Dia lahir di Basel, Switzerland pada tahun 1954. Seorang budak yang pendiam dan rendah diri, Bruno menunjukkan kecenderungan terhadap dunia outdoor dan sentimen ‘anti-establishment’ sejak kecil lagi. Ketika berumur 18 tahun, dia menolak untuk menghadiri latihan militari negara dia (ala-ala Pusat Khidmat Latihan Negara kita lah) sebab dia percaya dengan prinsip anti-keganasan (seperti yang digunakan Mahatma Gandhi). Oleh sebab keengganan dia tu, 4 bulan dia duduk penjara.
Lepas keluar penjara, dia jadi penggembala di Banjaran Switzerland selama 12 tahun sebelum meneroka Asia Tenggara untuk mencari erti “asas kemanusiaan” dan juga “manusia yang masih sangat dekat dengan alam semulajadi”. Pada mulanya, dia tinggal dengan beberapa petani di Bangkok, dan kemudiannya pergi ke Kelantan dan Terengganu. Di sinilah tuan rumahnya mendedahan tentang kewujudan suku Penan di Sarawak – kaum pribumi yang masih tinggal di tengah2 hutan Sarawak, jauh dari ketamadunan. (Tapi ada kisah lain yang kata Bruno sebenarnya dapat tahu tentang suku Penan dalam sebuah perpustakaan.)
Dia menyertai ekpedisi Gunung Mulu pada tahun 1984 dan lepas tu sambung masuk hutan seorang diri. Namun percubaan pertama ni kurang berjaya sebab dia kehabisan makanan dan lepas tu jatuh sakit akibat makan ‘palm heart’. Tapi akhirnya dia jumpa jugak orang Penan berhampiran dengan hutan Limbang.
DIA MEMUTUSKAN UNTUK TINGGAL DENGAN MEREKA SELAMA 6 TAHUN!
Suku Penan ni adalah kelompok yang bergantung hidup kepada sumber dalam hutan hujan. Antaranya adalah dengan memakan buah-buahan dan tumbuh2an dan memburu dengan menggunakan sumpitan. Suku Penan hidup dalam komuniti yang sangat sama rata. Sampaikan perkataan terima kasih pun tak wujud sebab dah biasa sangat berkongsi sesama sendiri! Masa ni, Bruno tak faham apa-apa perkataan diorang, jadi dia pun ikut lah diam2.
Bruno ni memang sangat tebal mukanya. Boleh dia ikut kumpulan Penan ni macam kucing kehilangan tuannya. Tapi, lepas beberapa minggu, akhirnya dia diterima sebagai sebahagian dari mereka.Pada mulanya, suku Penan melayan Bruno macam budak kecik. Ye la, nak lipat daun jadi sudu pun Bruno tak reti. Namun akhirnya dia belajar hidup macam diorang, seperti makan na’o (sejenis kanji dibuat dari tepung sagu), memburu, memancing dan memakai cawat tradisi Penan.
Suku Penan sangat selesa dengan Bruno, dan dia mendapat gelaran Laki Penan. Pemimpin suku Penan, Along Sega, melayannya seperti anak sendiri. Bila media dapat tahu, diorang memanggil Bruno sebagai Tarzan Orang Putih dan selalu memanggilnya bodoh sebab tetiba nak jadi orang asli sampai mengahwini dua orang Penan (dakwaan ini disangkal). Dia jugak memang rajin sungguh tulis nota. Dia mencatat tentang benda yang dipelajari ketika berada di dalam hutan, masa melukis benda2 yang di sekeliling.Dalam nota ni ada tertulis cara hidup Penan yang Bruno kagum sangat2.
“Saya tidak pernah melihat sekalipun dua orang Penan bergaduh sesama sendiri. Saya tidak melihat langsung seorang menjerit terhadap yang lain. Saya tidak sekalipun lihat seorang…. disampuk ketika berbicara.” – Dipetik dari nota-nota yang ditulis Bruno Manser. Bruno kata dia rasa seperti ‘seorang anak dalam perut ibunya’ dan telah berjumpa dengan syurga di dunia. Tapi sebab ini jugaklah, Bruno telah menggadai nyawa untuk melindungi ‘syurga’ ini..
BRUNO MENJADI SEORANG AKTIVIS DAN PEMBELA NASIB PENAN
Bruno menemui syurga dunia ni ketika ia melalui tempoh perubahan yang besar dan sangat mencabar. Syarikat pembalakan telah mula masuk ke kawasan-kawasan sekitar Suku Penan. Dia mula mencari suku-suku lain dalam hutan hujan ini untuk menyatukan mereka dalam perjuangan mempertahankan tanah mereka.Selain dari mengatur mesyuarat, dia juga seolah2 merangkap sebagai seorang setiausaha kerana dia sorang saja dari geng Penan ni semua yang pandai membaca dan menulis. Melalui mesyuarat2 inilah dia mengajar orang Penan tentang hak2 mereka. Tak cukup dengan tu, Bruno bersama dengan Along Sega membina sekatan dalam cubaan menghentikan jentolak2 luar.
Tak lama lepas tu Bruno pun jadi target pihak2 tertentu, sampaikan ada ganjaran sebanyak RM 500,000 diletakkan atas kepala dia. Nak memburukkan keadaan, visa pelancongnya dah expire daripada tahun 1983 lagi.“Suatu perkara yang sangat menyedihkan bila yang miskin dieksploitasikan oleh yang kaya. Tanpa rasa malu, mereka memijak2 kepala orang2 Penan ni. Sepuluh tahun dari sekarang, tempat2 yang belum diterokai akan dimusnahkan melainkan ada pihak yang menghentikannya.” – Dipetik dari nota-nota yang ditulis Bruno Manser.
