New norms atau norma baru yang disebut-sebut sepanjang Covid sebenarnya adalah satu usaha mencorakkan dan menjajah minda kita untuk menerima secara sukarela mahupun paksarela ketidaknormalan baru. Dengan kata lain, new norms adalah old abnormal dan new abnormal. Ia sesuatu yang tidak normal, tidak pernah normal dan tidak patut serta tidak layak diterima dan dijadikan sebagai normal. Ia banyak bercanggah dengan fitrah insani terutama dalam kehidupan bermasyarakat, serta tidak selari dengan Sunnah baginda Rasulullah s.a.w. Ia dipromosikan oleh World Health Organization (WHO) dan kemudiannya terma ini dijadikan ratiban atau ‘tasbih rasmi’ di media seluruh dunia seolah menjadi satu kemestian masyarakat dunia.
Kita diasak dengan terma new norms sebagai satu proses halus ke arah New World Order (NWO). Matlamatnya adalah satu proses ke arah pengawalan total seluruh manusia di dunia dan menjadikan manusia sebagai hamba kerakusan pihak tertentu, dan mengambil alih hak dan kebebasan manusia lain. Pihak tersebut mahukan manusia berada pada tahap samarata di bawah kawalan mereka dan mahu membuang emosi serta naluri manusia sebanyak-banyaknya.
Untuk mencapai NWO, ketakutan melampau perlu dicipta. Pandemik global Covid adalah satu ‘alat’ paling ampuh untuk mencipta ketakutan yang tidak berasas (akan dihuraikan) ini. Kita diajar untuk takut dengan virus Covid, sedangkan terdapat trillion virus disekeliling dan dalam tubuh manusia. Ketakutan melampau hakikatnya amat mengganggu emosi, merendahkan sistem imun dan menjadikan kita lebih mudah jatuh sakit. Saban hari tanpa gagal kita dihidangkan dengan statistik kematian dan kes positif, seolah-olah tiada apa yang lebih penting daripada Covid kini. Sedangkan jika kita lithat statistik kematian tahun-tahun sebelum ini, sememangnya jumlah kematian setiap hari tidak jauh berbeza kerana pelbagai masalah kesihatan lain juga. Dan sedangkan kebanyakan kes positif Covid itu adalah tanpa bergejala, dengan erti kata sebenar, tidak sakit. Terbaru, didapati mereka yang tidak bergejala, tidak mudah menjangkiti orang sekelilingnya .
Kita dimomokkan dengan istilah virus Covid sebagai ‘musuh tidak nampak’ sedangkan memang tiada pernah satu jenis virus yang kita boleh nampak dengan mata kasar, bukan Covid sahaja. Kita juga dimomokkan dengan istilah ‘asymptomatic carrier’ seolah-olah hanya Covid ada situasi pesakit asymptomatic, sedangkan banyak penyakit dan jangkitan lain mempunyai asymptomatic carrier, seperti Polio, Campak dan sebagainya, hanya kita tidak membuat pengesanan dan ujian kepada ramai orang sebagaimana yang dibuat untuk Covid, jadi kita tidaklah mempunyai kes asymptomatic yang sebanyak Covid untuk penyakit lain. Polio sendiri contohnya 72% adalah asymptomatic carrier dan 24% hanya bergejala ringan .
Selepas ketakutan terhadap ‘musuh tidak nampak’ berjaya dicorak dan disemai dalam diri manusia, segala perkara dalam kehidupan manusia menjadi lebih mudah dikawal dan kemudian diselaraskan. Ini boleh dilakukan dengan langkah-langkah termasuk menyekat pergerakan dan mengawal perbuatan orang ramai di tempat awam, di sekolah, di rumah ibadah, di kedai dan kompleks membeli belah, di restoren, di tempat-tempat riadhah termasuk taman awam, laut, pantai, sungai, mengadakan kawalan polis dan ketenteraan di jalanraya dan kawasan perumahan, membuat spotcheck di dalam rumah, memaksa kuarantin, memandatorikan vaksinasi, dan pelbagai lagi.
