Sekadar catatan sedih Kesultanan Singapura.
Tidak berapa lama selepas ditabalkan sebagai Sultan Singapura, Sultan Hussain Syah mula dihina dan diperlekehkan terutamanya oleh kumpulan pendatang dari China yang langsung tidak menghormatinya.
Penjajah Inggeris telah mendatangkan orang Cina dan India ke Singapura semata-mata untuk menambahkan jumlah penduduk asing.
Mereka tidak membawa atau menggalakkan orang Melayu dari Tanah Melayu mahupun pulau-pulau sekitar nusantara yang lain untuk tinggal di Singapura hanya untuk mengecilkan jumlah penduduk Melayu supaya hak dan kuasa Melayu di Singapura dapat disingkirkan.
Jumlah penduduk asal iaitu masyarakat Melayu telah menjadi minoriti dan dengan ini kuasa politik mereka terhapus begitu sahaja.
Sultan Hussain Syah menangis pada waktu malam apabila baginda sedar yang dirinya sekadar digunakan oleh penjajah Inggeris untuk menguasai Pulau Singapura.
Sultan Hussain Syah kemudiannya telah dipaksa untuk menandatangani “Treaty of Singapore” pada tahun 1824 untuk menyerahkan seluruh kekuasaannya di Singapura kepada penjajah British.
John Crawford, Residen British telah mengherdik baginda dengan berkata “Tuan bukan Sultan lagi, tidak perlu tinggal disini”.
Baginda berasa amat sedih hinggakan terpaksa berpindah ke Melaka dengan menaiki kapal bernama ‘Julia’ yang dimiliki oleh Sultan Kedah ketika itu pada 5 Jun 1834.
Beliau tiba di Melaka lima hari kemudian. Baginda menetap di Melaka kerana dia mempunyai ramai keluarga di sana.
Sultan Hussain Syah dihormati dan dihargai oleh penduduk Melayu di Melaka walaupun penduduk bukan Melayu tidak mengendahkan kehadirannya.
Bagaimanapun, kehidupan baginda di Melaka tidak seperti di Singapura di mana baginda mempunyai pembantu dan pengawai kanan. Ditambah pula dengan kerisauan yang dialami yang akhirnya menyebabkan kemangkatan baginda lima belas bulan kemudian iaitu pada 5 September, 1835.
Jenazah baginda telah disemadikan di sebuah makam sederhana di penjuru tanah perkuburan dalam kawasan Masjid Trengkerah di Melaka, terbiar dan kurang dikenali oleh sesiapa. Cuma sebuah papan tanda sahaja yang menulis tentang riwayat hidupnya. Sedangkan baginda adalah watak penting dalam sejarah moden Singapura.
# Sebagai satu peringatan kepada orang Melayu yang masih tidak belajar dari sejarah.
Banggakah anda sekiranya hidup di tanah tumpah tercinta tetapi diperintah oleh Puak Pendatang yang minoriti. Senario yang berlaku masakini.
*Sumber di salin daripada whatsapp group '🇲🇾 Sejarah Dunia' ( https://chat.whatsapp.com/FcsCeBrJhB951tIj2ihHsz )
0 Ulasan