Ok,
seperti mana yang telah diwar-warkan oleh beberapa pages sejarah tentang
perubahan tahun kewujudan Sungai Batu. Terkini, Pusat Penyelidikan Arkeologi
Global USM telah mengumumkan perubahan tahun wujudnya Tapak Sungai Batu ialah
pada tahun 788 SM berbanding yang direkodkan adalah tahun 587 SM. Ini bermakna,
Tamadun Sungai Batu telah mewakili Kedah Tua sebagai tamadun yang maju seiring
dengan kegemilangan tamadun dunia yang lain.
Maka,
artikel kali ini aku akan menceritakan serba sedikit beberapa tamadun dunia
yang berada dalam kronologi masa Tamadun Sungai Batu. Antaranya ialah:-
TAMADUN
ASSYRIA
Golongan
Assyria mengambil nama mereka dari Assur, iaitu bandar yang terletak di Sungai
Tigris, iaitu di Timur Utara Syria. Mereka merupakan orang yang berkuasa di
Timur Dekat. Kira-kira pada 900 SM, kerajaan Assyria telah ditubuhkan. Assyria,
dengan pusat yang begitu terkenal dan berjaya, iaitu di Nimrud, Khorsabad dan
Nineveh, telah ditempatkan di dalam kota dengan struktur kemaharajaan dan
meliputi kawasan di antara Sungai Tigris ke Nil dan dari Terluk Parsi ke Asia
Kecil.
Shalmaneser
III (858 SM–823 SM), mempunyai pemerintahan panjang selama 34 tahun, apabila
ibukota Assyria telah bertukar kepada kem bersenjata. Setiap tahun tentera
Assyria mara keluar darinya untuk merompak dan memusnah. Babylon telah dijajah,
dan Babylonia dikurangkan ke orang pesuruhan. Dia bertempur terhadap Urartu,
dan marakan satu tentera terhadap perikatan negeri Syria diketuai oleh Benhadad
dari Damsyik, dan termasuk Ahab, raja dari Israel, pada Pertempuran Qarqar pada
(854 SM). Meskipun huraian Shalmaneser 'mengalahkan penentangan', ia kelihatan
pertempuran berakhir dalam kebuntuan, laksana pasukan Assyria telah berundur
selepas itu.
Shalmaneser
ambil semula Carchemish pada 849 SM, dan pada 841 SM marakan satu tentera
terhadap Hazael, Raja dari Damsyik, mengepung dan ambil kota itu. Dia juga
dibawa dibawah penghormatan Jehu dari Israel, Tyre, dan Sidon. Tugu hitamnya,
dijumpai di Kalhu, merekodkan banyak eksploit tentera dari pemerintahannya.
Sedikit akhir tahun dari hidupnya telah diganggu oleh pemberontakan dari anak
sulung lelakinya yang hampir terbukti malapetaka. Assur, Arbela dan tempat lain
sertai pembohong, dan pemberontakan telah dimansuhkan dengan kesukaran oleh
Shamshi-Adad V, anak lelaki kedua Shalmaneser, yang kemudian menggantikannya
(824 SM).
Abad
berikutan, Assyria sekali lagi mengalami kemerosotan bandingan, terhutang ke
pemerintah lebih lemah (termasuk Ratu Semiramis) dan satu kemunculan semula
dalam perkembangan oleh Urartu. Pengecualian yang penting ini adalah
Adad-Nirari III (810 SM–782 SM), yang menawan Damsyik pada 804, membawa Syria
di bawah penghormatan sejauh selatan seperti Samaria dan Edom, dan yang mara
terhadap Medes, mungkin jadi malah menembusi ke Laut Kaspia.
TAMADUN
YUNANI
Yunani
berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi
oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean. Tamadun ini bermula dengan pembentukan
petempatan manusia yang dikenali sebagai negara kota atau Polis. Negara kota
terbentuk hasil gabungan beberapa buah penempatan dan bandar pada sekitar tahun
1000-800 SM. Terdapat banyak negara kota pada zaman Yunani dan setiap negara
kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian dan di
dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil dan istana.
Walaupun
terdapat banyak negara kota di Yunani tetapi yang paling menonjol ialah Athens,
Sparta dan Corinth. Ketiga-tiga negara kota tersebut terletak berhampiran
dengan Laut Mediterranean. Setiap negara kota memiliki corak pemerintahan dan
undang-undang tersendiri selain turut memiliki beberapa tuhan.
Salah
satu fakta yang popular adalah Sukan Olimpik. Asal Sukan Olimpik tidak lagi
diketahui tetapi banyak lagenda tertulis bersama sama sukan ini. Sambutan
pertama Sukan Olimpik yang direkodkan adalah pada 776 SM, walaupun tarikh ini
bukanlah kali pertama Sukan Olimpik diadakan. Pada masa itu, hanya satu sahaja
acara yang dipertandingkan.