Sebagaimana dibincangkan sebelum ini, sesetengah pihak mengaitkan Covid sebagai ‘berasal’ dari makmal Wuhan hasil kolaborasi NIAID, NIH, US dan China. Ia bukan bertujuan membunuh terlalu ramai manusia serentak dalam masa yang pendek. Ia merupakan satu kerugian kepada golongan pencipta global pandemik ini sekiranya jutaan manusia terbunuh dan mati sekaligus. Mereka adalah golongan kapitalis dan elitis global yang lebih dikenali licik membina kekayaan daripada kesengsaraan manusia lain, membiarkan masyarakat yang lena terus hidup bergantung penuh kepada sistem ciptaan mereka dan kemudian dengan relahati membayar secara berterusan untuk meneruskan kehidupan, contohnya dalam bentuk ubatan, vaksinasi, kit diagnostik, dan pelbagai peralatan, serta fasiliti kesihatan lain. Matlamat utama mereka yang mencipta pandemic ini adalah demi membentuk sebuah kerajaan New World Order (NWO) yang berkuasa ke atas seluruh dunia dari segi politik, ekonomi, sosial, agama dan lain-lain.
Antara mastermind dan pemain-pemain penting yang sering dikaitkan ke arah New World Order termasuk nama-nama seperti Henry Kissinger, David Rockefeller, Jacob Rothschild, George Soros, Warren Buffet, Bill Gates, Hillary Clinton, Dr Anthony Fauci, kumpulan Illuminati, Secret Societies, The Cabal, Freemason, Deep State, elitis, globalis, internationalis, United Nations atau PBB, WHO, CDC, FDA, dll. David Rockefeller contohnya dalam Memoirs beliau mengakui beliau sekeluarga terlibat dengan pertubuhan rahsia yang bertindak menyalahi kepentingan terbaik (best interest) negara US, dan sebagai internationalis bersekongkol dengan mereka yang lain di serata dunia dalam membina struktur jaringan politik dan ekonomi kukuh dalam agenda membentuk ‘One World’ . Dengan kata lain, apa yang boleh difahami, beliau tidak menolak dakwaan bahawa beliau sekeluarga bersama-sama sekumpulan manusia lain dari pertubuhan sulit (mungkin illuminati, freemason, deep state), bertindak sebagai elit global dan cuba menguasai dunia keseluruhannya mengikut acuan kumpulan mereka, dan membentuk New (One) World Government atau istilah ringkasnya, the New World Order.
Beberapa video boleh ditonton yang memberi gambaran agak menyeluruh tentang bagaimana Covid ini dijadikan hanya sebagai alat untuk membawa seisi dunia ke arah New World Order dan New World Government. Antaranya video oleh David Icke (The Coronavirus conspiracy. How Covid19 will seize your rights, destroy our economy) , Rev. Danny Jone, Northlake Baptist Church (The Micro-chipped New World Order) , dan Dr. Rashid Buttar (Dr Buttar Accuses Fauci, Gates & The Media For Using COVID-19 To Drive Hidden Agenda) .
Selain itu, ada banyak siri-siri lain yang membongkar permainan licik kumpulan elit global, antaranya dokumentari ‘Out of Shadows Official’ oleh Mike Smith , 51 siri dokumentari ‘The Arrivals , wartawan penyiasat seperti Del BigTree dan Harry Vox, Dr. Shiva Ayyadurai, Robert F Kennedy Junior, Dr. Sherry Tenpenny, Kate Shemerani dan ramai lagi.
Kaedah perlaksanaan golongan elitis global ini adalah menggunakan metod “Problem-Reaction-Solution”. Mereka mencipta ‘masalah’ dan mempropagandakannya, kemudian membentuk reaksi masyarakat dengan bantuan media dan menokoktambah dengan pemalsuan di sana sini, dan akhirnya bertindak sebagai ‘penyelamat’ dengan menawarkan ‘solusi’ atau penyelesaiannya yang sebenarnya mereka sudahpun sediakan sedari awal lagi, iaitu ketika perancangan masalah tersebut dibuat.
