Benarkah Nabi dari Bangsa Yahudi hanya ada tiga orang menurut sebuah perkumpulan?
(1) Zakaria
(2) Yahya
(3) Isa
Padahal mengikut ilmu Islam, tidak ada seorang Nabi pun yang muncul dari kalangan kaum Yahudi.
Tidak ada dan mustahil akan ada!
PENAMAAN ISTILAH YAHUDI
Nash tidak merujuk Yahudi kepada Bangsa tetapi mewakili sebuah agama. Kerana itu, acapkali nama Yahudi digandingkan dengan nama Nasrani.Kata Nasrani hanya muncul setelah kewafatan Nabi Isa, yang merujuk kepada para pengikut baginda, lantaran Nabi Isa lahir di Nazaret.
Pada hari ini, Nasrani lebih dikenal sebagai Kristian, iaitu golongan yang mengikuti Kristus, atau semakna dengan Al Masih dalam istilah Islam.
Mari kita lihat beberapa dalil nash yang wujud:
Allah berfirman dalam Al Quran dengan menyebut kata Yahudi secara jelas:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpinmu; sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim". (Al Ma'idah: 51)
Manakala Nabi juga bersabda:
"Demi dzat yang jiwa Muhammad ditangan-Nya. Tiada seorangpun dari umat ini yang mendengar seruanku, baik Yahudi mahupun Nasrani, tetapi dia tidak beriman kepada seruan yang aku sampaikan, kemudian dia mati, pasti dia termasuk sebagai penghuni neraka". (HR Muslim)
Lihat, bagaimana agama Nasrani sering diletak bersebelahan dengan kalimat Yahudi, sehingga ia membawa makna Yahudi itu adalah sebuah agama.
Mari kita perhatikan hadis dibahawa, yang Nabi ucapkan kepada para Sahabat untuk pertama kali, namun mencakup kepada seluruh umat Islam sehingga akhir zaman.
Bukankah ketika Nabi hidup, para Sahabat itu terdiri dari pelbagai bangsa. Ada dari bangsa Afrika, ada dari Romawi, ada dari Parsi.
Malah kita di Nusantara ini yang menganut Islam terdiri dari pelbagai bangsa!
"Kalian benar-benar akan membunuh kaum Yahudi, sampai-sampai mereka bersembunyi di balik batu, maka batu itupun berkata:" wahai hamba Allah, ini ada Yahudi di belakangku, bunuhlah dia!"." (HR Al Bukhari & Muslim)
Dan hadis di bawah sangat jelas hingga tak terbantak, menunjukkan bahawa Yahudi itu adalah agama.
"Orang-orang Yahudi telah berpecah belah dalam 71 kelompok dan Nasrani berpecah belah menjadi 72 kelompok serta umat ini akan pecah menjadi 73". (HR Al Tirmizi)
PEMANGGILAN GELAR BANI ISRAEL
Sementara dalam Islam terutama ketika membaca Al Quran atau Hadis, kadang kita terjumpa perkataan Bani, seumpamanya:- Bani Adam
- Bani Israel
- Bani Ishaq
- Bani Asfar
- Bani Tamim
Sesungguhnya kalimat bani itu merujuk kepada anak keturunan atau juga membawa maksud bangsa. Contohnya Bangsa Melayu sering disebut sebagai Bani Jawi.
Lihatlah Allah berfirman dalam Al Quran tentang Bani (anak keturunan) Israel:
"Dan (ingatlah) ketika Isa Putra Maryam berkata: "Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, iaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)". Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti kebenaran, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata"." (As Shaff : 6)
Namun Allah telah nyatakan bahawa anak keturunan Nabi Israel ini kelak akan membuat kerosakan di dunia, terutama merosakkan agama Allah:
"Dan telah Kami telah tetapkan terhadap Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar". (Al Isra: 4)
Antara punca kejahatan mereka kerana tabiat dan hati mereka telah rosak.
"Dan tanyakanlah kepada Bani Israil tentang negeri yang terletak di dekat laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabtu, di waktu datang kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka terapung-apung di permukaan air, dan di hari-hari yang bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami mencoba mereka disebabkan mereka berlaku fasiq". (Al A’raaf: 63)
Kejahatan anak keturunan Nabi Israel tidaklah menjejaskan kemuliaan Nabi Israel. Sama sekali tidak. Sebagaimana kejahatan yang dilakukan oleh anak keturunan Nabi Adam, terutamanya Qabil yang pertama kali membunuh, langsung tidak mencarik nama baik Nabi Adam.
Kesimpulannya Yahudi adalah agama dan Bani Israel adalah bangsa.
*
0 Ulasan