Allahyarham TOK JANGGUT GERIK atau nama sebenarnya Haji Abdul Razak Bin Kasman.
.
Madah Tok Janggut Di Kitabnya "Senjata Sulit"
"Wahai anak cucuku yang dicintai...
Pada suatu hari tok termenung kerana terkenangkan bahawa umur tok sudah tak lama lagi akan melawat pintu kubur. Tok berasa dukacita benar apakah ada suatu jasa dan bakti atau harta pusaka yang boleh ditinggalkan untuk anak-anak cucu tok di belakang hari.
Di sini teringatlah tok masa muda dahulu tok pernah mengadap guru-guru, buat mempelajari bersama-sama ilmu hikmah dan kepandaian jampi-jampi melayu, doa-doa azimat, petua-petua ubat-ubatan sebagai bekalan hidup yang telah tok terima ijazahnya daripada tuan guru itu sebagai modal yang besar di dalam kehidupan kita sehari.
Kemudian tok berfikir apakah guna disimpan ilmu-ilmu kepandaian ini, sehingga dibawa mati. Rasanya lebih baik dihimpunkan untuk anak-anak cucu tok dengan tiada payah anak-anak cucu ku membayar pengeras sebuku garam, pisau sebilah, atau jarum sepucuk, kain putih, dan wang $1.25. Tetapi memadailah anak-anak cucu sambut dan terimalah ijazah tok ini dengan menaruh kepercayaan penuh terhadap kekuasaan Allah SWT . Dengan niat yang suci mudah-mudahan mendapat berkat dan rahmat insyallah.
Sebenarnya tok tidak sangka tentang ilmu Hikmah tok ini begitu sekali segara mendapat penghargaan dan sambutan yang teristimewa dari segala golongan anak cucu tok di sekitar Tanah Melayu ini yang mana terpaksa pula tok membuat beberapa tambahan-tambahan yang penting di dalam kitab ini.
Maka sekali lagi tok ucapkan ribuan terima kasih atas baik sangkanya anak cucu terhadap diri tok serta didoakan mudah-mudahan berbahagia anak cucu di dalam dunia dan akhirat. Selamat beramal."
W'salam
Haji Abdul Razak
Tok Janggut
Gerik Perak
Selain kitab senjata sulit , Kitab tok janggut yang terkenal adalah pagar hikmat , Ketika arwah tok janggut tulis kitab itu usianya sudah 110 tahun. Bagi yang belum mengenali dan baru mendengar nama Tok Janggut Gerik , Saya akan cuba berkongsi serba sedikit mengenai arwah Tok Janggut.
Tok Janggut berasal dari Kerinchi , Asalnya kedatangan tok janggut untuk berdagang di hulu perak pada awal tahun 90an , Dan beliau telah menetap di Kampung Tanjung Rambai , Setelah beberapa tahun tinggal di sana , Tok Janggut dilantik sebagai ketua Kampung kerana keberaniannya dan kealimannya. Tok Janggut terkenal dengan sifat keberaniannya yang tiada tolok banding diantara kesemua perantau dari Kerinchi ketika itu , Makanya beliau diangkat sebagai ketua kampung.
Tok Janggut ketika itu amat tersohor dengan kehebatannya dalam ilmu Persilatan Melayu, Beliau bukan sahaja handal dalam ilmu persilatan malah menjadi guru bagi ilmu tasawuf , Berbagai ilmu yang ada di dalam dadanya , Termasuklah ilmu perubatan dan petua-petua orang tua . Menurut cerita orang tua di Kampung Tanjung Rambai , Tok Janggut telah dilantik oleh pembesar di Hulu Perak sebagai imam perang di kawasan Temenggor hingga Kenering semasa zaman Komunis , Tok Janggut semasa hayatnya pernah beberapa kali bertempur dengan pengganas komunis dengan hanya menggunakan parang panjangnya dan ketika itu orang yang mengikuti Tok janggut menentang komunis mengatakan peluru yang dilepaskan ke arah mereka seperti hujan , daun-daun dan kayu-kayu semua seperti dilanda ribut disebabkan tembakan yang bertalu-talu dan beratus das tembakan, Tetapi mereka katakan peluru yang kena pada badan mereka ketika itu hanya ibarat terkena pasir pada badan. Ketika itu jugabTok Janggut telah memasang pagar hikmat sepanjang kampung Tanjung Rambai , Dan disebabkan pagar ghaib itu setiap pengganas komunis yang lalu lalang tidak melihat adanya Perkampungan dan rumah-rumah di Kampung Tanjung Rambai.
Kisah Tok Janggut juga terkenal di Hulu Perak di hari keraian peringkat daerah semasa gerik di perintah oleh DO Tuan Bekerley. Satu pertunjukan orang kuat telah dijalankan di padang Gerik. Tuan Bekerley telah membawa seorang penggusti dari Britain untuk mengadakan pertunjukan gusti. Setelah selesai, orang putih tadi telah mencabar kepada semua orang Melayu yang mana berani untuk tampil di tengah padang beradu kekuatan. Kebetulan pada masa itu Tok Janggut telah dijemput oleh Tuan Bekerly bagi memeriahkan suasana. Akhirnya Tok Janggut bangun melompat terus di tengah gelanggang. Tanpa banyak cakap mereka meneruskan pertarungan dan dikhabarkan Tok Janggut dengan kekuatan yang ada telah mencampak orang putih itu dengan sebelah tangan, orang putih itu terus terpelanting kira - kira 50 meter ke hujung padang dan semua orang yang ada disitu tergamam , dengan sebelah tangan sahaja , 50 meter tu bukannya dekat 😄 jauh tu , yang dicampak pula berat sekitar 80 - 100kg. Nama Tok janggut memang terkenal ketika zaman itu , Sehinggakan MB Selangor sendiri menjemput Tok Janggut Gerik ketika Tragedi 13 Mei 1969.
Tok Janggut juga telah menulis beberapa kitab pati rahsia perubatan melayu, kitab amalan pendekar (Kaf 40 dalam bahasa Ibrani) yang pernah menjadi kontroversi bagi pengamal yang pernah mempertikai kandungan Kaf 40. Namun segala kontroversi mengenai kitab Kaf 40 itu telah dirungkai oleh Tuan Guru Pak Teh Yang Dipertua pondok Pak Teh Pengkalan Hulu. Isi kandungan Kitab Kaf 40 merupakan terjemahan kitab dalam bahasa Ibrani yang bukan calang orang yang boleh mengarang kitab tersebut. Maka Pak Teh yang juga salah seorang ahli majlis fatwa Agama Islam negeri Perak telah menyatakan kitab tersebut boleh digunapakai sebagai amalan harian.
Bissirril Al-Fatihah
Pejuang Melayu
Tok Janggut Gerik
0 Ulasan