Kita boleh lihat bagaimana golongan elit global menguasai masyarakat dunia dengan menentukan apa yang boleh dan yang tidak boleh menjadi solusi kepada sesuatu masalah yang mereka cipta. Mereka hanya mahu kita percaya 100% bahawa solusi Covid hanyalah vaksinasi, dan bahawa tidak ada satu pun ubat atau rawatan yang mampu mencegah mahupun merawat Covid. Mereka secara sewenangnya mengkategorikan sebarang maklumat yang tidak selari dengan WHO sebagai menyalahi ‘standard komuniti’, sebagaimana dilakukan oleh Youtube juga Facebook. CEO YouTube Susan Wojciciki dalam satu kenyataan rasmi mengumumkan bahawa mana-mana kandungan YouTube yang tidak selari dengan WHO akan dianggap pelanggaran kepada standard dan video tersebut akan dibuang, sebagai contoh kandungan yang mengatakan Vitamin C atau kunyit boleh merawat Covid .
Jelas terlalu banyak kandungan video yang dibuat oleh pakar-pakar serata dunia yang mengongsikan pandangan serta pengalaman mereka berkenaan Covid dari sisi pandang berbeza daripada WHO telah dibuang oleh YouTube termasuk oleh Profesor Knutt Wittkowski yang membongkar kebenaran tentang virus Covid dan menentang lockdown yang telah ditonton lebih 1.3 juta kali . Para perawat pula akan diserbu hanya kerana merawat pesakit dengan rawatan dengan kaedah lain seperti intravenous vitamin C yang telah lama dibuktikan berkesan dan lebih baik dari rawatan farmaseutikal membuang toksik malah kanser sekalipun .
Persoalannya, adakah WHO pakar segala herba, rawatan dan pencegahan segala penyakit di mukabumi ini? Bukankah mereka hanya berpegang teguh kepada alopati dan perubatan moden, dan tidak kepada kaedah lain? Perbincangan tentang setakat mana WHO boleh dipercayai telahpun dibuat sebelum ini. Hakikatnya mereka sendiri sarat dengan kontroversi dan skandal.
Kita dapat lihat dengan jelas bagaimana vaksinasi dipropagandakan sebagai satu-satunya solusi bagi pandemik global Covid ini. Hakikatnya, vaksinasi yang bakal diwajibkan nanti hanyalah semata alasan dan bertujuan dijadikan sebagai pencetus kepada projek memicrochipkan manusia bagi tujuan pengawalan total penduduk bumi melalui program Universal Biometric Identity ID2020. Ini semua sebahagian daripada UN Agenda 21, Agenda 2030.
Antara matlamat New World Order/Government termasuk:
Digital money dan One World Currency:
Dengan beralasankan kononnya Covid boleh merebak dan berjangkit dengan mudah, ramai akan percaya bahawa duit kertas dan syiling merbahaya jika digunakan. Oleh itu, semua transaksi akan dikehendaki dilakukan melalui atas talian (online). Ini telahpun berlaku secara beransur-ansur di beberapa tempat di Malaysia seperti di pasar Tawau, Sabah dimana kepada kaedah QRPay mula diguna pada 1 Mei dan akan menjadi satu-satunya kaedah pembayaran satu masa nanti Akhirnya, mereka akan mengesyorkan seluruh dunia menggunakan sejenis matawang sahaja (rujuk TedTalk).
