"Hari ni dah masuk seminggu Adik demam dan batuk. Hari tu dah try sup ayam. Kali ini mama nak cuba air rebusan bawang putihlah. Harap-harap serasi dengan adik kali ni"
Bila anak demam berpanjangan, mama dan papa tentu tak keruan. Lebih-lebih apabila suhu naik mencanak sebelum tiba waktu makan ubat seterusnya.
Selain ubat-ubatan, banyak petua yang dicuba dengan harapan sakit anak segera sembuh.Anda juga boleh juga cuba ramuan tradisi seperti yang dikongsi oleh Puan Farid Farida di grup Masak Apa Hari Ini. Menurutnya, air rebusan ini sesuai untuk kanak-kanak setahun ke atas dan orang dewasa.
Katanya, anak-anak batuk sudah masuk minggu ketiga. Demam kemudian kebah. Demam lagi sehingga perlu ke unit Kecemasan sebanyak dua kali pergi kerana suhu badan yang terlalu tinggi. Bermacam antibiotik dan remedi lain dah buat tapi masih belum rezeki untuk sihat lagi. Akhirnya dia memperoleh remedi ini daripada sorang wanita berbangsa Cina yang kasihankan anak lelakinya yang ketika itu batuk tidak henti-henti.
Bahan-bahan
- 7 atau 9 ulas bawang putih
- 1 1/2 cawan air
- 4-5 biji gula batu
Cara-cara penyediaan
- Rebus semua sehingga jadi suku cawan menggunakan api yang paling perlahan.
- Minum semasa ia masih suam-suam.
- Amalkan sebanyak tiga kali sehari.
0 Ulasan