Telah
sekian lama tersebar di media sosial berkenaan Candi Borobodur yg di kaitkan
dgn Nabi Sulaiman as.Juga dakwaan yg mengatakan lokasi kerajaan kaum Saba yg di
pimpin oleh Ratu Balqis yg terletak di Nusantara..Adess..
Jom
kenali dahulu kisah ringkas tentang Borobodur. Terletak di Jawa
Tengah,Indonesia,Borobudur merupakan candi Buddha mazhab Mahayana dan merupakan monumen Buddha terbesar di dunia
yang dibina oleh Maharaja Samaratungga dari dinasti Sailendra sekitar tahun
750-850 Masihi.
Borobudur
kemudiannya tertimbus oleh lava debu gunung berapi sekitar 1006 Masihi. Sejak
itu Borobudur berhenti menjadi tempat pemujaan penganut Buddha.
Kedatangan
Islam pada kurun ke-14 membuatkan Borobudur kian terpinggir. Tapak Borobudur
ini hanya digali semula apabila Belanda datang menjajah Indonesia.
Pada
tahun 1968, Borobudur diwartakan sebagai salah satu keajaiban dunia dan pada
tahun 1991 ia telah diiktiraf sebagai Warisan Dunia UNESCO.
DAKWAAN
DANGKAL TENTANG BOROBODUR DAN KAUM SABA (BALQIS ISTERI BAGINDA SULAIMAN A.S)
Dari
Surah Saba :
- Jin-Jin
bekerja untuk Nabi Sulaiman untuk membina bangunan-bangunan yang tinggi dan
patung-patung (Ayat 13)
- Allah
gantikan kebun kaum Saba yang ingkar dengan kebun yang ditumbuhi buah pahit
(Ayat 16)
Dengan
memanipulasi tafsiran ayat al-Quran mengikut kepala sendiri, golongan ini
mendakwa:
1) Negeri
Saba itu terletak di kawasan WonoSOBO, Jawa, Indonesia.
2) Nama
kerajaan Majapahit berasal dari nama buah Maja yang berasa pahit.
3) Ratu
Balqis itu sebenarnya Ratu Boko di Jawa yang juga menyembah matahari.
4) Candi
dan Patung di Jawa juga dibina oleh Jin Nabi Sulaiman.
5)
Perkampungan Sleman di Indonesia adalah wilayah kepunyaan Nabi Sulaiman.
6)
Borobudur itu Istana yang diarahkan pindah oleh Nabi Sulaiman.
HUJAH
BALAS MENYANGKAL DAKWAAN TERSEBUT
1- Dalam
sejarah, perkara yang paling mustahak adalah kronologi (timeline). Nabi
Sulaiman hidup sekitar tahun 990 sebelum Masihi sehingga 930 sebelum Masihi.
Manakala
Borobudur dibina pada tahun 750 selepas Masihi. Ini bermakna, jarak waktu
tersebut adalah 1680 tahun.
2- Tadi
mengenai latar masa. Sekarang latar tempat/lokasinya pula.Kerajaan Nabi
Sulaiman adalah berpusat di sekitar Palestin dan sebahagian Syria
sahaja,manakala kerajaan Saba milik Ratu Balqis pula terletak di Yaman.
Hal ini
telah disepakati oleh sejarawan Yahudi, Kristian dan Islam pada zaman silam.
Ingat senang ketiga-tiga agama ini nak bersepakat dalam sesuatu perkara?.
3- Binaan
Borobudur adalah berteraskan ciri keJawaan serta Hindu-Buddha. Bahkan, ianya
dibina khusus untuk penganut agama Buddha. Tak mungkin Nabi Sulaiman nak bina
bangunan untuk Buddha sedangkan ketika itu, Buddha pun belum lahir.
4-
Persamaan nama dalam MajaPAHIT, WanaSOBO, Ratu Boko, Kampung Sleman dan
lain-lain tak boleh terus disamakan dengan perkara-perkara dalam Quran. Mantiq
yang terlampau dangkal. Cetek sangat.
Sebab ada
sama ja, terus claim itu Nabi Sulaiman punya. Lagipun, persamaan bunyi itu
bukan lah 100% pun. Hanya dakwaan sipi-sipi sahaja.
5-
Sepatutnya, bukan Borobudur itu milik Nabi Sulaiman. Tetapi, Borobudur itulah
yang meniru Sulaiman kerana Borobudur itu datang setelah zaman Nabi Sulaiman
berlaku.
6- Dalam
al-Quran kata, Istana Ratu Saba di Yaman dipindahkan berdekatan dengan pusat
kerajaan Nabi Sulaiman di Palestin. Tapi dah kenapa pula mereka mendakwa
Borobudur yang kononnya Istana Sulaiman itu di bawa ke Pulau Jawa yang semakin
jauh dari pusat kerajaan Nabi Sulaiman.
Lagipula,
claim yang mereka lakukan tak konsisten. Istana yang mereka claim tu Nabi
Sulaiman atau Ratu Saba punya?.
7- Dalam
Quran, disebut perihal Singgahsana. Tapi Borobudur ini candi, bukannya
Singgahsana. Jauh beza fungsi antara Candi dan Singgahsana.
Wallahua'lam
bis Sawab.
Ziefenz
Zee
Sumber : Whatsapp Groups
Sumber : Whatsapp Groups
0 Ulasan