Kelebihan Yasin 7 Mubin Pulangkan Sihir dan Untuk Segala Hajat

Ayat suci Al-Quran adalah mukjizat yang merupakan petunjuk serta senjata yang paling ampuh kepada semua umat Islam yang betul-betul yakin dan beriman kepada Al-Quran. Begitu juga Yasin 7 Mubin pulangkan sihir dan untuk segala hajat yang berada di dalam Al-Quran.
Tidak semua ilmu yang terdapat di dalam Al-Quran boleh dikuasai oleh semua orang. Tetapi jika kita mendalami segala ilmu yang terdapat di dalamnya pasti akan dapat meningkatkan kekuatan iman serta akan lebih dekat dengan Allah.
Walau bagaimanapun, salah satu surah yang terdapat dalam Al-Quran iaitu Surah Yassin mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri dan amat digalakkan untuk dijadikan amalan harian.

Yasin 7 Mubin Pulangkan Sihir Untuk Segala Hajat

Di dalam Surah Yassin pula terdapat Yasin 7 Mubin yang mempunyai perkataan mubin dalam setiap ayatnya iaitu 7 kesemuanya yang sangat banyak khasiat, fadhilat dan kelebihannya yang boleh diamalkan oleh diri kita sendiri.
Antara fadhilat dan kelebihan Yasin 7 Mubin yang mempunyai rahsia yang tersendiri seperti yang dikongsikan di laman Facebook oleh Shafiq Qolbu adalah seperti berikut:
  • Melindungi diri sendiri dari sebarang fitnah atau dzalimi oleh manusia.
  • Untuk pesakit yang tenat dan diberikan minum air yang dibaca surah ini.
  • Dapat mencari barang yang hilang.
  • Untuk dibaca kepada anak-anak yang tidak mendengar kata.
  • Memulangkan sihir kepada mereka yang telah menghantar.
  • Dijadikan sebagai pendinding diri daripada gangguan jin dan syaitan.
  • Dan banyak lagi jika nak dihuraikan.
Sekiranya anda telah mengalami gangguan sihir yang berulang-ulang sehingga memudaratkan serta tidak berkesudahan, anda digalakkan mengamalkan ayat Yasin 7 Mubin pulangkan sihir ini dengan niat untuk menyedarkan dan memberi pengajaran kepada penyihir.
Dengan amalan Yasin 7 Mubin untuk pulangkan sihir ini pasti akan menyedarkan penghantar sihir tersebut serta individu itu akan merasa insaf dan tidak lagi berani untuk menghantar sihir atau menganggu ketenteraman anda sekeluarga nanti.
Untuk kaedah Yasin 7 Mubin pulangkan sihir, anda perlu melakukan beberapa perkara seperti yang dinyatakan di bawah. Anda wajib membuatnya supaya segala hajat anda untuk memulangkan sihir itu berhasil.
1. Bangun ketika di waktu malam, bersihkan diri serta mengambil wuduk.
2. Membuat Solat Sunat Taubat sebanyak 2 rakaat.
3. Menunaikan Solat Hajat dua rakaat dan diakhiri dengan doa agar dijauhkan gangguan sihir.
4. Apabila selesai, baca Surah Yasin sehingga terjumpa perkataan Mubin yang pertama, anda perlu berhenti seketika dan berdoa supaya dipulangkan sihir tersebut kepada mereka yang menghantar atau penyihir berkenaan.
5. Kemudian ulang semula dari awal membaca Surah Yasin sehingga menjumpai perkataan Mubin yang kedua dan berdoa seperti mana yang anda baca doa pada Mubin pertama itu tadi.
6. Anda perlu ulang dan lakukan langkah tersebut dengan membaca semula dari awal Surah Yasin sehingga setiap kali bertemu perkataan Mubin perlu berhenti Mubin yang ke 3, 4, 5, 6 dan yang ke 7 dengan berdoa supaya dipulangkan sihir kepada penyihir serta berniat untuk berikan kesedaran dan pengajaran kepada mereka.
7. Setelah itu, teruskan bacaan Surah yasin yang masih berbaki sehingga ke ayat yang ke 83 iaitu ayat yang terakhir di dalam Surah Yasin.
8. Kemudian tidur, sebelum itu anda perlu membaca Surah Al-Kautsar sebanyak 10 kali diiringi dengan niat meminta atau memohon diberikan petunjuk menerusi mimpi ketika tidur lena nanti. Insya Allah akah berhasil.