Akhirnya, dia perlu balik Switzerland sebab ibu-bapanya jatuh sakit. Tapi kat sana pun dia masih mampu menolong suku Penan. Percubaan pertamanya dalam stunt-activism adalah di persidangan G7 di mana dia memanjat tiang lampu setinggi 30 kaki untuk menggantung banner. lepas dia buat mogok lapar di luar bangunan Istana Diraja Switzerland yang meminta pengharaman import balak. Dengan bergantung pada cangkuk kat line kereta kabel, dia bergerak selaju 140 km/j untuk gantungkan banner “Selamatkan Hutan Hujan” di Jerman.
Selain dari mendapat perhatian media, perjuangannya juga menjadikannya musuh kepada Ketua Menteri Sarawak ketika itu. “Diharapkan orang luar tidak akan campur tangan dalam hal-ehwal dalam negeri Sarawak, terutamanya orang seperti Bruno Manser. Kerajaan Sarawak tidak ada apa-apa untuk disembunyikan. Komuniti kami adalah komuniti yang terbuka dan liberal.” – Taib Mahmud.
Perbalahan ini berlangsung lebih dari satu dekad. Pada tahun 1998, dalam usaha untuk mencapai kata sepakat, Bruno menawarkan dirinya untuk bekerjasama dalam melindungi suku Penan. Malangnya, pejabat Taib tidak membalas balik pelawaannya. Jadi, Bruno pun memutuskan untuk menggunakan langkah2 yang lebih drastik! Rakaman detik Bruno pada permulaan rancangannya untuk mendarat di kediaman Taib Mahmud. ( Imej screenshot dari Bruno Manser, LAKI PENAN)
Pada 1999, Bruno senyap2 masuk Kuching siap pakai sut lagi. Dia sewa paraglider untuk mendarat di rumah Taib Mahmud waktu Hari Raya, untuk memberikan sebuah kambing mainan sebagai tawaran perdamaian. dia masuk penjara dan kena hantar balik ke Switzerland, tapi tindakan ni menarik ramai perhatian.Selepas mendapat tahu tentang tindakan Bruno, Al Gore mengkritik aktiviti pembalakan di Sarawak. Putera Charles pula menggelar layanan terhadap suku Penan sebagai kemusnahan etnik.
Ia mendapat liputan pelbagai saluran antarabangsa termasuklah BBC, National Geographic, dan Primetime Live. Skrip filem mula ditulis oleh Universal Studios dan Warner Bros. Suku Penan juga menerima coverage dalam Newsweek, Time, dan The New Yorker.” tapi, dedikasi Bruno semakin lama semakin lemah. Dia sedar yang semakin ramai keluarga Penan terpaksa menjual tanah masing2 kerana kesempitan wang. Barulah Bruno sedar yang dia akhirnya tetap gagal membawa perubahan di kawasan perhutanan di Sarawak.
USAHA BRUNO UNTUK KEMBALI KE SARAWAK, BUAT KALI YANG TERAKHIR
Pada tahun 2000, Bruno cuba masuk ke Sarawak sekali lagi. Bermula dari Kalimantan, Indonesia, dia trekking all the way ke Sarawak melalui hutan yang sangat tebal sehingga sampai ke sempadan Sarawak-Kalimantan. Dari sana, cuma dia dan Nari (seorang lelaki Penan) yang memilih untuk menyambung perjalanan tu. Untuk girlfriend-nya di Switzerland pulak, Bruno ada menulis poskad yang berkongsikan tentang kesakitan rusuknya. Selepas sampai ke gunung yang terakhir, Bruno memberitahu Nari yang dia nak daki Batu Lawi sendiri. selama beberapa tahun, banyak kumpulan yang berkerjasama dengan suku Penan untuk mencari Bruno Manser, tapi sampai sekarang pun tak jumpa jejak. Ada khabar angin mengatakan sama ada dia dalam persembunyian ataupun berlakunya perbuatan khianat.
Pada 10 Mac 2005, Mahkamah Switzerland secara rasminya mengumumkan dia telah meninggal dunia (legally dead). namun begitu, dana bruno (BMF) masih wujud dan bertahan sebelum kehilangannya, dia berjaya menubuhkan Bruno Manser Funds untuk mengiatkan usaha pemuliharaan di Sarawak. Dana ini disalurkan ke dalam kempen2 pemuliharaan hutan hujan tropika yang terancam dan bertungkus-lumus dalam memastikan hak2 penghuni hutan hujan dihormati.BMF berjaya berkempen untuk menghentikan pembinaan empangan di rantau Baram, Sarawak sehinggakan inisiatif pemuliharaan dimulakan di kawasan yang sama.
Walaupun kehilangannya masih satu misteri, apa yang bukan misteri adalah dedikasi Bruno dalam membantu suku Penan. Semangatnya dalam membantu orang yang memerlukan patut menjadi satu inspirasi kepada kita.Cita2 dan misinya masih boleh kita capai, kalau kita semua boleh bersatu dalam mendedahkan cabaran dan kesusahan yang dihadapi suku Penan dan jugak kemusnahan alam sekitar di Sarawak. Kalau orang Barat yang tiada pertalian darah di sini pun boleh korbankan nyawanya untuk kesejahteraan alam semula jadi kita, takkan kita nak duduk berdiam diri sahaja?
Sekian...
Movie : https://afc.vhx.tv/videos/paradise-war-the-story-of-bruno-manser
Bruno Manser
#OldStoryOfBrunoManser
0 Ulasan