One economy:
Ekonomi negara dunia banyak yang semakin terjejas termasuk Malaysia . Perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana malah besar juga banyak yang terpaksa ditutup akibat Covid. Yang mampu bertahan adalah mereka yang punya modal yang benar-benar banyak dan tersimpan. Memang itulah motif NWO iaitu menghancurkan bisnes agar akhirnya sekumpulan kecil elit global yang akan menguasai dan memonopoli keseluruhan pasaran ekonomi dan dunia. Kita telah diingatkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul bahawa di negara kita sedang berlaku recession paling buruk dalam sejarah, yang memberi kesan buruk kepada GDP dan mengakibatkan banyak pengangguran. Bila ini berlaku, pihak globalis akan mula membuat penawaran pinjaman dan negara makin banyak terikat dengan mereka. WHO telah tawarkan ‘solusi’ kepada negara ahlinya melalui dana dari Bank Dunia sebanyak USD12 billion sebagai hutang bagi negara membangun dan juga dana dari International Monetary Fund untuk menstabilkan sistem kesihatan dan mengurangkan kesan ekonomi dan beberapa negara termasuk Indonesia contohnya telahpun mengambil pinjaman. Akhirnya nanti golongan eliti global berhasrat mengambil alih ekonomi sesebuah negara secara halus dan semakin kuat menggunakan kuasa serta pengaruh mereka dalam menentukan arahtuju sesebuah negara. World Bank sejak 2017 mengeluarkan bon khas bernilai USD500 juta sepanjang 5 tahun dipanggil bon pandemik untuk disalurkan kepada ‘fasiliti kewangan kecemasan pandemik’ bagi membantu negara-negara membangun dalam usaha mereka mendepani Covid .
Menurut David Icke, antara matlamat lebih jauh elit global ini juga adalah dimana satu masa nanti semua orang penduduk diberikan ‘pendapatan’ asas dimana duit dan juga barangan akan diterima secara samarata. Pihak otoriti pula akan menentukan apa yang kita perlukan. Pemberian wang dari otoriti semasa lockdown ini dikatakan seolah satu ‘test run’ oleh elit global dalam perlaksanaan kaedah pemberian tersebut. Kita dapat lihat banyak negara melancarkan bantuan melalui pakej ransangan ekonomi pandemik dan menghulurkan ‘pendapatan’ kepada rakyat secara saksama. Tiada sebarang masalah dengan apa yang dibuat kerana ia memang membantu mereka yang memerlukan. Namun apa yang akan berlaku di masa akan datang sekiranya pandemik dan lockdown ini dilanjutkan, adakah kerajaan masih mampu berbuat sedemikian. Akhirnya pada satu masa nanti satu kumpulan luar akan ‘mengambil alih’ negara lain secara licik dan halus, manusia bergantung harap sepenuhnya kepada mereka dan secara tidak langsung rela menjadi ‘hamba’ yang akan patuh sepenuhnya tanpa bangkangan.
One religion:
Ritual agama yang sama. Kita dapat lihat sendiri bagaimana mereka berjaya menukar tatacara ritual dan ibadat umat Islam dalam masa yang amat singkat. Ada tempat ibadat ditutup terus, ada yang membenarkan namun menghadkan bilangan jemaah kepada 3/12/30/40 orang sedangkan saiz tempat ibadat berbeza-beza, wajib membuat penjarakkan saf sejauh 1-2 meter, wajib memakai mask ketika solat, tidak dibenarkan bersalaman, berciuman, tiada istilah beriktikaf kerana semua dikerah pulang sebaik sahaja selesai solat dan doa ringkas, dihadkan kepada satu Jemaah sahaja setiap waktu solat dan had masa pembukaan masjid, diperiksa suhu, mendaftar nama, dan lain-lain. Kita tidak dapat bayangkan apa lagi yang bakal mereka akan serta mampu lakukan dalam jangka masa panjang pula yang mengganggu –gugat Sunnah dan ritual agama kita.
