Mohamad Azmi Mat Rashid, [11.05.20 07:57]
NEGARA2 YANG DIASASKAN OLEH KETURUNAN NABI SAM BIN NABI NUH
Selepas Banjir Besar Nabi Nuh, keturunan Nabi Sam banyak berhijrah di sebahagian besar tanah Asia dan mengasaskan beberapa buah negara dan kota. Salah satu kawasan yg pertama kali dibangunkan oleh keturunan Nabi Sam dari kabilah Iram bin Sam bin Nuh ialah kawasan Yaman.
Kemudian keturunannya yg bernama 'Aad bin Aush bin Iram telah mendirikan sebuah kota bernama Kota Syahr yg merupakan pusat kerajaan pertama sesudah Banjir Besar.
-Damascus (Damsyik) iaitu ibukota Syria telah diasaskan dan dibina oleh Damascus bin Qani bin Malik bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh.
-Hadhramaut pula diasaskan oleh Hadhramaut bin Qahthan bin 'Abir bin Shalikh bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh. -
-Tarim pula telah diasaskan oleh anak Hadhramaut yg bernama Tarim.
-Anthakiya pula mendapat nama sempena nama Anthakiya binti Rum bin al Yafar bin Sam bin Nuh.
-Yathrib (Madinah) pula telah diasaskan oleh keturunan Sam yg bernama Yathrib bin Qaniah bin Maha'il bin Iram bin 'Abil bin Sam bin Nuh.
-Kota Hiraqla di daerah Romawi telah diasaskan oleh keturunan Sam bin Nuh nama nama Hiraqla diambil sempena nama Hiraqla binti al Yafar bin Sam bin Nuh.
-Kota Bawan pula diasas oleh Bawan bin Iram bin Sam bin Nuh.
-Kota Wabar diasaskan oleh Wabar bin Umaim bin Lud bin Sam bin Nuh.
-Khurasan pula diasas oleh Asyur bin Sam bin Nuh.
-Azerbaijan diasas oleh Azerbaijan bin Iran bin al Aswad bin Sam bin Nuh.
-Asfahan dibuka oleh Asfahan bin Lud bin Sam bin Nuh.
-Kota Faris sebuah kota yg luas di timur tengah telah diasaskan oleh Faris bin Madyan bin Iram bin Sam bin Nuh.
-Negara Parsi diasaskan oleh Faris bin Babras bin Yasur bin Sam bi Nuh.
-India diasaskan oleh org2 India, Sindhis dan Bindis dr keturunan Yufir (Ophir) bin Yaqthan bin Abir bin Shalikh bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh.
#MAMR
0 Ulasan