Sejak
itu, sukan mula menjadi penting dalam Yunani Purba dan mencapai kegemilangannya
pada abad ke-6 dan ke-5 SM. Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu
sebagai penghormatan kepada Dewa Zeus (patung besarnya ada di bandar Olympia).
Pemenang sukan ini akan dihormati dan diabadikan dalam puisi dan dijadikan
patung.
Sukan ini
semakin hilang kepentingannya dengan penaklukan Rom ke atas kaum Yunani.
Apabila agama Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom, Sukan Olimpik dianggap
sebagai suatu amalan orang tidak beragama (pagan), maka Maharaja Theodosius
mengharamkan pertandingan ini pada tahun 393 M, menandakan berhentinya sukan
Olimpik selama ribuan tahun sehinggalah ia diadakan semula pada abad ke-19.
Dua
tamadun ini telah menunjukkan kegemilangan dan kebangkitan beberapa siri
peradaban kaum yang melibatkan antara satu sama lain, begitu juga dengan
Tamadun Sungai Batu. Dibawah ini adalah kronologi tahun mengikut beberapa
tamadun.
= 797 SM
- Ardysus I menjadi Raja Lydia.
= 797 SM
- Thespieus, Raja Athens, mangkat selepas memerintah selama 27 tahun, dan
diwarisi oleh anak lelakinya, Agamestor.
= 783 SM
- Shalmaneser IV mewarisi bapanya, Adad-Nirari III, sebagai Raja Assyria.
= 782 SM
- Pengasasan Erebuni di bawah perintah Raja Argishtis I di kawasan Yerevan
kini.
= 782 SM
- Kemangkatan Raja Xuan dari Zhou, Raja Dinasti Zhou di China.
= 781 SM
- Raja You dari Zhou menjadi Raja Dinasti Zhou di China.
= 780 SM
- Gerhana suria bersejarah yang pertama dicatatkan di China.
= 778 SM
- Agamestor, Raja Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 17 tahun, dan
diwarisi oleh anak lelakinya, Aeschylus.
= 776 SM
- Sukan Olimpik pertama yang dicatat. Sejarah Sukan ini dipercayai bermula
sejak abad ke-13 SM lagi, tetapi rekod yang lebih awal tidak wujud.
= 774 SM
- Keakhiran pemerintahan Pygmalion dari Tyre.
= 773 SM
- Kemangkatan Shoshenq III, Raja Mesir.
= 773 SM
- Ashur-Dan III mewarisi abangnya, Shalmaneser IV, sebagai Raja Assyria.
= 771 SM
- Keakhiran Dinasti Zhou Barat di China apabila puak-puak gasar
"barat" menjarah ibu kota Hao dan membunuh Raja You dari Zhou. Putera
Mahkota Ji Yijiu melarikan diri dan kemudian memerintah sebagai Raja Ping dari
Zhou.
= 770 SM
- Permulaan Dinasti Zhou Timur di China apabila Raja Ping menjadi raja Zhou
yang pertama untuk memerintah dari Chengzhou, ibu kota baru di Luoyang kini.
Tamadun
Sungai Batu di Kedah Tua adalah tapak pengeksport besi ke seluruh benua kerana
penemuan beberapa tapak peleburan besi dan tuyere. Tambahan pula, ketika itu di
Asia Tenggara berada dalam Era Zaman Besi (1200-200 SM), satu zaman permulaan
kepada peleburan besi setelah berakhirnya Zaman Logam (Bronze Age). Disebabkan
itulah, Kedah Tua banyak panggilan nama di dalam pelbagai catatan purba. Inilah
salah satu bukti yang ditunjukkan pada masyarakat Malaysia tentang peradaban
yang gah sewaktu ketika dahulu.
Nota:-
Pemberitahuan ini agak mengembirakan untuk para pengkaji dan pencinta sejarah.
Namun, bagi aku masih rasa sangsi. Adakah perubahan terbaru ini akan memberi
kesan kepada anjakan paradigma terhadap Tapak Sungai Batu atau sekadar kawasan
yang 'hidup segan mati tak mahu'? Ya, memang diakui Sungai Batu tidak ada
binaan yang tinggi, membolehkan para pelawat ber'selfie' namun itulah
realitinya pabila kehendak netizen itu tiada dalam senarai mereka.
Allahuakhbar.
Jadi,
mohon pada masyarakat sebarkan lah cerita Tapak Sungai Batu dan Lembah Bujang
sebagai satu destinasi keluarga dan para pelajar untuk tambah pengetahuan
sejarah Tamadun Purba Kedah Tua. Rasai sendiri pengalaman berada disana sambil
berpeluang berekskavasi dengan barang-barang lama. Apapun, Kedah Tua ternyata
sebagai satu Tamadun Tertua di Asia Tengggara dan Dunia. Sekian.
Mohon
maaf artikel kali ini agak panjang lebor.
Selamat membaca!
#sungaibatu
#lembahbujang
#kedahtua
#hebat
Sumber : Whatsapp Groups
Sumber : Whatsapp Groups
0 Ulasan