One political power:
Mereka berhasrat mengawal seluruh dunia dengan satu kuasa politik. PBB dan WHO iaitu salah satu agensi di bawah PBB adalah antara agensi yang secara tidak langsung berjaya mengawal negara dunia untuk menurut kemahuan mereka. Contohnya sebagaimana dibincangkan sebelum ini, WHO mengeluarkan pengisytiharan pandemik global untuk Covid dan beberpa bulan selepas itu memberi syarat kepada Negara ahli yang hendak keluar dari lockdown bahawa mereka perlu melaksanakan enam exit strategies sebagaimana dalam garispanduan WHO. Banyak negara kelihatan berusaha untuk patuh kepada WHO, sedangkan bukankah sepatutnya semua negara bertindak bebas dan tidak patut terikat dengan mana-mana saranan mahupun arahan WHO.
NWO bukan satu teori. Ia bukan dongengan dan mainan bibir pakar teori konspirasi. Ia sudah mula dengan jelas dizahirkan oleh kumpulan elit global melalui agensi mereka iaitu PBB. Merka sudah tidak berselindung lagi mewar-warkan dan mempamerkan dengan bangganya dalam laman web mereka ‘United Nations New World Order (UNNWO)’ menggunakan tema ‘Let’s take our planet back’. Apa maksud semua ini? Definisi rambang dan penuh muslihat diberikan untuk projek UNNWO adalah “global, high-level initiative founded in 2008 to advance a new economic paradigm, a new political order, and more broadly, a new world order for humankind, which achieves the UN’s Global Goals for Sustainable Development by 2030, and the happiness, well-being, and freedom of all life on Earth by 2050.”
Gerakerja pihak elit global kadangkala tidak begitu jelas dan berselindung disebalik istilah dan sesuatu acara yang hanya mampu difahami bagi yang pernah mengkaji perihal mereka. Contohnya baru-baru ini dilancarkan di peringkat global ‘Kempen Light It Blue’ kononnya sebagai satu simbol solidariti sokongan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus ‘berperang’ ketika Covid. Kempen ini menyeru semua bangunan memancarkan cahaya lampu biru selama 3 hari (30 April-1 Mei 2020) dan kita dapat lihat ianya mendapat sambutan seluruh dunia termasuk di Malaysia di mana contohnya pihak Istana Negara, Masjid Negara dan lain-lain masjid juga bangunan kerajaan turut sama bersusah-payah menjayakan dan memancarkan cahaya biru 3 hari berturut-turut.
Tahukah kita hakikatnya pihak elit global punyai satu projek dinamakan Bluebeam Project yang sangat berteknologi tinggi dengan NASA. Hakikatnya ia merupakan salah satu projek rahsia kumpulan Illuminati dalam menyediakan dan mengisytiharkan Dajjal sebagai tuhan kepada ‘One religion’ melalui NWO. Satu agama baru diperlukan kononnya pada ‘new global age’ ini untuk menyatukan seluruh manusia di dunia yang berpecah akibat fahaman agama tradisional yang berbeza seperti Islam, Kristian, Buddha Hindu dll. selama ini. Bagi mereka, tanpa satu kepercayaan yang sama membentuk pemikiran seluruh penduduk bumi, NWO adalah hampir mustahil. Kempen ‘Light It Blue’ sebenarnya secara halus mahu melihat sejauh mana dunia sedar akan perancangan mereka dan melalui itu mereka dapat terus membuat penyesuaian strategi sekiranya perlu.
Begitu juga ketika acara perasmian Sukan Olimpik 2012 di London yangmana mereka mempamerkan satu situasi yang terlalu banyak menyamai senario pandemic sekarang , dan kesemuanya dibuat bawah penatacahayaan berwarna biru, sebagaimana Bluebeam Project juga Kempen Light It Blue. Antara imej yang ditunjukkan ketika perasmian Olimpik tersebut adalah imej ala virus yang bersaiz besar, susunan terlalu banyak katil hospital dan kanak-kanak sebagai pesakit, ramai petugas kesihatan terutamanya berpakaian misi disisi katil dan juga kemudian menari-nari gembira, satu jenazah bayi saiz gergasi, sekumpulan manusia seperti hamba abdi menyusun bongkah piramid untuk melengkapkan puncaknya, patung mirip PM United Kingdom Borris Johnson di katil hospital , juga seorang ahli sihir yang amat tinggi dan hodoh berpakaian serba hitam seolah mengemudi dan mengawal semua yang berlaku . Bagaimana terlalu banyak ‘kebetulan’ ianya sama dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini? Hakikatnya, mereka memang dikenali gemar memberikan isyarat tentang perancangan mereka melalui simbol, imej, juga filem-filem.
