Satu panduan paling berguna yang diamalkan oleh banyak pihak adalah dengan mengamalkan meminum 8 oz air (0.25 liter) sebanyak 8 kali sehari. Ini bermaksud, kita perlu minum air sebanyak 2 liter setiap hari untuk memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang secukupnya.
Panduan ini dinamakan sebagai panduan 8x8. Benarkah dakwaan itu mempunyai kajian saintifik untuk membuktikan badan kita perlu air sebanyak itu sehari atau ia sebenarnya adalah pandangan tanpa asas?
Dalam satu laporan yang diterbitkan di dalam jurnal American Journal of Physiology, penyelidik bernama Heinz Valtin dan Sheila A.Gorman telah mendapat kesimpulan, hasil penyelidikan mereka yang panduan itu sebenarnya tidak ada bukti saintifik yang menyokong panduan tersebut.
Menurut laporan yang diterbitkan, setiap orang mempunyai tahap keperluan air yang berbeza-beza dan adalah tidak perlu bagi kita mengamalkan tabiat minum 8x8 ini melainkan kita setiap hari melakukan aktiviti-aktiviti berat sebagai rutin.
Mitos panduan 8x8 ini berpunca daripada satu pendapat seorang pakar pemakanan terkenal bernama Dr.Fredrick J.Stare yang menulis pandangan beliau supaya orang ramai minum 6 ke 8 gelas air sehari, tidak kiralah apa jenis minuman yang diambil.
Baca Artikel ini Sepenuhnya di Website INI
0 Ulasan