Nusaybah merupakan salah seorang daripada serikandi Islam dan merupakan pejuang Muslimah Islam yang pertama. Beliau turut serta dalam Perang Uhud, Perjanjian Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah serta menyaksikan Bait al-Aqabah.
Nusaybah binti Kaab dikenal dengan julukan Ummu Umarah. Nusaibah merupakan anak perempuan kepada Kaab bin Amr dan Rubab binti Abdullah bin Habib. Beliau memiliki dua orang saudara iaitu Abdullah bin Kaab dan Abu Laila Abdurrahman bin Kaab.
Nusaybah berkahwin dengan Zaid ibn Asim. Dari pernikahannya, beliau memiliki dua orang anak iaitu Abdullah dan Habib. Pada suatu hari, Zaid pulang dengan gembira. Zaid bercerita, bahwa ia baru saja mendengar dari Mus'ab ibn Umair, seorang penduduk Makkah utusan Muhammad ibn Abdullah tentang bangkitnya seorang Rasul di dalam kalangan kaum Quraisy. Beliau bercerita tentang Muhammad, seorang Rasul yang tetap tegar berda'wah walaupun dimusuhi kaumnya. Cerita itu sangat menyentuh hati Zaid.
Kemudian Zaid berkata, "Demi Allah, saya tidak hanya hairan mendengar cerita itu, tetapi saya beriman dan bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah. Andai kata kedua telingamu mendengarkan cerita Mus'ab tentang Muhammad dan da'wahnya, nescaya engkau tidak akan mengingkarinya."
Mendengar perkataan suaminya, hati Nusaybah tergerak. Kemudian dengan penuh keharuan ia berkata : "Saya beriman kepada Allah sebagai tuhan dan Muhammad sebagai nabi." Kemudian keduanya berjanji untuk melakukan bai'at pada musim haji yang akan tiba beberapa saat kemudian.
Saat musim haji tiba, rombongan dari Madinah datang ke Mekkah. Mereka kemudian dipertemukan oleh Mus'ab dengan Rasulullah dan melakukan bai'at. Nusaybah dan suaminya termasuk orang yang ikut berbai'at kepada Nabi dalam keheningan malam di Aqabah.
Setelah peristiwa itu, Nusaybah dan suaminya beserta rombongan dari Madinah kembali pulang. Beberapa saat kemudian, Rasulullah berhijrah ke Madinah dan menjadikan Madinah sebagai pusat da'wah dan pemerintahan.
Nusaybah, suami dan kedua putranya adalah orang-orang yang senantiasa istiqamah dengan keimanan mereka dan membantu da'wah Rasulullah. Saat Perang Badar, Abdullah putranya ikut berjuang dengan gagah berani menegakkan panji-panji Islam sampai umat Islam mendapat kemenangan. Tidak lama usai kembalinya pasukan dari Perang badar, Zaid meninggal dunia
Nusaybah kemudian dilamar oleh Ghaziyah bin Amr. Dari pernikahannya dengan Ghaziyah, Nusaybah mempunyai dua orang anak iaitu Tamim bin Ghaziyah dan Khawlah binti Ghaziyah. Kesibukan Nusaybah mengurus rumah tangga, suami dan anak-anaknya tidak membuatnya mengurangi peranannya dalam da'wah dan perjuangan umat Islam.
Nusaybah bersama suami dan putra-putranya ikut dalam Perang Uhud, Perjanjian Hudaybiah, Perang Khaibar, Perang Hunain dan Perang Yamamah. Dalam berbagai pertempuran itu, Nusaybah tidak hanya membantu mengurus logistik dan merawat orang-orang yang terluka. Lebih dari itu, beliau juga terjun ke medan perang dan mengangkat senjata untuk melindungi Rasulullah. Ketika perang Uhud, Nusaybah menderita dua belas luka pada tubuhnya dengan luka paling parah di bahagian lehernya. Bahkan pada Perang Yamamah, selain mendapat sebelas luka, tangannya juga dipenggal oleh musuh.
Setelah Rasulullah meninggal dunia, sebahagian kaum muslimin kembali murtad dan enggan mengeluarkan zakat. Abu Bakar As-Shiddiq yang menjadi khalifah pada waktu itu segera membentuk pasukan untuk memerangi mereka. Abu Bakar mengirim surat kepada Musailamah dan menghantar Habib sebagai utusannya. Musailamah memerintahkan Habib untuk menyatakan bahwa ia adalah utusan Allah. Namun Habib menolaknya dengan alasan bahwa ia tuli.
Musailamah yang merasa marah akhirnya menyiksa Habib dengan memotong anggota tubuhnya satu persatu sampai syahid. Meninggalnya Habib meninggalkan luka yang dalam di hati Nusaibah. Pada Perang Yamamah, Nusaybah dan puteranya Abdullah ikut memerangi Musailamah sampai ia tewas di tangan mereka berdua.
Beberapa tahun setelah peristiwa Perang Yamamah , Nusaibah meninggal dunia. Sedangkan Abdullah anaknya syahid bertahun-tahun kemudian saat mempertahankan Kota Madinah.
Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari dikejar musuh.
Kesungguhan Nusaybah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Umarah (Nusaybah) berperang dihadapanku.”
Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Beliau mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh.
Rasulullah yang melihat peristiwa itu merasa terharu. “Wahai Ummu Umarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” kata Rasulullah kepadanya.
Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang.
“Ya, Ummu Umarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah.
Kemudian, Nusaybah dengan bantuan beberapa tentera Muslimin berjaya membunuh orang itu. Melihatkan keadaan ini, Rasulullah berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah menenangkanmu dan menggembirakan hatimu daripada musuhmu serta memperlihatkan balas dendammu dihadapanmu.”
Ketika Perang Uhud ini, Nusaybah mengalami luka yang banyak, terutamanya di bahagian bahu. Rasulullah meminta Abdullah, anaknya untuk mengikat luka tersebut sambil berkata, “Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kamu semua.”
Nusaybah mendengar kata-kata Rasulullah itu. “Ya Rasulullah! Mohonlah kepada Allah agar kami boleh menemanimu di syurga nanti,” kata Nusaibah.
Maka Rasulullah pun berdoa, “Ya Allah! Jadikalnlah mereka semua ini penemanku di syurga kelak.”
“Aku tidak akan mengeluh setiap musibah yang menimpa diriku di dunia ini,” kata Nusaybah sebagai membalas.
Perang terakhir yang diikuti oleh Nusaybah ialah Perang Yamamah. Perang ini berlaku ketika pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq bagi memerangi orang-orang murtad yang diketuai oleh Musailamah Al-Kazzab.
Nusaybah berperang dengan sesungguh hatinya walaupun ketika itu sebelah tangannya telah putus. Ketika tentera Islam berjaya membunuh Musailamah dan para pengikutnya, beliau bersujud kepada Allah sebagai tanda kesyukuran akan berakhirnya fitnah tersebut.
Nusaybah dikurniakan Allah dengan pelbagai kelebihan yang tiada pada orang lain. Ketika Rasulullah mencukur rambutnya di Al-Hudaibiyyah, para sahabat berusaha mendapatkan rambut tersebut. Nusaybah mengambil beberapa helai rambut dan air cucian rambut ini digunakan oleh pesakit untuk mandi dan minum. Dengan izin Allah, pesakit itu sembuh.
Ketika Perang Yamamah, tangan beliau dipenggal. Apabila seorang yang sakit datang menemuinya, Nusaybah akan mengusap si pesakit menggunakan tangannya yang kudung itu sambil berdoa supaya sembuh. Dengan izin Allah, pesakit itu sembuh.
0 Ulasan