Media China mengeluarkan pandangan tentang bagaimana mereka mengesyaki Covid dibawa ke China dari sumber luar oleh tentera Negara lain ketika Sukan Tentera Sedunia (7th CISM Sport Military World Games) yang diadakan di Wuhan selama 10 hari pada 18-27 Oktober 2019 dan dihadiri sekitar 10,000 tentera dari 109 negara seluruh dunia, termasuk 200 tentera dari US. Jika diperhatikan, tarikh sukan ini ‘kebetulan’ serentak dengan Event201 yang pernah dibincangkan sebelum ini. Adakah ianya juga kebetulan? Apapun, samada dakwaan China itu benar tidak dapat dipastikan .
Pada Ogos 2019, undian persepsi awam telah dibuat di US berkenaan sektor-sektor industri, dan hasilnya, daripada 25 sektor, industri farmaseutikal, kerajaan persekutuan dan healthcare mendapat undian paling negatif . Pandemik ini membolehkan butang ‘reset’ global ditekan. Kita dapat lihat sendiri bagaimana petugas kesihatan terutama barisan hadapan sangat dihargai atas segala usaha mereka, agensi kesihatan lebih dipandang tinggi, ketua-ketua mereka dijulang, kajian penghasilan vaksin serta ubat dari syarikat farmaseutikal diharapkan, disegerakan, dan dinantikan bagaikan satu-satunya ‘penyelamat dunia’. Semua arahan serta saranan kerajaan dan institusi kesihatan didengari serta dipatuhi dengan penuh harapan dan keyakinan, dan sesiapa yang kelihatan kurang maupun tidak setuju dengan semua ini dianggap musuh masyarakat yang tidak boleh dikompromi langsung. Semua ini sekaligus mengubah persepsi awam terhadap ketiga-tiga sektor di atas tadi (famasi, kerajaan, healthcare) dan perubahan persepsi ini terbukti apabila Presiden US Trump mendapat rating terbaik dari sebelum ini dalam satu undian . Malah, data pasaran saham menunjukkan beberapa syarikat farmeseutikal meraih kenaikan di kala banyak sektor lain sengsara secara ekonomi akibat Covid .
Sumber:
Gao et al. (2020). A Study on Infectivity of Asymptomatic SARS-CoV-2 Carriers. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/32405162/
CDC. Poliomyelitis. https://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/downloads/polio.pdf?fbclid=IwAR1WOqsdzahzjohK1fycsA577mYwqvfZCEY47QR0IRJ4-yUqLBSA1mlSedM
2002. David Rockefeller. Memoirs. https://www.amazon.com/David-Rockefeller-Memoirs/dp/0679405887
David Icke interview. https://londonreal.tv/the-coronavirus-conspiracy-how-covid-19-will-seize-your-rights-destroy-our-economy-david-icke/?bclid=IwAR0IUwn381tuiwLiimbdb_wCj41fXPHQEyqzylE53JIOE42pHq-gZyMP-9Y
Rev. Danny Jone. https://www.youtube.com/watch?v=ZNT-aJNtg44&feature=youtu.be
Dr. Rashid Buttar. https://www.youtube.com/watch?v=rnbf9wccdxE
10 April 2020. Mike Smith. https://youtu.be/MY8Nfzcn1qQ
12 Disember 2012. The Arrivals Series [HD] (Noreagaa, Achernahr Productions). https://archive.org/details/TheArrivals_201405
