluan,

Sebelum itu kita kenal dahulu apa itu bahan "Uranium" :

Uranium adalah sejenis unsur logam yang radioaktif, berwarna kelabu keperakan dengan simbol U dan nombor atom 92. Uranium  digunakan untuk menghasilkan  tenaga nuklear yang berbahaya, senjata nuklear dan sebagainya.

Unsur uranium ditemui oleh pakar kimia Jerman, Martin Heinrich Klaproth pada tahun 1789. Beliau berjaya memendakkan suatu mendakan kuning dengan melarutkan uraninit ke dalam asid nitrik lalu menggunakan natrium hidroksida adalah untuk  meneutralkan larutan. Beliau  kemudiannya memanaskannya dengan arang batu lalu mendapat oksida uranium, tetapi disangkanya  sebagai logam uranium tulen. Beliau  menamakan unsur itu sebagai Uranium sempena planet Uranus yang ditemui lapan tahun sebelumnya.

Penghasilan logam uranium tulen  pertama kali dilaksanakan oleh  Eugène-Melchior Péligot pada tahun 1841 melalui tindak balas uranium tetraklorida dan kalium.

Isotop :

Kesemua isotop uranium adalah tidak stabil dan bersifat radioaktif lemah. Isotop uranium yang dapat dijumpai secara alami ialah uranium-238 (99.2739 ke 99.2752%),  uranium-235 (0.7198 ke 0.7202%), dan sedikit uranium-234 (0.0050 –0.0059%). Ketiga-tiga isotop adalah radioaktif dan mereput lalu  membebaskan zarah alfa. Uranium -238 memiliki separuh hayat selama 4.47 bilion tahun, lebih kurang usia Bumi manakala uranium-235 mempunyai separuh hayat iaitu selama 704 juta tahun.

Jadi :

MENGAPA MALAYSIA MEMILIKI PURATA URANIUM TERTINGGI DI DUNIA.??

Ketika kita telah ketahui hari ini, kini negara Australia merupakan antara negara yang paling banyak sumber pengalian Uranium di dunia  mengalahkan Amerika dan China.

Kalau kita lihat pada peta dunia dalam senarai sumber Uranium, ia antara nombor 1 kawasan sumber Uranium terbesar di dunia berjumlah sebanyak 1,243,000 Ton's, manakala negara Kazakhstan merupakan kedua pengeluar sumber Uranium terbesar di dunia. Itulah antara yang terbesar Australia dan Kazakhstan. Berbeza di Malaysia, mengapa negara Malaysia merupakan jumlah purata Uranium tertinggi di dunia mengalahkan kedua negara Australia & Kazakhstan sedangkan potensi pengeluar bahan  Uranium terbesar dan terbanyak di dunia ialah Australia dan Kazakhstan sedangkan negara Malaysia tidak, faktanya ada di bawah.

FAKTA URANIUM DI MALAYSIA :

Ini faktanya, menurut kajian yang  dilakukan oleh "Malaysia Nuclear  Agency" yang berpengkalan di Bangi,  Kajang Selangor. Hasil yang dijalan kan oleh encik Mohd Azmi Ismail dan Mohammad Roston Zakaria telah mendapati terdapat 6 negeri yang ada sumber Uranium yang belum digali antaranya Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Sumber Uranium di Malaysia terdapat pada batu di kawasan pergunungan yang telah ada sejak ratusan juta tahun. Oleh itu Kerajaan Malaysia mengambil inisiatif untuk memelihara kawasan geologi alam ini, ini kerana Malaysia merupakan kawasan yang terpelihara dari segala macam galian kimia untuk dikeluarkan dari bumi untuk bahan penyelidikan. Kalau keluar pun hanya jumlah yang sangat sedikit dan lebih berhati-hati ketika keluarkan jika kita membandingkan negara luar yang mengali keluar bahan Uranium yang sangat banyak untuk dijadikan bahan penyelidikan dan testing sejak dari puluhan tahun dahulu sehinggakan sumber ini hampir sedikit berbanding dahulu. Ini kerana sumber Uranium ini terhad dan tidak semua tempat di bumi ada sumber ini dan proses dari sumber terjadinya Bahan Uranium ini mengambil masa yang sangat lama sehinggakan ratusan juta tahun untuk menghasilkannya dari perut Bumi. 

Jawapan dari persoalan :

Mengapa negara Malaysia tidak banyak mengambil bahan Uranium ini untuk dijadikan kajian secara menyeluruh. Salah satu sebabnya negara kita tiada kepakaran dalam menangani risiko untuk membasmi radiasi malah kesan buruk yang besar ketika dikeluarkan serta tiada tempat untuk diasingkan ke kawasan yang lebih selamat untuk dilupuskan. Ini kerana tanah Malaysia terhad dan tersangat kecil untuk menjalankan kajian bahan Uranium yang sangat merbahaya dan terdedah berbanding negara luar yang sangat besar, itulah cerita yang sebenarnya.

Antara jumlah kawasan Uranium bagi setiap negeri di Malaysia :

Perak - 7 kelompok kawasan
Kelantan - 5 kelompok kawasan
Pahang - 4 kelompok kawasan
Selangor - 3 kelompok kawasan
N. Sembilan - 3 kelompok kawasan
Terengganu - 1 kelompok kawasan

Negeri Perak merupakan kawasan kelompok sumber Uranium terbanyak di Malaysia iaitu sebanyak 7 kawasan hasil dari kajian "Malaysia Nuclear Agency" di kawasan Transect 1.

Kawasan Transect Negeri
(Transect : Satu laluan kawasan)

01) Kawasan Transect 1 :
       Perak & Kelantan

02) Kawasan Transect 2 :
       Perak, Selangor, Pahang & Negeri Sembilan

03) Kawasan Transect 3 :
       Kelantan, Pahang & Terengganu





(Rujuk Gambar)

Fakta tambahan :

Malaysia merupakan Negara kecil di dunia yang memiliki sumber kekayaan alam serta sumber daya mineral yang banyak, "Uranium" ini juga merupakan antara khazanah alam yang dikurniakan oleh Tuhan di tanah Malaysia. Jadi tidak hairanlah mengapa Malaysia begitu menjadi rebutan para Penjajah suatu ketika dahulu sehingga Kini kerana sumber daya alam yang sangat banyak, tidak semua memiliki sumber yang banyak sebegitu terutamanya negara besar seperti Amerika dan China.

4 sumber besar yang ingin direbutkan Penjajah kini di Malaysia, jangan ada yang tak tahu, antaranya :

01) Telaga minyak (Laut China Selatan)
02) Bijih Timah (Sisa di Utara Perak)
03) Uranium (Semenanjung Malaysia)
04) Emas (Hampir seluruh Malaysia)

Ini yang mereka rebutkan sebenarnya, tapi sumber Uranium tak ramai yang tahu, kerana mereka (Penjajah) sudah lama tahu cumanya main wayang dahulu untuk cetuskan provokasi politik dan perang ekonomi terhadap Dunia.....



+

Catat Ulasan

0 Ulasan