Peradaban
Yang Kian Dilupakan ; Falsafah, Ilmu Dan Petua Memancing Orang Melayu Zaman
Dahulu
Orang Melayu
adalah bangsa yang sinonim dengan laut atau alam air. Dikalangan primubumi di
Alam Melayu sendiri. Orang Melayu dikenali sebagai bangsa laut. Malah peradaban
orang Melayu itu sendiri bermula dan berkait rapat dengan laut. Sebagai bangsa
yang mempunyai peradaban hebat berkaitan laut atau alam air sudah pasti
kehidupan mereka pada masa dahulu tidak dapat dipisahkan dengan alam air.
Peradaban orang Melayu pada masa dahulu bukan lah suatu peradaban yang ringkas.
Ianya adalah sebuah peradaban yang cukup komplek dan rumit. Dimana peradaban
mereka meliputi semua pekara dari sekecil dan sebesar pekara.
Falsafah
ilmu memancing purba orang Melayu ini turut meliputi penggunaan umpan, teknik
yang sesuai mengikut tempat dan jenis ikan yang mahu dipancing. Sebagai contoh
untuk memancing ikan haruan di tali air yang mempunyai banyak rumpai air. Maka
umpan yang digunakan adalah katak, teknik pancing menggunakan teknik tundaan
dan henjutan katak adalah sesuai. Malah perlu menggunakan buluh dan tali yang
kuat. Hal ini adalah ikan haruan besar mempunyai daya yang kuat sehingga
pancing buluh patah dan tali pancing gulung putus.
Selain itu,
terdapatnya kitab ilmu memancing nenek moyang kita dahulu yang didalamnya
mengumpulkan dan membahaskan bukan sahaja tenik memancing, cara memancing,
umpan, jenis pancing, petua, pantang larang, kesesuaian masa, penentuan
kawasan, lubuk dan mengesan ikan. Malah kitab ilmu memancing ini juga turut
meliputi doa-doa dari Al -Quran dan amalan para nabi bagi menarik ikan untuk dipancing. Malah terdapat juga
kitab yang menggunakan mantera atau azimat yang digunakan untuk memancing ikan.
Kesimpulannya,
peradaban nenek moyang kita dahulu adalah cukup rumit sekali kerana ianya
melibatkan pelbagai ilmu seperti astronomi, meteorlogi, geografi, navigasi,
teori, amali, falsafah, rohani dan mistik bagi sesuatu pekara termasuklah bagi
aktiviti memancing. Malah tidak keterlaluan saya katakan bahawa tiada bangsa
didunia ini yang mempunyai peradaban yang serumit nenek moyang kita dalam
pelbagai pekara termasuklah aktiviti memancing atau menangkap ikan pada masa
dahulu.
0 Ulasan