Inside YouTube’s ‘numerous policy changes’ during the pandemic. https://edition.cnn.com/videos/business/2020/04/19/inside-youtubes-numerous-policy-changes-during-the-pandemic.cnn; https://www.blacklistednews.com/article/76814/youtube-ceo-anything-that-goes-against-the-who-is-a-violation-of-youtube.html?fbclid=IwAR1v4rC1z7v3g0eVgE738FQNxS_h6exIVk3hZ9Iz5xI3-Z2h4NwIv-zAwZQ
16 Mei 2020. YouTube censors epidemiologist Knut Wittkowski for opposing lockdown. New York Post. https://nypost.com/2020/05/16/youtube-censors-epidemiologist-knut-wittkowski-for-opposing-lockdown/?fbclid=IwAR1hNkl4bEOgukScEZEUn4DAMsL2arQG7bK23zGw_DazWYs_zilqQK4boB4
https://www.collective-evolution.com/2020/04/30/fbi-raids-us-doctor-using-intravenous-vitamin-c-to-treat-coronavirus-patientsherba,
20 April 2020. Pasar utama Tawau bakal guna transaksi melalui QRPay Biz. https://utusanborneo.com.my/2020/04/20/pasar-utama-tawau-bakal-guna-transaksi-melalui-qrpay-biz
2 Mei 2020. 'Malaysia facing worst economic recession in its history'. https://www.nst.com.my/news/nation/2020/05/589338/malaysia-facing-worst-economic-recession-its-history
8 April 2020. COVID-19 Coronavirus “Fake” Pandemic: Timeline and Analysis. https://www.globalresearch.ca/ncov-2019-coronavirus-time-line/5705776?utm_campaign=magnet&utm_source=article_page&utm_medium=related_articles
28 Jun 2017. World Bank Launches First-Ever Pandemic Bonds to Support $500 Million Pandemic Emergency Financing Facility. https://www.worldbank.org/en/news/press-release/2017/06/28/world-bank-launches-first-ever-pandemic-bonds-to-support-500-million-pandemic-emergency-financing-facility
United Nation New World Order project. https://unnwo.org/
7 November 2007. ILLUMINATI The Blue Beam Project Top Secret 1. https://www.youtube.com/watch?v=wbA-FbeNtqw&feature=youtu.be&fbclid=IwAR2PS-Mpudt_gLTQfFbM5JNcxGl8Np-0Un5BvSOf4BB4rJoYt2oGOp6OBy0
26 April 2020. Ceremony during London Olympic 2012. https://youtu.be/_P1uoFWO1NM
https://www.google.com/amp/s/www.wsj.com/amp/articles/u-k-prime-minister-boris-johnson-released-from-hospital-11586695818?fbclid=IwAR3oP11mdw3nELV6QLyNTwvOVvjTPfVYE7xhQNa6MklwgaHTxLW9shALAQo
27 Julai 2012. The Complete London 2012 Opening Ceremony | London 2012 Olympic Games.
https://youtu.be/4As0e4de-rI
8 April 2020. COVID-19 Coronavirus “Fake” Pandemic: Timeline and Analysis. https://www.globalresearch.ca/ncov-2019-coronavirus-time-line/5705776?utm_campaign=magnet&utm_source=article_page&utm_medium=related_articles
1-14 Ogos 2019. Business and industry sector ratings. https://news.gallup.com/poll/12748/business-industry-sector-ratings.aspx
24 Mac 2020. Trump approval rating rises as he responds to the coronavirus outbreak. https://www.cnbc.com/2020/03/24/trump-approval-rating-rises-amid-response-to-coronavirus.html
https://childrenshealthdefense.org/news/what-we-can-learn-from-a-pandemic-tabletop-exercise/?utm_source=mailchimp
LINK POST:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222090781196892&id=1183287947
Affan, [04.06.20 16:43],
https://t.me/c/1104351338/26217,
[KRONOLOGI AKHIR ZAMAN]
0 Ulasan