Yasin 7 Mubin Mencari Barang Yang Hilang
Sekiranya anda ingin mencari barang yang hilang seperti hilang kenderaan, barang kemas atau apa saja barang berharga, anda boleh amalkan membaca Yasin 7 Mubin ini untuk mendapatkan semula barang yang hilang tersebut.
Walau bagaimanapun, perlu anda ketahui tidak semua barang yang boleh dicari dengan menggunakan Yasin 7 Mubin yang mana ia tidak boleh dibaca untuk cari barang yang tidak berharga seperti buah-buahan dan seumpamanya yang mudah luput.
Namun, diingatkan anda tidak boleh meletakkan harapan atau kebergantungan kepada ayat ini semata-mata, jaga iktikad dan berserahlah kepada Allah SWT. Ia sekadar satu kaedah atau zikir sahaja iaitu satu ikhtiar untuk memohon kepada Allah SWT.
Cara Melaksanakan Yasin 7 Mubin
Setelah anda menyedari barang anda hilang, anda perlu membaca Yasin 7 Mubin ini dengan kadar segera supaya barang yang hilang itu akan dapat ditemui dengan cepat.
Perkara pertama yang perlu dibuat adalah dengan mendirikan Solat hajat sekurang-kurang dua rakaat dengan memohon kepada Allah SWT agar dapat mengembalikan semula barang yang dicuri atau telah hilang itu.
Anda boleh juga membaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan bersungguh-sungguh di dalam hati serta memohon keampunan dari Allah SWT ketika di dalam solat iaitu di sujud terakhir.
1. Mulakan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum membaca Surah Yasin serta selawat ke atas Nabi sebanyak 11 kali. Seterus baca Surah Yasin sehingga bertemu perkataan Mubin yang pertama yang berada pada ayat yang ke 12, wakaf atau berhenti seketika dan berdoa apa yang anda hajatkan.
2. Baca semula Surah Yasin dari awal sehingga terjumpa perkataan Mubin yang kedua iaitu yang berada pada ayat yang ke 17, berhenti dan berdoa.
3. Baca semula Surah yasin sehingga bertemu dengan perkataan Mubin yang ketiga iaitu di ayat yang ke 24 dan berhenti iaitu wakaf dan berdoa perkara yang sama.
4. Bacakan lagi Surah Yasin sehingga bertemu dengan Mubin yang keempat iaitu pada ayat yang ke 47, wakaf dan berdoa.
5. Baca Surah Yasin lagi sehingga bertemu Mubin yang kelima iaitu pada ayat yang ke 60, berhenti dan berdoa.
6. Teruskan membaca Surah Yasin dari awal sehingga ke Mubin yang keenam di ayat yang ke 69 dan berdoa seperti anda lakukan tadi pada Mubin yang kelima.
7. Ulangi semula Surah Yasin sehingga bertemu dengan Mubin yang terakhir iaitu yang ketujuh di ayat ke 77, berhenti dan berdoa dengan doa yang sama.
Setelah itu, anda perlu habiskan bacaan Yasin yang masih berbaki sehingga ke penghujung surah iaitu di ayat yang ke 83 serta disudahi dengan bacaan penutup dan berdoa sebanyak 28 kali selepas selesai bacaan Yassin tersebut.
Walau bagaimanapun, apakah hukum amalan ini jika diamalkan dan dari mana asal usul ibadah ini? Ada yang berpendapat Yasin 7 Mubin pulangkan sihir ini tiada dalil atau nas yang sahih berkaitan dengan amalan ini sama ada ia pernah dibuat oleh Rasulullah SAW atau pun para sahabatnya.
Namun, adalah tidak menjadi kesalahan jika kita jadikan zikir serta doa sebagai salah satu ikhtiar untuk memohon kepada Allah SWT pada setiap keinginan kita berpandukan ayat Al-Quran termasuk ayat Yasin 7 Mubin pulangkan sihir ini.
Oleh itu, anda boleh berniat untuk Yasin 7 Mubin ini sebagai ikhtiar untuk segala hajat anda sendiri atau untuk memulangkan sihir kepada mereka yang menyihir anda. Semoga perkongsian amalan baik ini akan bermanfaat dan membantu anda semua ahli keluarga. Insya Allah.

Sumber :> Media Maklumatby Iskandar Ariffin.

VISIT WEBSITE

Catat Ulasan

0 Ulasan