NABI ILYAS

SIRI ANBIYA: NABI ILYAS                      

Nabi Ilyas merupakan seorg Nabi dan Rasul yg ke-17 mengikut senarai 25 Rasul. Beliau merupakan anak kepada Yasin(Tishbi) bin Nabi Finhas(Phinehas) bin Al-Aizar(Elrazar) bin Nabi Harun bin Imran bin Yishar bin Qahith bin Nabi Lawi bin Nabi Yaaqub bin Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim.

Org2 Kristian memanggil beliau dgn nama Elijah sementara org2 Yahudi memanggilnya dgn nama Eliyah.

Beliau berasal dari Desa Tishbeh di Gilead, Israil dan hidup pada zaman pemerintahan Raja Ahab, Raja Ahaziah dan Raja Joram. Beliau diutus oleh Allah Taala kepada kaum Bani Israil dan penduduk di selatan Lubnan dari bangsa Phoenician yg ketika itu menyembah berhala Ba'al.

Di dlm menyampaikan dakwahnya, beliau telah menegur kaum Bani Israil supaya tidak menyembah berhala dan mengajak mereka supaya menyembah Allah. Pada ketika itu, kaum Bani Israil menyembah berhala Ba'al yg dibawa oleh Permaisuri Jezebel(900-843 SM) binti Raja Ethbaal (Ithobaal) bin Raja Abd Ashtart bin Raja Ba'al-Eser I bin Adoniram(Hiram) bin Raja AbiBaal dari Tyre bin Damasichton dari Thebes. Berhala Ba'al adalah sesembahan utama bagi kaum Tyre.

Seruan demi seruan dilakukan oleh Nabi Ilyas kepada kaum Bani Israil tetapi tetap mendapat tentangan dari kaumnya. Seruan beliau membuatkan kaumnya menjadi musuh ketatnya. Raja Ahab mula mengugut untuk membunuh beliau kerana terpengaruh dgn hasutan permaisurinya, Jezebel.

Raja Ahab telah memerintahkan para pengawalnya supaya menangkap Nabi Ilyas. Berita itu telah sampai ke pengetahuan Nabi Ilyas sehingga beliau membuat keputusan utk melarikan diri ke kawasan pergunungan di Semenanjung Sinai.

Semasa dlm kesusahan dan ketakutan itu, beliau berdoa kpd Allah: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah meninggalkan wadah-Mu, meruntuhkan tempat ibadat-Mu dan membunuh para Nabi-Mu dan aku sekarang tinggal seorg sahaja tetapi mereka tetap hendak mengakhiri hayatku".

Ketika dlm perjalanan melarikan diri, beliau sampai di sebuah rumah di pinggir Sungai Jordan. Kebetulan di rumah itu ada seorg belia yg sedang menderita sakit dan belia itu bernama Ilyasa'. Nabi Ilyas meminta izin untuk bermalam sehari dua dari ibu Ilyasa'.

Dengan tangan yg terbuka, ibu Ilyasa' pun menerima permintaan Nabi Ilyas. Pada mlm itu, ibu Ilyasa' pun bertanya tentang latar belakang Nabi Ilyas dan apabila ia mengetahui yg ada di dalam rumahnya adalah seorg Nabi Allah, ibu Ilyasa' meminta pertolongan agar dpt menyembuhkan penyakit yg dihadapi oleh anaknya itu.

Dengan rendah diri, Nabi Ilyas pun setuju untuk menyembuhkan penyakit Ilyasa' lalu beliau pun mengerjakan sembahyang dua rakaat sambil memohon petunjuk.

Setelah mendpt petunjuk, Nabi Ilyas pun merawat penyakit Ilyasa' dan dgn kehendak dari Yang Maha Esa, Ilyasa' pun pulih dr penyakit yg dihadapinya malah lebih bagus dari sebelumnya. Setelah sembuh, Nabi Ilyas pun menjadikan Ilyasa' sebagai anak angkatnya.

Semasa ketiadaan Nabi Ilyas di Kerajaan Israel, Raja Ahab telah memenjarakan seorg Nabi Allah bernama Nabi Makayah kerana mengatakan sesuatu yg benar. Nabi Makayah memberitahu wahyu yg diterimanya kepada Raja Ahab bahawa Raja Ahab akan diberi kemenangan dalam satu peperangan tetapi baginda akan meninggal dunia dalam peperangan tersebut.

Namun Nabi Makayah terpaksa menelan pahit apabila beliau dipenjarakan oleh Raja Ahab. Kezaliman Raja Ahab akhirnya dibalas oleh Allah apabila baginda terbunuh di dalam peperangan seperti mana yg diramalkan oleh Nabi Makayah.

Menurut riwayat, mayat Raja Ahab dihina oleh Allah apabila darahnya dijilat oleh anjing. Setelah kemarahan kaum Bani Israil reda, Nabi Ilyas pun kembali ke rumahnya.

Pada suatu malam, ketika Nabi Ilyas sedang tidur, beliau didatangi Malaikat. Malaikat itu datang menyentuhnya dan berkata: "Wahai Ilyas, bangunlah. Makanlah supaya engkau dapat tahan mengadakan perjalanan yg jauh". Nabi Ilyas pun bangun lalu makan dan minum.

Setelah itu beliau menjadi kuat dan dpt berjalan selama 40 hari lamanya menuju ke Jabal Tsur (Gunung Sinai). Di sana beliau bermalam di dlm gua. Ketika berada di sana, Allah Taala telah mengazab Permaisuri Jezebel dan kaum Bani Israil dgn ditimpa musibah yg berat iaitu berupa gempa bumi yg sgt dahsyat sehingga mereka mati bergelimpangan.

Setelah itu, Allah menyampaikan wahyu-Nya melalui Malaikat Jibril: "Wahai Ilyas, kembalilah dan lantiklah Ilyasa' supaya dia menjadi Nabi utk menggantikan engkau. Jangan engkau berputus asa lagi kerana masih ada 7,000 org dari kaum engkau yg tetap setia kepada-Ku dan tidak pernah sujud menyembah Dewa Ba'al".

Lalu berangkatlah Nabi Ilyas ke rumah Ilyasa' dan apabila sampai di rumah Ilyasa', beliau dapati Ilyasa' sedang membajak dgn menggunakan dua ekor sapi. Ketika beliau berjalan di hadapan Ilyasa', beliau pun melepaskan jubahnya dan melemparkannya ke bahu Ilyasa'.

Kemudian Ilyasa' meninggalkan sapi-sapinya lalu mengikuti Nabi Ilyas setelah dilantik menjadi Nabi. Dikatakan setiap kali Nabi Ilyas menyeru kaumnya, Nabi Ilyasa' kerap mendampinginya. Utk tempoh beberapa tahun kemudian, Nabi Ilyas wafat dan dikebumikan di Nasrabad, Iran.






Sumber Dari Telegram GROUP PARA ANBIYA' (Mohamad Azmi Mat Rashid, [30.04.20 13:37])

Catat Ulasan

0 Ulasan