Detik kelahiran Syeikh Wan Ahmad al Fathani.

Dikisahkan oleh Tuan Guru Haji Wan Husein - Tok Guru Pondok di Yala :

Setelah ulama-ulama Patani banyak mati dibunuh oleh Siam, ada pula yang ditangkap dan dilokap di Bangkok, pada satu malam Panglima Wan Pa bertemu dengan lailatul qadar di perigi Bendang Daya. Malam itu Panglima Wan Pa berdoa agar dari keturunannya ada yang menjadi ahli ilmu untuk menggantikan para ulama Patani yang telah hampir habis. Dipendekkan kisah, bahawa anaknya Muhammad Zain pun berkahwin.

" Tidak berapa lama dia kahwin hamillah isterinya. Ketika hampir cukup bulan kandungannya maka pada satu malam Jumaat, kemudian malam Jumaat lagi, kemudian malam Jumaat lagi jadi tiga kali malam Jumaat secara berturut-turut ibunya Wan Cik bermimpi, bahawa dia melihat isi ubi bertimbun-timbun. Dengan serta merta semuanya pecah berderai. Di mana saja tempat berderainya itu lalu tumbuh menjadi ubi yang baru pula. Oleh sebab mimpi berturut-turut tiga kali serupa dan malam Jumaat pula maka mimpi itu dicari takbirnya kepada alim ulama yang telah mencapai darjat Wali Allah. Akan takbirnya bahawa anak yang dikandung itu akan membawa rahmat, ahli ilmu. Ilmu yang berasal daripadanya akan berkembang lagi. Di mana saja muridnya pergi maka dapat menyebarkan ilmu yang berasal daripadanya. Maklumlah Panglima Wan Pa bahawa doanya telah dikabulkan Allah. Tiba-tiba malam Jumaat yang keempat lahirlah anak yang dikandung itu, yang penuh dengan keanehan. Anak itu diberi nama Ahmad"

- Tulisan Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah -

#KenaliUlamak

Catat Ulasan

0 Ulasan